Thursday, 14 October 2010

Pembentangan Kajian Tindakan - Seminar Inovasi P&P Sains Matematik (BTPN Kedah)




Syabas dan tahniah kepada Cikgu Ismi kerana telah berjaya membentangkan kajian tindakan beliau yang bertema " AKU DAN GSP (Geometer SketchPad) di seminar Inovasi P&P Sains Matematik di BTPN Kedah pada 13 Oktober 2010. Seramai 28 pembentang dari seluruh kedah bagi mewakili daerah masing-masing. Proses pembentang mengikut kategori masing-masing iaitu Sains Menengah dan Rendah dan Matematik Menengah dan Rendah. Pelbagai 'feedback' dan komentar telah dikongsi bersama di dalam majlis tersebut yang mana ia amat berguna utk peningkatan kualiti pengajaran dikelas. Semoga kajian demi kajian dapat dilaksanakan oleh semua para guru di SMKPP untuk masa-masa akan datang...Selamat Maju Jaya.

Thursday, 7 October 2010

Jamuan Penutup Syawal






Seronoknya guru-guru SMKPP yang sama-sama menyumbangkan 'pot-luck' pagi ini sempena akhir Syawal. Suasana meriah yang sering diamalkan dan telah menjadi budaya di SMKPP...Semoga budaya ini akan terus berkekalan...

Wednesday, 6 October 2010

Selamat Menduduki PMR 2010


Setelah 3 tahun bersusah payah mengharungi onak ranjau maka bermula pada 5-12 Oktober 2010 berlangusungnya peperiksaan PMR utk seluruh calon PMR di Malaysia. Semoga setiap yang berusaha dengan penuh keikhlasan akan mendapat hasil yang cemerlang, insyallah.. Selamat Menduduki Peperiksaan wahai anak-anak murid ku.....

Tuesday, 5 October 2010

Pembentangan Kajian di Seminar Inovasi JPN Kedah


Syabas dan tahniah kepada Cikgu Ismi Kamarul Sham b. Ismail kerana telah terpilih untuk membentangkan Kajian Tindakan beliau untuk Seminar Inovasi P&P Sains & Matematik yang bertema : Aku dan GSP pada 13 Oktober 2010 ini... Terima Kasih juga kepada semua guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu beliau menjayakan kajian tindakan yang telah dilaksanakan di SMKPP pada tahun 2009....

Monday, 4 October 2010

Ahlan Wahsahlan Guru Baru

Tahniah dan syabas kepada guru-guru yang berjaya 'posting' ke SMKPP....Cikgu yang dimaksudkan ialah Pn. Mariyatun Bt. Shuib yang berasal dari Kupang, Kedah...Major Perdagangan/ Perniagaan. Falsafah hidup : Yang dihilangkan dari mata, tidak mengada, Jangan Kita Kehilangan Rasa. Yang Dihilangkan dari Dunia. Tidak mengapar, Jangan kita Kehilangan Syurga


Cikgu Nurzahirah binti Norzan berasal dari Sg. Petani. Jurusan Sains Pertanian. Falsafah Hidup : "No Pain, No Gain"

Majlis Pemberkatan Ilmu PMR 2010







Syabas dan tahniah kepada semua guru-guru PMR kerana telah berjaya melaksanakan Majlis Pemberkatan Ilmu serta memberi tip-tips terakhir sebelum calon-calon menduduki PMR keesokannya.....Semoga dengan halalnya segala ilmu yang dicurah selama 3 tahun akan membuahkan hasil yang lumayan di tahun 2011, insyallah

Program Sinar Harapan Ting 5 -MathMod dan BI

Dijalankan pada hari jumaat dan sabtu (31/09/10 - 01/10/10)

Sunday, 3 October 2010

JEMPUTAN WALIMATUL URUS


Bagi pihak Cikgu Khuzaimi ingin menjemput semua warga SMKPP ke majlis walimatulurus adik lelaki beliau pada ketetapan berikut :
  • Sabtu 9 Oktober 2010
  • Tempat : Kg. Besar, MK Padang Hang, Alor Star Kedah
  • Jam : 12.00 tgh - 6.00 ptg
Sila rujuk peta untuk ke tempat majlis tersebut....
Kehadiran tuan/puan akan menyerikan lagi suasana majlis tersebut.....
Jom ramai-ramai pi serang kenduri tersebut.....

Friday, 1 October 2010

Program Sederap Menjana Kecemerlangan Ting. 3 & 5 2010







Tahniah dan Syabas sekali lagi kepada SMKPP dan PIBG kerana telah berjaya melaksanakan satu lagi program disaat-saat terakhir ini utk kecemerlangan pelajar PMR dan SPM pada 28 Sept 2010....Program yang telah dilaksanakan oleh Penceramah Motivasi Terkenal Tn. Hj. Ramli mantan pengetua SMK Agama Yan....Program yang berjaya menitiskan lambakan air mata keinsafan setiap pelajar, guru dan waris insyallah akan memberi impak yang akan menggembirakan nanti insyallah...Semoga semua pelajar akan berusaha dengan lebih gigih lagi dengan sokongan dari kedua ibubapa serta guru...

Tuesday, 28 September 2010

SMKPP melakar nama di persada dunia


Tahniah dan syabas kepada SMKPP kerana telah terpilih utk melaksanakan Program TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study 2011) pada 27 Oktober 2010.Perlaksanaannya adalah berdasarkan maklumat yang akan diberitahu oleh unit EPRD Kementerian Pelajaran tidak lama lagi..Seramai 40 orang pelajar Tingk. 2 sahaja yang akan menduduki peperiksaan penilaian TIMSS iaitu utk Matematik dan Sains. Keputusan peperiksaan itu nanti akan dinilaikan dan dibanding bezakan dengan 62 buah negara didunia ini untuk melihat tahap pencapai P&P Malaysia di peringkat antarabangsa. Semoga dengan sumbangan serta kerjasama SMKPP akan dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada Malaysia....Tahniah dan Syabas. Mesyuarat Penataraan TIMSS ini telah diwakili oleh Tn. Pengetua Tn. Hj. Khadri b. Salleh dan Cikgu Ismi Kamarul Sham b. Ismail. Insyallah perlaksaan itu akan dilaksanakan nanti sebagai persediaan sebelum ujian sebenar TIMSS pada 27 Oktober ini....Semoga berjaya.

Monday, 27 September 2010

Jamuan Hari Raya SMKPP

Sambutan Aidilfitri anjuran Majlis Guru SMKPP... "Meriah dan Ceria".. terima kasih kepada warga SMKPP yang sama-sama menjayakan sambutan ini...Dan paling tidak dilupakan juga ialah kepada semua guru-guru dan staf yang terlibat secara langsung dan tidak langsung...dan yang paling utama ialah penyedia masakan yang sedap-sedap sememangnya guru-guru SMKPP bukan hanya seorang pendidik malah salah seorang chief (tukang masak ) yang berkaliber....Beruntung semua pelajar parit panjang yang mendapat chef merakap guru yang penuh dedikasi...Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua.

Sunday, 26 September 2010

Penyediaan Makanan Jamuan Hari Raya SMKPP

Pulun sungguh cikgu-cikgu SMKPP membalut ketupat, menyediakan bahan nasi minyak dan kuah kacang.....Cikgu-cikgu SMKPP memang hebat-hebat....Pandai masak rupanya semua...cuma tak mahu tunjuk skill saje...Syabas kepada guru-guru yang bertugas.....Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga.....