Syabas dan tahniah utk semua yang telah dianugerahkan dgn pelbagai kategori mengikut tahap masing-masing.
Friday, 6 August 2010
Sekitar Hari Anugerah Kecemerlangan SMKPP 2010
Syabas dan tahniah utk semua yang telah dianugerahkan dgn pelbagai kategori mengikut tahap masing-masing.
Thursday, 5 August 2010
Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2010
Tuesday, 3 August 2010
PIBG DI PERHIMPUNAN PAGI SMKPP



Sunday, 1 August 2010
Pertandingan Roket Air Peringkat Daerah Baling/Sik 2010

Kem Kecemerlangan PMR 2010
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pelopor program iaitu dikalangan guru-guru cemerlang SMK Parit Panjang yang terdiri daripada Ustaz Hapidz, Cikgu Halimaton dan Cikgu Wan Rosmini. Semoga program sebegini dapat meningkatkan lagi kualiti keputusan akademik SMK Parit Panjang pada peperiksaan PMR dan SPM mulai tahun ini.
Saturday, 17 July 2010
Friday, 16 July 2010
Majlis Penutupan Minggu Bahasa
Ucapan Penutupan oleh Pen. Kanan Pentadbiran Tn. Hj. Mat Judin b. Mat Amin



Syabas dan tahniah kepada Unit Bahasa (B.M,B.I dan B.Arab) kerana telah berjaya melaksanakan program mingguan bahasa yang telah berjalan selama satu minggu dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan dapat membina pengguasaan 3 bahasa itu tadi dengan jayanya. Pengolahan aplikasi bahasa yang dapat diterjemahkan kepada pelbagai metodologi telah membuka minda semua pelajar bahawa mempelajari apa jua bahasa sebenarnya tidak dengan hanya membaca buku semata-mata.. Sungguh-sungguh menarik dan semoga dapat diteruskan dari masa ke semasa agar nyalaan semangat mempelajari bahasa tidak malap dan terus terpadam di lain-lain masa...Syabas & tahniah.
Sunday, 11 July 2010
Pelancaran Minggu Bahasa & Kempen Membaca 2010

Friday, 2 July 2010
Sekitar Hari Kokurikulum SMKPP 2010
KAPT (PA) Mohd Johari bin Mohd Taufik
(Timbalan Komanden 2 PULAPA, Baling Kedah)
Wednesday, 30 June 2010
SAMBUTAN HARI KOKURIKULUM, HARI KOPERASI & HARI KANTIN SMKPP 2010
SMK Parit Panjang akan melaksanakan sambutan Hari Kokurikulum 2010 sebagai hari kemuncak penutupan aktiviti kokurikulum yang akan bermula dengan aktiviti perkhemahan diikuti dengan Hari Koperasi bersama dengan Hari Kantin. Program yang bermula pada 29 Jun sehingga 1 Julai 2010 akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang amat menarik...Antaranya gerai-gerai jualan oleh usahawan muda pelajar-pelajar sekolah, projek penanaman pokok kenangan oleh para pentadbir sebagai menyokong usaha kerajaan mengembalikan suasana kehijauan yang kini semakin pudar. Pertunjukkan demonstrasi oleh kelab taekwondo sekolah dan juga aktiviti lasak dari Jab. Pertahanan Awam dan banyak lagi....Oleh itu dijemput semua pembaca setia blog SMKPP agar dapat sama-sama mengunjungi program kemuncak ini yang hanya berlaku di SMK Parit Panjang.....Sunday, 27 June 2010
PROGRAM KECEMERLANGAN ILMU DAN PENDIDIKAN
Selain dapat membakar semangat dan iltizam pelajar, program yang dianjurkan oleh Yayasan Pelajaran MARA ini juga dapat mencungkil kredibiliti pelajar yang sekian lama terpendam...
Namun yang paling utama ialah setiap butir bicara yang dilontarkan oleh para penceramah sememangnya dapat membakar semangat untuk mengenali diri sendiri yang telah sekian lama dibuai mimpi dan yang pentingnya ialah pembangunan bangsa Melayu itu sendiri.
Monday, 21 June 2010
Warga Baru SMK Parit Panjang

TAHNIAH dan SELAMAT MENJADI WARGA SMKPP......................
Sunday, 20 June 2010
Guru ROS
Nama : Nusratunnajiah bt. Mat Isa. Option Bahasa Arab. Edu (UPSI -Tahun 2). Anak kelahiran Baling Kedah. Anak Ke 4 daripada 8 beradik. Hasrat : Semoga Terus Maju Sederap Demi Kehadapan bersama mendidik anak bangsa.
Nama : Nur Farahanim bt. Mohd Amil . Option Bahasa Arab. Edu (UPSI- Tahun 2). Berasal dari Butterworth Penang. Anak Pertama daripada 6 beradik. Moto Hidup : Hidup Hanya Sekali , Gunalah peluang sebaik-baiknya.
Sumbangan daripada Dr. Mashitah bt. Ibrahim (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri)




Thursday, 3 June 2010
Selamat Tinggal Pn. Hasmidar
03 JUN 2010 adalah hari terakhir salah seorang warga pendidik berkhidmat di SMKPP. Pn. Hasmidar yang terkenal dengan gelak tawanya dan begitu komited dengan tugasnya sebagai SU PMR akan berpindah ke sekolah sekitar Sungai Petani. Terima kasih di atas segala jasamu yang ditaburkan di SMKPP. Semoga hidup sentiasa dirahmati dan dipermudahkan. "Jenguk-jenguklah kami di sini".....
Tuesday, 1 June 2010
Majlis Perpisahan Pn. Azura
1 Jun 2010.... warga SMKPP telah kehilangan seorang kakitangan yang begitu komited dengan tugasnya. Bertugas sebagai pembantu tadbir, segala urusan dilakukan dengan cepat dan lancar. Memang mudah berurusan dengan beliau.... Itulah Pn. Azura Binti Halim.
Pn. Azura telah berkhidmat di SMKPP lebih dari 2 tahun dan hari ini beliau melaporkan diri ke SMK Baling.. Sempena perpindahan beliau, satu majlis perpisahan telah diadakan pada 31 Mei 2010. Pelbagai sajian dihidangkan seperti laksa, bihun, kek, durian dan macam-macam lagi. Semoga sentiasa ceria dan bahagia walau dimana beliau berada. "Pesanan dari Warga SMKPP- Jangan lupa kami di sini"....... JASAMU DIKENANG...........



