Saturday, 15 August 2009

'DEMO' UNIT TAEKWONDO SMKPP DI SMK BAKAI

Aksi Bela Diri

Tahniah dan syabas kepada Kelab Taekwondo SMKPP dibawah pimpinan Cikgu Ismi dalam pertunjukkan 'Demo' di SMK Bakai sempena Hari Kokurikulum 2009 pada 10 Ogos 2009. 'Demo' yang mempamirkan teknik asas 'punching' & 'kicking' dan diikuti dengan aplikasi senibela diri sekiranya berada di dalam keadaan yang cemas juga turut dipamirkan. Sorakkan dan tepukan gemuruh turut diberikan oleh semua pengunjung Hari Kokurikulum apabila melihat telatah dan gelagat peserta Taekwondo SMKPP. Walaubagaimanapun satu pengalaman telah diperolehi oleh semua peserta dalam penyertaan sebegini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada PK Koko Pn. Che Maznah dan En. Zaini Abdullah yang sentiasa berdiri dibelakang kelab ini dalam memberi sokongan padu yang tidak putus-putus. Terima kasih juga kepada En. Othman b. Hassan di atas kesudian menjemput kelab Taekwondo SMKPP untuk mempersembahkan aksi mereka di SMK Bakai. Semoga hubungan diplomatik diantara sekolah-sekolah dapat diteruskan lagi dari masa kesemasa, insyallah.

Wednesday, 12 August 2009

Petua Menghalang H1N1 Berjangkit


Sharjah: Menurut kajian yang dikemukakan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan di China, minum air suam yang direbus dengan jintan manis pada pagi boleh mencegah selesema H1N1.
Menurut laporan dalam surat khabar harian bahasa Arab (Al Khaleej), kajian itu telah menyebabkan peningkatan jualan jintan manis di beberapa negara Asia sebanyak 50%.
Berita tersebut melaporkan bahawa peningkatan jualan yang serupa juga dapat dilihat di negara-negara seperti Arab Saudi dan Mesir. Minuman jintan manis juga diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah dan Madinah.

Original article from http://archive.gulfnews.com/articles/09/07/05/10328712.html

Selamat Menempuh Ujian Percubaan PMR,Ujian Bulanan & Bulan AlMubarak



Alhamdulillah dan syabas kepada semua warga SMKPP kerana masih diberi ruang dan luang untuk mengekalkan kesihatan dalam usaha menjalani tugas-tugas harian. Insyallah tidak lama lagi kita akan menempuh peperiksaan percubaan dan Bulan Al-Mubarak. Semoga terus berjaya dunia akhirat insyallah.

Friday, 7 August 2009

Pembatalan Aktiviti Hari Keluarga


Perhatian kepada semua warga SMKPP, Program Hari Keluarga yang dijadualkan berlangsung pada 8 Ogos 2009 di Pendang Lake Resort terpaksa dibatalkan setelah mendapat nasihat daripada pihak ketiga ekoran penularan wabak H1N1. Walaubgaimanapun pihak MGKSMKPP ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga MGKSMKPP yang sentiasa memberi sokongan kepada MGK untuk melaksanakan pelbagai program. Terima kasih juga kepada Cikgu Baza kerana telah bersusah payah membuat servey utk program hari keluarga tersebut sehingga keperingkat utk dilaksanakan sahaja.. Insyllah pihak MGK akan terus melihat kehadapan utk sama-sama mebina kualiti budaya kerja dikalangan warga MGKSMKPP kepada yang sentiasa memberikan komitmen padu dari masa kesemasa.

Justeru itu, sebagai ganti utk program hari keluarga ini, pihak MGKSMKPP bercadang utk mengadakan satu majlis berbuka puasa yang akan dimesyuaratkan oleh semua warga MGKSMKPP yang beragama islam dan akan diumumkan nanti. Sekian Terima Kasih . Pengerusi

Sunday, 26 July 2009

Majlis Pelancaran Minggu Pendidikan Islam SMKPP

Ceramah Israq Mikraj Oleh Ustaz Dr. Mohd Nazmi bin Desa

Syabas dan tahniah kepada Panitia Pend. Islam, Panitia Tasawur & Panitia Bahasa Arab kerana telah berjaya melancarkan Minggu Pendidikan Islam SMKPP yang bermula pada 26-31 Julai 2009 ini. Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mat Judin b. Mat Amin pada 26 Julai 2009. Majlis pelancaran telah diserikan lagi dengan ceramah khas oleh Dr. Mohd Nazmi bin Desa (Institut Tengku Bainun) yang bertajuk Peristiwa Israq Mikraj. Disamping pengisian sketsa oleh para pelajar SMKPP dan persembahan nasyid oleh pelajar. Pelancaran yang sungguh dinamik ini agar dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang dalam pembentukan sahsiah pelajar sebelum mereka keluar ke dalam masyarakat

Ahlan WahSahlan Guru Baru


Syabas dan tahniah kepada guru gsst baru SMKPP yang bernama Naililhuda bt. Ahmad. Berasal dari Jitra Kedah...Beliau telah menerima pendidikan di Matrikulasi UIA dalam jurusan Bachelor Degree of Business Admin (Account). Mempunyai pengalaman kerjaya di IBM(M) Managment Trainee. Berkhidmat di SMK Teloi Kanan, SMK Chepir dan seterusnya ke SMKPP mulai Julai 2009. Semoga dengan kehadiran beliau akan memantapkan lagi pedagogi di SMK Parit Panjang dan membuahkan hasil dengan kejayaan para pelajar nanti insyallah

Thursday, 23 July 2009

PROGRAM JAYA WARIS & IKRAR KECEMERLANGAN PELAJAR TING. 3 & 5

Sesi sentuhan hati nuraniSentuhan hati nurani....ramai yang telah menitiskan air mata keinsafan, insyallah



23 Julai 2009, SMKPP telah menjemput Ust Hj. Ramli b. Shafie sebagai motivator utama dalam program Jaya Waris sebagai persediaan awal untuk PMR dan SPM yang bakal tiba tidak berapa lama lagi.Selaku mantan Pengetua SMK Agama Yan, beliau berjaya memukau hati semua pendengar dari mula ceramah hinggalah ke sesi Sentuhan Hati Nurani. Bukan sahaja pelajar, tetapi para waris juga telah menitiskan air mata tanpa dipinta sewaktu mendengar ceramah daripada beliau. Sesungguhnya fitrah manusia ini akan menitiskan airmatanya apabila hatinya tersentuh. Semoga dengan sentuhan hati sesi ini dapat memberi satu titik permulaan kepada pelajar dan waris untuk terus berusaha dengan lebih berjaya dan yakin lagi, insyallah. Syabas kepada Ustaz Ramli kerana berjaya membawa semua pelajar bersama waris SMKPP ke alam yang lebih sedar dan mengetahui hala tuju matlamat semua pelajar serta waris.

Wednesday, 22 July 2009

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

Tazkirah dan Khutbah Gerhana MatahariSolat Sunat Gerhana Matahari

Syabas dan tahniah kepada Panitia Pen. Islam kerana berjaya melaksanakan Solat Sunat Gerhana Matahari Peringkat Sekolah dicelah-celah kesibukan aktiviti Bulan Kecergasan Sekolah pada 22 Julai 2009 sekitar jam 9.00 pagi. Satu pengalaman yang sukar dicari untuk masa-masa akan datang. Sekurang-kurangnya pengalaman yang dapat dijadikan satu amalan kepada semua warga SMKPP terutamanya kepada pelajar-pelajar dan guru-guru. Untuk maklumat lanjut sila layari blog panitia Pend. Islam SMKPP.

Bulan Kecergasan Peringkat Sekolah


Syabas dan tahniah kepada Unit Sukan SMKPP 2009 kerana telah berjaya melaksanakan satu aktiviti kecergasan peringkat sekolah pada 22 Julai 2009. Program ini telah berjaya melibatkan semua warga SMKPP secara menyeluruh. Semoga dengan aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi untuk masa-masa akan datang agar dapat melahirkan insan yang sihat dan seterusnya dapat melaksanakan tugasan harian dengan sebaik mungkin, insyallah.

Thursday, 16 July 2009

HARI ANUGERAH CEMERLANG



SMKPP telah menganjurkan Hari Anugerah Cemerlang bagi tahun 2009 pada 16 Julai 2009. Suasana hening pagi yang nyaman telah menjayakan majlis itu berjalan dengan lancar dan harmoni. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mansor bin Lebai Habib [Mantan PPD Kulim Bandar Baharu].
Diantara anugerah-anugerah yang telah dikurniakan ialah Anugerah Pelajar Cemerlang mengikut Tingkatan, Matapelajaran, Anugerah Panitia Cemerlang dalam SPM dan PMR, Anugerah Kokurikulum 2009 dan Tokoh pelajar. Semoga kecemerlangan akan dapat dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa. Syabas dan Tahniah.

Chief Clerk - Welcome


Tahniah dan syabas kepada En. Mohd Rejab b. Hasan kerana telah dilantik sebagai CC di SMKPP.Lahir pada 1965 berasal dari Felda Teloi Kanan. Beliau juga pernah berkhidmat di Felda Wilayah Temerloh, Bahagian Audit Sekolah di KPM, Audit Sekolah Temerloh, SK Binjul Kuala Ketil, SMK Teloi Kanan dan mulai 2009 telah berhijrah ke SMKPP.
Beliau juga telah berkeluarga dan mempunyai 4 orang cahaya mata. Disamping itu juga beliau telah menerima beberapa anugerah seperti Anugerah Darjah Tertinggi Pengakap Thailand sempena 50 tahun Pemerintahan Raja Thailand, Fasilitator LDP di KPM, AJK Pengurusan Kewangan Daerah Baling/Sik, Naib Pengerusi Kesatuan Pembantu Tadbir Pelajaran Daerah Baling/Sik dan Pengerusi Balia 4B Cawangan Felda Teloi Kanan. Hebatnya......CC kita ni....macam-macam anugerah dan semoga beliau dapat memberi membantu pengurusan pentadbiran di SMKPP agar berjalan dengan lebih cemerlang lagi, insyallah

Staff Baru Pentadbiran


Orangnya kecil molek, Basharina bt. Ahmat nama diberi. Berasal dari Sik, Kedah. Pernah berkhidmat di SK Kuala Pegang sebagai Pembantu Pengurusan Murid Integrasi. Masih solo dan sedang mencari-cari....dan kini berkhidmat SMKPP. Selamat datang kepada cik Basha.....seronok berkhidmat di SMKPP kerana ada kakak-kakak yang ramah tamah seperti Kak Zura, Kak Ram..dan Kak Marziah.....Happy Ending....Syabas dan tahniah.

Tuesday, 14 July 2009

Good Morning To All


Congratulation to Sir. Iqqbal as a new english teacher at Parit Panjang. Welcome to SMKPP and very nice to know you.
Lahir pada 29 March 1985 dan kini akan menetap di kuarter guru SMKPP. Baru sahaja tamat pengajian dari IPGM Kampus Temenggong Ibrahim, UPM dalam jurusan Bed TESL (minor in literature). Falsafah hidup " English is Fun". Good luck and please enjoy in team work at SMKPP.

Tuesday, 7 July 2009

PERTANDINGAN TAEKWONDO-PIALA KLEBANG IPOH



Tahniah dan syabas kepada 5 orang pelajar SMKPP yang telah berjaya meraih pingat ketika pertandingan TaeKwonDo di Klebang Ipoh pada 5 Julai 2009 yang lalu. SMKPP telah menghantar 5 orang pelajar untuk menyertai pertandingan tersebut. Mereka telah bertanding mengikut kategori masing-masing dan pencapaian terbaik mereka adalah seperti berikut:
  1. Mohd Eizrul Faahisyam B. Fauzi - Perak
  2. Mohamad Shafik Afis b. Shagawi - Perak
  3. Azlan b. Azami - Gangsa
  4. Siti Aishah Bt. Azmi - Perak
  5. Siti Nor Faridatul Shuhada - Gangsa
Terima kasih juga kepada pihak sekolah yang telah memberi sokongan moral kepada kelab ini. Tidak lupa juga kepada guru penasihat unit beruniform TaeKwonDo SMKPP iaitu Cikgu Ismi dan Cikgu Ravendran.

Monday, 6 July 2009

PERKHEMAHAN RAKAN MUDA - EMPANGAN BRIS










Syabas dan tahniah kepada semua peserta seramai hampir 100 orang dan guru-guru yang telah menjayakan program ini dengan jayanya. Walaupun persekitaran yang penuh dengan kelibatan nyamuk-nyamuk namun ia tidak mematahkan semangat walau sedikitpun sehingga berjaya menamatkan perkhemahan tersebut. Suasana persekitaran yang nyaman dan jauh dari hiruk pikuk kebisingan kotaraya telah berjaya membentuk sedikit sebanyak sahsiah para pelajar dan keasyikan memancing oleh guru-guru juga telah berjaya mengujudkan ketenangan disanubari mereka. Sememangnya aktiviti diluar dari perkarangan sekolah telah memberi kesan inpak yang jauh lebih baik samada kepada pelajar mahupun guru-guru. Senario yang berlatar belakangkan keindahan kehijauan alam persekitaran dapat membuahkan idea-idea yang bernas dan sukar diperolehi dalam ruang lingkup bilik darjah. Semoga pihak pengurusan dapat menyediakan lagi program-program sebegini lagi untuk masa-masa akan datang dalam pembentukan sahsiah modal insan negara.

Tuesday, 30 June 2009

Update Bilik Guru


Tahniah dan syabas kepada guru-guru yang telah memperkemas-kinikan suasana bilik guru dan kini telah menjadi lebih ceria. Sedap sikit mata memandang. Tapi walau bagaimana pun seiring dengan pembangunan globalisasi era terkini serta pemanasan global yang tidak stabil, mohon pihak yang berkenaan dapat mangambil tindakan sewajarnya agar bilik guru SMKPP dapat di upgradekan lagi dengan lebih kondusif seperti kelengkapan penghawa dingin dan lain-lain yang sepatutnya. Dengan itu nanti semua guru-guru akan menjadi lebih dihargai dan 'mood' pengajaran juga akan menjadi lebih berkualiti lagi kerana suasana lebih nyaman. Seiringi dengan hasrat kerajaan utk menjadikan kelengkapan prasarana first class serta minda kelas pertama akan tercapai dengan pembangunan kelengkapan bilik guru itu nanti, insyallah.

Monday, 29 June 2009

JEMPUTAN KE KEM RAKAN MUDA EMPANGAN BERIS


UNIT KOKURIKULUM SMKPP INGIN MENJEMPUT SECARA CYBER KEPADA SEMUA GURU-GURU DAN STAFF SMK PARIT PANJANG UTK KE KEM RAKAN MUDA DI EMPANGAN BERIS SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:

TARIKH : 2-4 JULAI 2009
TEMPAT : EMPANGAN BERIS

KEHADIRAN TUAN/PUAN BERSAMA KELUARGA AMAT AMAT DIALU-ALUKAN DAN AKAN MEMERIAHKAN LAGI SUASANA KEM TERSEBUT. TQ...

UNIT KOKURIKULUM SMK PARIT PANJANG
PN CHE MAZNAH
PK KOKO 2009

Saturday, 27 June 2009

Selamat Kembali


Ziarah di Jabal Nur

Ahlan Wasahlan kepada Sheikh Zamri yang telah selamat kembali ke Malaysia setelah menunaikan umrah bersama keluarga pada 26 Mei - 8 Jun 2009 yang lalu. Semoga rakan-rakan lain juga akan dapat mengikuti jejak langkah beliau dalam mencari keredaan Allah disamping beramal, insyallah.

Thursday, 25 June 2009

SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH






Syabas dan tahniah kepada semua warga SMKPP yang telah menjayakan Hari Koperasi Sekolah dengan jayanya. Bermula di awal pagi semua warga SMKPP telah sibuk dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh Ketua Koperasi Sekolah En. Khuzaimi b. Khalid serta AJK-AJK nya. Syabas sekali lagi. Diantara aktiviti yang telah dilaksana ialah Perhimpunan Rasmi Khas dengan bacaan-bacaan perutusan utama diikuti dengan Ceramah Khas dari Koperasi Pasar Melayu Baling Kedah. Pameran buku-buku, pameran produk oleh bank rakyat Baling, Gotong Royong Perdana, Kuiz Koperasi Pelajar, Penanaman Pokok Kenangan Koperasi, 'Car-Wash' dan lain-lain lagi. Suasana seperti persiapan hari raya adalah Hari Raya Koperasi bagi SMKPP. Syabas dan tahniah sekali lagi.

Tuesday, 16 June 2009

Lawatan Ke Medan Indonesia


Selamat kembali kepada kumpulan guru-guru yang telah melancong bersama keluarga masing-masing ke Medan Indonesia pada 4-7 Jun 2009 yang lalu. Terdapat pelbagai pengalaman yang telah mereka rasai ketika lawatan tersebut. Melalui pengalaman yang dikongsikan bersama mengatakan suasana persekitaran dari segi sosio ekonomi dan budaya di sana agak jauh berbeza dengan keadaan di Malaysia yang jauh lebih mewah dan baik sekiranya dibuat perbandingan. Pepatah ada menyebut 'Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri'. Ternyata dengan kemudahan dan keselesaan di negara sendiri lebih baik dan makmur. Apapun pengalaman yang diperolehi dalam masa yang singkat banyak memberi pengajaran kepada kumpulan guru yang telah melancong di sana. Syabas dan tahniah juga kepada Agensi Pelancong Jafrila yang telah mengaturkan perjalanan dari mula hingga akhir lawatan tersebut.

Monday, 15 June 2009

Anak Felda Cemerlang Lagi


Gadis kecil molek dari Felda Teloi Timor, Intan Yusnizar bt. Md Isa nama diberi telah mengukir nama di dalam Program GPMS (Yayasan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung) yang telah dilancarkan pada tahun 2008. Yayasan ini telah melancarkan program kelas tambahan di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia khususnya kepada murid diluar bandar yang kurang berkemampuan. Atas khidmat nasihat daripada En. Abd Razak b. Ahmad, pegawai di JPN Kedah dan Kaunselor Sekolah iaitu En. Mahamad Tahir B. Karim sebagai penyelia untuk program ini ternyata telah membuahkan hasil yang diluar dugaan. Intan Yusnizar telah memperolehi 8A1B2C dalam SPM 2008 yang lalu dan merupakan pelajar paling cemerlang. Sebagai penghargaan Yayasan GPMS telah menyampaikan sijil penghargaan dan sekeping cek bernilai RM400.00. Ini adalah kerana beliau telah dinobatkan sebagai pelajar kedua terbaik pencapaian akademik bagi 13 buah sekolah tajaanya di seluruh Negeri Kedah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru yang turut membimbing murid ini.

Friday, 12 June 2009

Tazkirah Bersiri - 7 Prinsip Berjaya

Salam untuk muslimin dan muslimah,
Insyallah, atas kerjasama daripada seorang motivator Sheikh Fazrul Fahmee daripada Los Angeles California United States MGK akan menyediakan satu ruang tip-tip 7 Prinsip Berjaya yang berlandaskan Islam. Ruangan ini adalah utk santapan rohani untuk kita semua dan ambillah iktibar daripadanya. Ruangan tersebut adalah disebelah kanan blog ini dan akan diupdatekan sentiasa dari masa ke semasa. Oleh itu rebutlah peluang untuk membacanya selalu. Insyallah ada hikmah disebalik pembacaan itu nanti.

Saturday, 6 June 2009

Kelahiran Baru (Muhammad Amir )

Tahniah kepada Cikgu Ismi di atas kelahiran anak beliau yang ke5 katanya. pada 2 Jun 2009 jam 3.44 petang...Hebatttt......Semoga Allah mencurahkan rezeki lagi ke atas beliau sekeluarga, insyallah.....Lahirnya lagi bakal pemimpin dunia, semoga menjadi kenyataan suatu hari nanti.....Walaupun cuti 7 hari tidak kesempatan, namun keberkatan cuti sekolah ini dapat membantu beliau untuk menguruskan hal-hal keluarga tanpa menganggu masa bidang tugas beliau.....itulah hikmahnya, insyallah. Kepada rakan-rakan yang ingin mengunjungi beliau sempena kelahiran baru ini, dipersilakan (Ahlan Wasahlan) ....insyallah hari pertama sekolah nanti ada kenduri kesyukuran katanya, insyallah....mai jangan tak mai sekolah dihari pertama ini nanti....