Monday 15 June 2009

Anak Felda Cemerlang Lagi


Gadis kecil molek dari Felda Teloi Timor, Intan Yusnizar bt. Md Isa nama diberi telah mengukir nama di dalam Program GPMS (Yayasan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung) yang telah dilancarkan pada tahun 2008. Yayasan ini telah melancarkan program kelas tambahan di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia khususnya kepada murid diluar bandar yang kurang berkemampuan. Atas khidmat nasihat daripada En. Abd Razak b. Ahmad, pegawai di JPN Kedah dan Kaunselor Sekolah iaitu En. Mahamad Tahir B. Karim sebagai penyelia untuk program ini ternyata telah membuahkan hasil yang diluar dugaan. Intan Yusnizar telah memperolehi 8A1B2C dalam SPM 2008 yang lalu dan merupakan pelajar paling cemerlang. Sebagai penghargaan Yayasan GPMS telah menyampaikan sijil penghargaan dan sekeping cek bernilai RM400.00. Ini adalah kerana beliau telah dinobatkan sebagai pelajar kedua terbaik pencapaian akademik bagi 13 buah sekolah tajaanya di seluruh Negeri Kedah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru yang turut membimbing murid ini.

No comments:

Post a Comment