Tuesday 3 June 2014

KEM CINTA PUTERI

10,11 April 2014 yang lalu, tahniah kepada pihak pengurusan SMKPP kerana telah berjaya mengadakan salah satu daripada program pembinaan sahsiah murid perempuan iaitu Program Cinta Puteri yang dahulukalanya terkenal dengan nama Program Anda Bijak Jauhi Zina yang dikendalikan sepenuhnya oleh JIM ( Jemaah Islam Malaysia). Program yang telah melibatkan penyertaan pelajar perempuan sahaja hampir 100 orang telah berkampung di SMKPP selama 2 hari. Pelbagai aktiviti sesi berceramah dan aktiviti kerohaniaan telah dilaksanakan dengan baiknya dengan kepakaran fasilitator Mualimah Maimunah iaitu salah seorang pendidik Pusat Pendidikan Al-Islah Sg. Petani. Semoga dengan terlaksananya program sebegini akan mampu membina sahsiah jati diri murid ke arah yang lebih berkeyakinan tinggi, insyallah.
 
 
    

No comments:

Post a Comment