Syukur Alhamdulillah pada 8 Julai 2012 bermula jam 2.00 petang pihak SMKPP telah menjemput para waris murid Ting. 1 untuk mendengar taklimat mengenai pelaksanaan Sistem PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah) iaitu satu sistem baru yang akan menggantikan peperiksaan awam PMR yang akan dimansuhkan mulai tahun 2014. Sebagai makluman awal kepada para waris supaya dimaklumkan hal tersebut adalah bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih dekat agar tidak timbul permasalahan dimasa akan datang sekiranya ada. Syabas kepada pihak pentadbiran SMKPP di atas langkah inisiatif tersebut dalam usaha mengujudkan hubungan yang lebih erat dikalangan pihak sekolah dan para waris. Syabas
No comments:
Post a Comment