Friday 9 March 2012

Pelancaran Bulan Pendidikan Anti Dadah





03 Mac 2012, bertempat di Dewan Utama SMKPP telah berlangsung satu upacara majlis Pelancaran Bulan Pendidikan Anti Dadah yang telah bermula pada 26 Feb - 31 Mac 2012 peringkat sekolah. Pelancaran telah dirasmikan tuan pengetua SMKPP sendiri iaitu Tn. Hj. Khadri b. Mohd Salleh. Majlis telah dimulai dengan ucapan perutusan oleh Ketua Pengarah Pelajaran yang telah dibaca oleh pengetua sendiri. Sejurus perasmian pelancaran majlis diserikan lagi dengan satu persembahan nasyid dan deklamasi sajak oleh pelajar SMK Parit Panjang. Tahniah dan syabas..Semoga dengan pelancaran itu akan memberi satu suntikan semangat kepada semua pelajar untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang berkisarkan kepada usaha membasmi dadah....Terima kasih kepada Unit HEM & Kaunseling di atas usaha menjayakan program pelancaran tersebut...

No comments:

Post a Comment