Thursday 16 February 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H SMKPP

)







Jazakallah kepada semua warga yang telah menjayakan program Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Pelbagai acara yang telah dipertandingan seperti Tilawah Al-Quran, Hafazan, Syarahan, Nasyid, Tulisan Khat. Seawal pagi setelah pelajar berkumpul, majlis bacaan Yaasin dan Tahlil telah dilaksanakan di Dewan Terbuka. Sesudah itu Majlis Solat Hajat dan solat Duha, Tayangan Multimedia mengenai perjuangan Nabi Muhamad s.a.w telah dipertontonkan. Kesemua pertandingan adalah berdasarkan antara rumah-rumah sukan. Syabas kepada semua pemenang. Pemenang keseluruhan telah disandang oleh rumah Beta(67mata), Gamma(59), Alfa(56) dan Sigma(52) utk bergelar juara keseluruhan. Syabas. Semoga sambutan ini dapat memberi sedikit sebanyak input tentang penghayatan terhadap Nabi Muhammad s.a.w.

No comments:

Post a Comment