Tuesday 14 February 2012

KURSUS PENGURUSAN KELAB DAN PERSATUAN






08-09 Februari 2012, mulai jam 3.00 petang satu sesi pendaftaran kursus jangka masa pendek pengurusan kelab dan persatuan telah berlangsung di kantin sekolah. Kehadiran hari pertama yang amat memuaskan telah melancarkan sesi pendaftran tersebut. Program selama dua hari iaitu petang Rabu dan Khamis, pihak Unit Kokurikulum di bawah pimpinan Pn. Che Maznah bt. Hashim selaku PK Kokurikulum SMKPP bersama AJK yang dilantik telah berjaya melaksanakan satu program pemantapan kualiti budaya kerja bagi semua AJK tertinggi unit-unit kelab dan persatuan yang telah dihadiri hampir 100 orag. Program yang ringkas tetapi padat dengan pengisian telah disusun atur dengan baik serta mendapat kerjasama daripada dua orang tenaga pengajar SMKPP iaitu En Ismi Kamarul Sham b. Ismail, En. Khuzaimi b. Khalid serta pensyarah PTPL dalam memberi tip-tips serta pengurusan kelab dan persatuan dalam perihal bagaimana menguruskan kelab dan persatuan masing-masing.

No comments:

Post a Comment