



Syabas dan tahniah kepada cikgu Nurul Najwa bt. Yusof berasal Baling Kedah yang sudi menabur bakti di SMKPP. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Pembangunan Sumber Manusia, UPM.....Mempunyai pengalaman dalam bidang sejarah dan PJK dan pernah berkhidmat di SMK Bongor. Mempunyai falsafah kehidupan iaitu Akhlak diutamakan, Prestasi dipertingkatkan.. Semoga Terus Berjaya.....
Tahniah dan syabas kepada semua warga SMKPP kerana telah berjaya melaksanakan Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2014 pada 16 Jan 2014 yang lalu. Komitmen yang telah diberikan oleh semua pihak telah mengambarkan bahawa semangat kerjaasama yang telah ditunjukkan oleh guru-guru dan staf smkpp amat-amat berada ditahap yang begitu membanggakan...Syabas kepada rumah sukan yang telah berjaya dan semoga kepada semua lain yang kurang berjaya adalah untuk kali ini sahaja dan pastinya pembaikan dan pemulihan wajar dilaksanakan agar keputusan yang cemerlang akan dapat diraih pada masa akan datang...
Syukur alhamdulillah kepada Panitia Pendidikan Islam yang telah berjaya mengadakan satu program yang sederhana tetapi penuh dengan pengisian yang cukup bermakna kepada semua warga SMKPP. Pada 12 Jan 2014 yang lalu pihak sekolah telah menjemput Ust Mohamad b. Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad China kerana kefasihan beliau berbahasa Mandarin Cina untuk memberi ceramah santai sempena sambutan Maulidur Rasul. Banyak perkara yang telah disentuh oleh beliau dalam menyambut Maulidur Rasul ini sebenarnya yang terlebih utama ialah bagaimana kita sebagai umat baginda Rasulullah saw ini bukan sekadar berselawat secara ekstrem hanya sekali dalam setahun malah penghayatan impak dari mengingati rasulullah ini perlu diamalkan sepanjang tahun. Itulah yang dikatakan cintakan rasulullah dan melakukan apa yang disarankan oleh baginda selagi masih ada nyawa dikandung badan. Semoga dengan itu nanti kita layak untuk bersama-sama dengan baginda dialam akhirat kelak....Disamping itu juga sekolah telah menjemput kumpulan Qasidah Y2K untuk menyampaikan qasidah mereka sebelum sesi ceramah itu nanti...
