Monday, 24 February 2014

SOLAT ZOHOR PERDANA

23 Feb 2014, Tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan SMKPP kerana telah melakarkan satu sejarah untuk membina sahsiah dan kemenjadian murid pada alaf 2014 dengan terlaksananya solat zohor berjemaah secara total. Semua pelajar lelaki telah berkumpul didewan B manakala pelajar perempuan di surau utk bersolat secara berjemaah di bawah seliaan guru-guru....Semoga usaha ini akan berterusan dan yang paling utama mendapat keberkatan dari Allah s.w.t....insyallah





Watikah Perlantikan Pengawas 2014

10 Feb 2014...telah berlangsung Majlis Perlantikan Watikah kepada 91 orang pengawas sekolah yang turut dijayakan bersama dengan majlis pelancaran keceriaan kelas dan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang merentas desa ...Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Pengetua SMKPP bersama Penolong Kanan Pentadbiran Tn. Hj. ahmad Fauzi.....Syabas dan tahniah




KEM KEPIMPINAN PENGAWAS & KEM BIODIVERSITI GUNUNG JERAI

    Feb 13- 15 , 2014.






Tahniah dan Syabas kepada Kumpulan Pengawas SMKPP sesi 2014 seramai 85 orang yang telah tamat menjalani kem Biodiversiti dan Kem Kepimpinan di Sungai Teroi gunung Jerai....yang telah dikendalikan oleh Jabatan Perrhilitan Kedah bersama Jabatan Perhutanan. Pelbagai aktiviti yang yg dilaksanakan bermula dengan aktiviti yang membina mental dan fizikal pelajar...

Monday, 27 January 2014

AHLAN WASAHLAN GURU BARU

Syabas dan tahniah kepada cikgu Nurul Najwa bt. Yusof berasal Baling Kedah yang sudi menabur bakti di SMKPP. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Pembangunan Sumber Manusia, UPM.....Mempunyai pengalaman dalam bidang sejarah dan PJK dan pernah berkhidmat di SMK Bongor. Mempunyai falsafah kehidupan iaitu Akhlak diutamakan, Prestasi dipertingkatkan.. Semoga Terus Berjaya.....

Friday, 17 January 2014

Merentas Desa Peringkat Sekolah 2014

Tahniah dan syabas kepada semua warga SMKPP kerana telah berjaya melaksanakan Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2014 pada 16 Jan 2014 yang lalu. Komitmen yang telah diberikan oleh semua pihak telah mengambarkan bahawa semangat kerjaasama yang telah ditunjukkan oleh guru-guru dan staf smkpp amat-amat berada ditahap yang begitu membanggakan...Syabas kepada rumah sukan yang telah berjaya dan semoga kepada semua lain yang kurang berjaya adalah untuk kali ini sahaja dan pastinya pembaikan dan pemulihan wajar dilaksanakan agar keputusan yang cemerlang akan dapat diraih pada masa akan datang...
                       
                       
                       




SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SMKPP 1435H

Syukur alhamdulillah kepada Panitia Pendidikan Islam yang telah berjaya mengadakan satu program yang sederhana tetapi penuh dengan pengisian yang cukup bermakna kepada semua warga SMKPP. Pada 12 Jan 2014 yang lalu pihak sekolah telah menjemput Ust Mohamad b. Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad China kerana kefasihan beliau berbahasa Mandarin Cina untuk memberi ceramah santai sempena sambutan Maulidur Rasul. Banyak perkara yang telah disentuh oleh beliau dalam menyambut Maulidur Rasul ini sebenarnya yang terlebih utama ialah bagaimana kita sebagai umat baginda Rasulullah saw ini bukan sekadar berselawat secara ekstrem hanya sekali dalam setahun malah penghayatan impak dari mengingati rasulullah ini perlu diamalkan sepanjang tahun. Itulah yang dikatakan cintakan rasulullah dan melakukan apa yang disarankan oleh baginda selagi masih ada nyawa dikandung badan. Semoga dengan itu nanti kita layak untuk bersama-sama dengan baginda dialam akhirat kelak....Disamping itu juga sekolah telah menjemput kumpulan Qasidah Y2K untuk menyampaikan qasidah mereka sebelum sesi ceramah itu nanti...

                        



Saturday, 11 January 2014

Ahlah Wahsahlan ustazah 2014

Tahniah dan syabas kepada warga pendidik baru Ustazah Muslihah bt. Saleh yang berasal dari Kg. Kerawai Sik dilahirkan. Anak jati Sik telah kembali untuk menabur bakti di tanah tumpah darahnya juga berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendi. Al-Quran. Mempunyai Moto kehidupan Sikit-sikit lama lama jadi bukit


Friday, 10 January 2014

Minggu Orientasi Ting. 1 dan Ting. 4 (Slot i-Think)

 Minggu pertama persekolah murid Ting. 1 dan Ting. 4 telah melaksanakan minggu orientasi mengikut fasa masing-masing dengan pelbagai ceramah pencerahan serta tunjuk ajar mengenai pakej pembelajaran bagi ting. 4 dan mengenai hal ehwal persekolahan bagi murid baru Ting. 1...Keadaan yang sungguh aman dan damai serta serta keceriaan yang dipamirkan oleh setiap murid dan tenaga pengajar sepastinya akan dapat membuahkan satu kejayaan cemerlang sewaktu sesi persekolahan nanti....Dikesempatan ini juga Cg. Ismi telah mengadakan satu teknik pencerahan mengenai i-Think keperingkat murid-murid agar teknik ini dapat dijadikan satu amalan yang bernas. Tahniah dan Syabas kepada semua warga SMKPP...
 
                       
                                    




Hari Pertama Sekolah 1 Jan 2014

Ahlan Wahsahlan kepada semua warga SMKPP yang lama dan yang baru menempah nama utk bersama-sama menjayakan agenda pembelajaran di SMKPP... Semoga kehadiran tahun 2014 lebih menjanjikan kejayaan yang menyeluruh kepada semua warga SMKPP....Tahniah dan syabas..