Friday, 28 June 2013

TEMASYA SUKAN SMKPP KE 26

Syabas dan tahniah kepada semua pasukan rumah sukan kerana setelah hampir 6 bulan berlatih dan akhirnya pada 27 Jun 2013 telah berlangsungnya kejohanan sukan sekolah kali ke 26 dengan jayanya. Sukan ke 26 ini telah dirasmikan oleh Pengetua Kolej PTPL. Dalam suasana cuaca yang begitu baik telah melancarkan perjalanan sukan yang meriah ini. Syabas kepada rumah Alfa kerana telah menjuarai kejohanan secara keseluruhan diikuti dengan Beta, Sigma dan Gama....Semangat kesukanan yang telah dipamirkan adalah merupakan tunggak kejayaan kelancaran disepanjang kejohanan ini. Dengan bermulanya sukan awal pada 25, 26 Jun dan kemuncaknya pada 27 Jun 2013....Syabas sekali lagi. Majulak sukan untuk negara.






Thursday, 27 June 2013

Sukantara Sekolah

Tahniah dan syabas kepada para pemenang sukantara sekolah SMKPP yang telah berlangsung pada 14 Jun 2013 yang lalu. Syabas kepada semua para ahli rumah sukan yang telah menyumbangkan mata bagi rumah sukan masing-masing.....Semangat yang kental yang telah ditunjukkan oleh semua ahli memang tidak pernah luntur sehinggalah ke saat-saat terakhir pertandingan....



 

                       
                       

                        

                                         












Tahniah SMKPP berjaya New Deal

Tahniah dan syabas kepada semua warga SMKPP kerana setelah bertungkus lumus pada 1 Mei 2013 menyiapkan segala yang patut dan pada 2 Mei telah diaudit oleh jemaah nazir dari 5 negeri nazir-nazir dan telah menjadi rezeki kepada warga SMKPP, maka pada 18 Jun telah diumumkan kejayaan mencapai KPI yg telah ditetapkan.....Tahniah kerana telah mendapat imbuhan new deal utk setiap warga pendidik dan staff.....Semoga dengan kejayaan ini akan dapat memberi satu suntikan semangat untuk bergerak dengan lebih cemerlang lagi dalam perkhidmatan dari masa ke semasa dan yang paling utama dapat memusatkan setiap perlakuan adalah kerana mencari keredahaan Allah insyalllah.....SMKPP terus maju...
 
 


Friday, 24 May 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013

 
 
 
 
Tahniah dan syabas kepada semua warga pendidik kerana pada 16 Mei yang lalu satu majlis sambutan hari guru telah dilaksanakan dengan jayanya. Bermula dari awal pagi pelbagai acara dan program telah di laksanakan bagi menjayakan sambutan Hari Guru tersebut. Seperti tahun-tahun sebelum sambutan hari guru telah dirancang dan dilaksanakan oleh urusetia yang bertanggungjawab  iaitu MGKSMKPP dan badan pengawas. Antara acara yang telah dipertandingkan ialah bowling kelapa, kukur kelapa, motor lambat, tendangan penalti, kupas jagung, nyayian karaoke oleh warta pendidik dan pelajar dan macam-macam lagi. Semua acara telah berlangsung sehingga jam 2 ptg. Sungguh meriah dan semoga dengan acara-acara yang dipertandingkan itu dapat membina hubungan ukhuwah yang kian rapat antara guru dan pelajar insyallah