Wednesday, 21 September 2011

MAJLIS PENUTUPAN KEMERDEKAAN & JAMUAN RAYA 2011











Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur SMKPP dalam menjayakan satu lagi program iaitu Majlis Penutupan Kemerdekaan dan Sambuatan Jamuan Hari Raya peringkat sekolah dengan meriah sekali pada 15 Sept 2011 yang lalu di perkarangan SMK Parit Panjang. Kehadiran penceramah jemputan bagi memberi pengisian sejarah tanahair telah melakarkan satu kenangan yang sungguh bermakna kepada semua kerana penceramah tersebut iaitu Tn. Hj. Md Nor B. Idris telah menceritakan sedikit sebanyak istilah sejarah yang sebenarnya.

Tuesday, 13 September 2011

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA 2011











Tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan dan Unit Ko-kurikulum kerana telah berjaya mengadakan serta melaksanakan majlis Jamuan Hari Raya dan Sambutan Hari Kemerdekaan dengan jayanya pada 13 Sept 2011. Majlis telah diserikan lagi dengan Penceramah Jemputan iaitu Tn. Hj. Md Noor b. Md. Idris bekas pengajar selama 33 tahun. Pelbagai fakta sejarah sebenar telah beliau dedahkan kepada semua hadirin yang menyertai program pada hari ini....

Wednesday, 17 August 2011

TADARUS AL-QURAN & TAZKIRAH RAMADHAN






Selamat Berpuasa kepada semua warga SMKPP....Dikesempatan ini setiap pagi dinihari semua pelajar akan bersama-sama berkumpul di tapak perhimpunan ataupun dewan utk sama-sama menghayati ayat-ayat suci Al-quran diikuti dengan huraian tafsir oleh ustaz-ustaz mahupun ustazah-usatazah yang mana dapat memberi input keagamaan yang amat berfaedah kepada semua yang mendengarnya...Alhadulillah....

Thursday, 11 August 2011

Taklimat Pengurusan SAPS Online


10 Ogos 2011, bertempat di Makmal ICT SMKPP telah berlangsungnya satu taklimat khas pengurusan SAPS Onlie yang telah disampaikan oleh SU Dalaman iaitu Cikgu Ismi Kamarul Sham dan telah dihadiri hampir ke semua guru-guru SMKPP. Semoga dgn itu nanti dapat mempermudahkan ke semua guru dalam urusan memasukkan data markah setiap peperiksaaan ke dalam sistem yang telah dirangka oleh pihak kementerian dalam usaha menjayakan salah satu projek NKRA....Syabas semua..

Sunday, 7 August 2011

AHLAN WASAHLAN KEPADA WARGA BARU SMKPP

Syabas dan tahniah kepada wargabaru yang melaporkan diri ke SMKPP utk menabur bakti di bumi Parit Panjang....

Cikgu Zalina bt Othman anak jati Sik telah mempunyai pengalaman di dua buah sekolah iaitu SMK Gulau, SMK Sik dan sekarang berada di SMK Parit Panjang. Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dari UUM. Falsafah hidup : Kejayaaan tidak akan berhasil tanpa usaha, kesabaran dan ketaqwaan kepada Allah.....Semoga dapat bersama-sama menabur bakti di bumi SMKPP


En. Azhar yang masih muda juga telah melaporkan diri utk berkhidmat di bumi SMKPP sebagai Pembantu Am Rendah. Semoga dapat memberi khidmat cemerlang yang terbaik....

Saturday, 30 July 2011

KEM TEKNIK MENJAWAB SPM & PMR 2011











Syabas dan tahniah kepada pihak Kaunseling kerana telah berjaya melaksanakan kem teknik menjawab SPM dan PMR yang telah bermula pada 24-26 Julai 2011 yang telah mengambil beberapa subjek utk diperhalusi akan kaedah menjawab terutamanya bagi PMR dan SPM...Antara subjek yang telah menjadi tumpuan seminar ialah Sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik, Prinsip Akaun, Matematik Tambahan, Pendidikan Islam, Bahasa Arab

Jamuan Pengawas & Sayonara utk Ustaz Hapidz








Syabas dan tahniah kepada semua ahli pengawas SMKPP serta guru-guru lembaga pengawas dan disiplin kerana telah berjaya melaksanakan satu majlis jamuan peralihan tugas pengawas serta jamuan perpisahan untuk Ustaz Hapizd kerana bertukar ke sekolah SMK Bedong setelah hampir 12 tahun menabur bakti di SMKPP pada 21 Julai 2011 jam 8.00 mlm di Dewan Makan Asrama SMKPP yang lalu..Sambutan majlis yang telah disulami dengan pelbagai perasaan gembira, sedih, syahdu, sebak, dukalara telah menyerikan suasana majlis lagi ditambah dengan tayangan multimedia nostalgia ustaz hapizd sepanjang berada di SMKPP....Semoga pemergiaan beliau akan memberi nilai positif yang lebih kepada beliau serta kepada kulawangsa SMKPP yang masih berada di SMKPP. Syabas

Thursday, 28 July 2011

SAMBUTAN IHYA RAMADHAN 1432H






28/Julai/2011. Selamat Menyambut Ramadhan Karim kepada semua kulawangsa SMKPP. Pelancaran Ihya Ramadhan telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMKPP Tn. Hj. Khadri b. Mohd Salleh sendiri Montaj Multimedia, Tazkirah oleh Ust Basharuddin, acara salam bersalaman, kemudian diikuti oleh Ceramah Ihya Ramadan tepat jam 12.00 tgh oleh ust Khairuddin bin Yaakub dari Sik.