Thursday, 23 December 2010

Keputusan PMR SMKPP 2011






Tahniah dan syabas kepada semua pelajar dan yang paling utama kepada guru-guru yang telah mengemblingkan tenaga dalam PMR 2010 yang lalu....Keseluruhan peratusan adalah meningkat....Syabas kepada semua.... Peratusan Kelulusan 2009 (43.1%).. 2010 (51.9%)....BANZAI....Alhamdulillah Ya Allah......

Tuesday, 21 December 2010

Front Page Buku Panduan Guru 2011 SMKPP


Salam kembali kepada semua warga mgksmkpp....Insyallah tidak berapa lama lagi kita semua akan berjumpa kembali bagi meneruskan agenda pendidikan untuk tahun 2011...Begitu pantas masa berlalu dan beruntunglah kepada mereka-mereka yang telah dan sentiasa memanafaatkan setiap saat dalam usaha mendidik dan beramal hanya kerana Allah s.w.t...Semoga dengan menjelmanya tahun 2011 ini adalah lebih baik lagi dari tahun-tahun sebelumnya.....Sememangnya tahun itu sentiasa baik hanya terpulang kepada kita untuk mendidik dan melatih diri sendiri agar menjadi lebih berkualiti lagi dari tahun sebelumnya.
Meningkatnya usia semestinya mencerminkan kematangan setiap individu...justeru itu ayuh rakan-rakan sepejuangan.....kita hayunkan langkah utk terus berusaha tanpa menghiraukan perasaan yang negatif yang sering kali mendatangi kita selama ini yang tidak lain dan tidak bukan hanya ingin melihatkan kejatuhan ataupun output yang negatif....Kita tekadkan azam, terus maju kehadapan kerana apa......??????kerana kita semakin menghampiri kematian yang sedang menanti kita....Oleh itu, berbaki usia yang ada kita tingkatkan amal sebanyak mungkin........
Dan insyallah di atas ini adalah cadangan rupa wajah front-page Buku Panduan Guru SMKPP 2011.....Insyallah kita semua akan berjumpa pada 26 Dec 2010 utk mesyuarat kali pertama bagi tahun 2011......Jumpa di sana.....

Tuesday, 30 November 2010

Ahlan Wahsahlan Guru Baru

Ahlan wahsahla kepada guru-guru baru yang melaporkan diri utk berkhidmat serta menabur bakti di bumi SMKPP. Semoga dengan kehadiran kalian akan memeriahkan lagi suasana dan dapat mecemerlangkan keputusan akademik anak murid di SMKPP.



NAMA : MAZURA BINTI MANSOR
ASAL : YAN, KEDAH
UNIVERSITI : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
MAJOR : GEOGRAFI
MINOR : EKONOMI
PENGALAMAN MENGAJAR : PRAKTIKUM DI SEK.MEN.KEB BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG
STATUS : BUJANG
FALSAFAH HIDUP :" HIDUP INI SATU PERJUANGAN YANG MEMERLUKAN PENGORBANAN"

Monday, 1 November 2010

Bengkel LDP "Integrasi GSP dalam P&P" - SK Sik



Tahniah dan syabas kepada Cikgu Ismi dari SMKPP kerana telah mendapat jemputan untuk mengendalikan Bengkel LDP di SK Sik pada 27 Oktober 2010 yang lalu dengan tajuk " Integrasi GSP dalam P&P"...Pelbagai respons yang telah diperolehi daripada program tersebut dan ramai yang mengatakan bahawa Perisian GSP (Geometer Sketchpad) itu memang begitu praktikal untuk digunakan dalam pengajaran matapelajaran Matematik khususnya....Reaksi yang positif dan menggalakkan yang telah ditunjukkan oleh guru-guru SK Sik telah meminta untuk melaksanakan program itu sekali lagi bagi aras yang lebih tinggi pada masa akan datang. Kali ini adalah sentuhan pertama GSP bagi mereka....Syabas dan tahniah kepada semua guru-guru SK Sik.....

Ceramah "Bantuan Kecemasan"



Syabas dan tahniah kepada semua pelajar lepasan PMR 2010 kerana telah bersama-sama melatih diri sendiri dengan kaedah pertolongan kecemasan yang telah diceramahkan oleh Cikgu Ismi sebagai salah satu pengisian program selepas peperiksaaan PMR 2010. Pelbagai latihan secara praktikal telah ditunjukkan oleh penceramah dan seterusnya latihan amali secara terus oleh pelajar-pelajar dan suasana amat menyeronokkan....Bantuan kecemasan adalah keperluan untuk semua insan yang bergelar manusia dan kemalangan itu adalah yang tidak berbau...Cuba hadapi dgn tenang dan insyallah anda mampu melakukannya....

Thursday, 28 October 2010

Mesyuarat Agung Koperasi SMKPP





28 Oktober 2010, bertempat di Dewan Terbuka SMKPP telah berlangsung mensyuarat agung koperasi sekolah dan telah dapat dilaksanakan dengan jayanya...Syabas

Saturday, 23 October 2010

Standard Guru Malaysia (SGM)


Salam sejahtera kepada semua warga pendidik SMKPP...Anda dialu-alukan untuk melengkapkan satu kajian SGM yang direka oleh pakar-pakar kualiti perkhidmatan negara dalam membina serta untuk kita bermuhasabah akan kualiti diri kita sendiri dalam perkhidmatan....Terdapat unsur untuk menganalisa serta pembaikan diri yang terdapat dalam SGM.....Sambil bersantai jom kita pi isi maklumat tersebut....hampir 70% pendidik di Malaysia telah memenuhi pengisian SGM tersebut....Kita bila lagi???? Sila klik alamat di bawah dan teruskan menjawab soalan-soalan yang diutarakan dengan seikhlas yang mungkin....

klik SGM :

www.moe.gov.my/sgm/index.php/users/login

Wednesday, 20 October 2010

Seminar SM Teknik 2010





Syabas dan tahniah kepada semua pelajar lepasan PMR 2010 SMKPP kerana telah sama-sama menimba ilmu dan telah mendengar taklimat khas oleh 3 orang pegawai yang didatangkan khas dari SM Teknik 1 Sg. Petani utk penerangan kemasukan ke sekolah teknik. Pelbagai maklumat telah disampaikan oleh pegawai SM Teknik SP1 tersebut dan response yang begitu menggalakkan dari ramai pelajar SMKPP telah dapat dilihat...Terima kasih kepada pihak SM Teknik....
Permohonan SM Teknik melalui online seperti alamat web berikut :

Monday, 18 October 2010

Pelancaran Bulan Bahasa 2010






Syabas dan tahniah kepada Panitian Bahasa SMKPP kerana telah menyahut seruan kerajaan Malaysia untuk melancarkan Bulan Bahasa yang bermula disepanjang bulan Oktober ini. Pelancaran telah direalisasikan pada 17 Oktober 2010 diperhimpunan rasmi sekolah dan telah disempurnakan oleh tuan pengetua SMKPP sendiri. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan sewaktu pelancaran tersebut ialah persembahan nasyid kumpulan asrama SMKPP, deklamasi sajak bahasa oleh Adik Nurnadhila dan ucapan rasmi menteri pembangunan yang telah disampaikan oleh wakil pelajar. Semoga dengan pelancaran bulan bahasa ini akan dapat memartabatkan lagi kualiti bahasa ibunda Malaysia.

Sunday, 17 October 2010

Pendaftaran E-Slipgaji Penyata


Kerajaan telah bergerak setapak lagi kehadapan urusan tanpa kertas (Elektronik)...So, kepada semua rakan-rakan perlu mendaftar secara online utk urusan-urusan atau anda tidak akan melihat payslip lagi utk seumur hidup..

Sila klik url berikut untuk pendaftaran :


Thursday, 14 October 2010

Sehari Bersama Imam Muda - Izbur Rahman b. Omar Zuhdi






Pelajar SMKPP beruntung kerana dapat bersama dengan idola era kini iaitu Imam Muda Izbur Rahman (ASTRO). Semua warga SMKPP telah mendengar perkongsian pengalaman imam muda dalam pertandingan Imam Muda Astro tempohari dan hampir 2 jam ceramah beliau telah memberi impak yang cukup baik kepada semua yang mendengar...Pelbagai kata nasihat telah disampaikan oleh beliau kepada murid-murid. Peringatan kita sebagai hamba Allah juga serta hala tuju kita sebagai insan yang bergelar manusia juga telah dihurai dengan penuh dramatik dan menyentuh hati....Semoga input-input yang diberikan oleh beliau akan dapat disemadi dan dijadikan panduan kepada semua yang mendengar....Sebelum menutupi majlis beliau juga telah diminta oleh murid untuk menyampaikan lagu nasyid yang cukup syahdu...Tahniah kepada Imam Muda Izbur dan Jazakallah khairan katsira...Semoga dapat berjumpa lagi.

SMKPP dilanda ribut





13 Oktober 2010, sekitar jam 2.15 petang keadaan mendung disekitar Parit Panjang, tiba-tiba angin kencang bertiup merentasi bangunan sekolah yang mengakibatkan beberapa keping bumbung bangunan 2 tingkat sekolah telah diterbangi oleh angin kencang tersebut...Mujurlah semua pelajar telah kembali ke rumah ketika itu dan tidak mengakibatkan kemalangan jiwa. Walau bagaimanapun untuk sementara waktu beberapa buah kelas tidak dapat digunakan atas faktor-faktor keselamatan.. Mohon kepada pihak yang berkenaan dapat tampil dengan segera untuk membaiki kerosakan tersebut demi memastikan perjalanan persekolahan dapat berjalan dengan lancar....

Pembentangan Kajian Tindakan - Seminar Inovasi P&P Sains Matematik (BTPN Kedah)




Syabas dan tahniah kepada Cikgu Ismi kerana telah berjaya membentangkan kajian tindakan beliau yang bertema " AKU DAN GSP (Geometer SketchPad) di seminar Inovasi P&P Sains Matematik di BTPN Kedah pada 13 Oktober 2010. Seramai 28 pembentang dari seluruh kedah bagi mewakili daerah masing-masing. Proses pembentang mengikut kategori masing-masing iaitu Sains Menengah dan Rendah dan Matematik Menengah dan Rendah. Pelbagai 'feedback' dan komentar telah dikongsi bersama di dalam majlis tersebut yang mana ia amat berguna utk peningkatan kualiti pengajaran dikelas. Semoga kajian demi kajian dapat dilaksanakan oleh semua para guru di SMKPP untuk masa-masa akan datang...Selamat Maju Jaya.

Thursday, 7 October 2010

Jamuan Penutup Syawal






Seronoknya guru-guru SMKPP yang sama-sama menyumbangkan 'pot-luck' pagi ini sempena akhir Syawal. Suasana meriah yang sering diamalkan dan telah menjadi budaya di SMKPP...Semoga budaya ini akan terus berkekalan...