Syabas kepada semua pelajar SMKPP kerana telah beruntung mendapat pelbagai input berkenaan dengan kesan gejala dadah yang telah didedahkan oleh Inspektor Nazrul dalam siri ceramah beliau pada 3 Mei 2012. Ceramah yang disertai dengan tayangan slide power point telah memukau hampir 900 orang pelajar untuk terus kusyuk mendengar tentang bahaya dadah selama hampir 2 jam...Pelbagai info berguna mengenai kesan dan apa itu dadah. Ramai pelajar tidak mengetahui akan kesan pengambilan dadah sebelum ini. Namun dengan paparan gambar demi gambar yang dipaparkan telah membuka sedikit sebanyak kepada semua pelajar tentang bahayanya pengambilan dadah yang tidak betul. Semoga ceramah sebegini akan dapat diteruskan lagi dari masa ke semasa pada akan datang.
Thursday, 3 May 2012
Wednesday, 2 May 2012
KEM Kokurikulum SMKPP 2012
Syabas...syabas dan tahniah kepada 83 orang peserta Kem Perkhemahan Kokurikulum SMKPP yang telah berjaya menamatkan program tersebut pada 26-28 April 2012 yang lalu di Kem PLKN Rekreasi Belia Baling di Sg. Limau. Pelbagai aktiviti yang padat telah dilaksanakan di sana. Diantaranya aktiviti lasak flying-fox, berkayak, jungle tracking, orientaring. Pertandingan ikhtiar hidup, persembahan berkumpulan, berkawad, Qiamulail, kuliah subuh maghrib. Ceramah kesihatan dan pemeriksaan HIV serta menjelajah ke alam barzakh.
Pastinya pengalaman selama 3 hari 2 malam ini tidak akan dilupakan oleh semua peserta hingga ke akhir hayat dan insyallah akan memberi seribu satu pengalaman dan ilmu dalam membina keperibadian serta sahsiah yang terunggul buat mereka.......Terima kasih juga kepada semua guru dan semua pihak yang telah menjayakan program tersebut secara langsung dan tidak langsung....Syabas.
Sunday, 29 April 2012
DRAMA BAHASA INGGERIS DAERAH
Tahniah dan syabas kepada pasukan drama bahasa inggeris SMKPP kerana telah berjaya merangkul tempat ke 3/6 buah sekolah peringkat Daerah Baling/Sik. Tajuk drama yang telah dipertandingkan pada 25 April 2012 yang lalu ialah 'Silly Lily' di SMK Tunku Putra. Tahniah kepada Sir Iqqbal yang telah bersusah payah melatih semua pelajar tersebut.
Saturday, 21 April 2012
KEJOHANAN MERENTAS DESA SEKOLAH
Syabas dan tahniah kepada seluruh warga SMKPP kerana telah berjaya melaksanakan kejohanan merentas desa peringkat sekolah pada 21 April 2012. Kejohanan yang bermula seawal pagi telah dimulakan dengan taklimat oleh SU Sukan SMKPP En. Termizi dan diikuti dengan senam robik yang telah dikendalikan oleh Pn. Normazlina yang dibantu oleh pelajar-pelajar. Pada tahun ini Rumah Biru (Beta) telah menjadi johan secara keseluruhan diikuti dengan Rumah Kuning, Rumah Merah dan Rumah Hijau.
Subscribe to:
Posts (Atom)



















































