Thursday, 19 April 2012

Slot Motivasi oleh Kolej Darul Iman


19 April 2012, 8.00 pg di Dewan Utama SMKPP telah dilaksanakan slot motivasi. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar kerana telah berjaya mengikuti slot motivasi yang telah disampaikan oleh En. Ghafar dari Kolej Darul Iman. Hampir satu jam setengah En. Ghazali telah membakar semangat utk terus berjaya dan mengenal erti diri sendiri siapalah aku yang sebenar dan mengenal pasti hala tuju yang berkesan.

Program PISA(Programme for International Student Assessment (PISA)




 Syabas dan tahniah kepada 29 orang pelajar yang telah terpilih utk mengikut ujian penilaian program PISA
(http://en.wikipedia.org/wiki/Programme_for_International_Student_Assessment) yang dilaksanakan oleh pegawai EPRD dan Pegawai JPN...Pelbagai kriteria soalan dari sudut sains dan matematik. Program tersebut telah dilaksanakan pada 18 April 2012 selama 4 jam di Makmal ICT....

Urin Test - Program Kaunseling

16 April 2012 yang lalu bertempat di Makmal Sains SMKPP seramai 30 orang pelajar telah dipilih secara random utk menjalani ujian air kencing. Program yang telah disusun atur oleh Unit HEM dgn pelaksana oleh kauselor SMKPP dan telah mendapat usaha sama dari pegawai AADK telah berjaya dilaksanakan. Walaupun terdapat pelajar yang harus diberi kaunseling namun ia masih berada di peringkat permulaan dan masih sempat utk diperbaiki. Semoga kegiatan ini akan dapat memimpin pelajar dari masa ke semasa dan tidak terjebak ke dalam kancah dadah.

Kejohanan Taekwondo Peringkat Negeri Perak





Syabas dan tahniah kepada skuad Taekwondo SMKPP kerana telah berjaya merangkul 1 Emas, 4 Perak dan 6 Gangsa dalam kejohanan Taekwondo 2nd PTNP-TM-MSN Perak Junior Development League pada 14-15 April 2012 di Dewan Bandaran Kroh. SMKPP telah menghantar 18 orang peserta mengikut pelbagai kategori. Pertandingan itu juga telah dirasmi oleh wakil YAB Datuk Tajol Rosli iaitu Tn. Hj. Aznil.

Saturday, 31 March 2012

Mesyuarat Agong PIBG 2012











Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan Mesyuarat Agong PIBG SMKPP kali ke 28 pada 27 Mac 2012 jam 2.00 ptg yang lalu. Mesyuarat itu telah dirasmikan oleh Tn PPD yang baru iaitu Tn. Hj. Razak dengan majlis yang penuh gilang gemilang. Respon dari pihak waris juga amat memberangsangkan dengan kehadiran yang ramai....Prihatin para waris ini telah menunjukkan kerja sama serta rasa kebertanggungjawaban terhadap perkembangan anak-anak mereka dalam pencapaian akademik... maka tidak mustahillah peningkatan pencapaian akademik peperiksaan dari tahun ke tahun SMKPP ini ramuannya adalah sikap bekerjasama dari semua pihak terutamanya ibubapa ini telah membuahkan hasil...insyallah.

Kem Kepimpinan & Pembinaan Sahsiah Pengawas SMKPP 2012











Tahniah dan syabas kepda 100 orang pengawas SMKPP yang telah berjaya melaksanakan kursus 2 ini 1 bermula 29-30 Mac yang lalu di SMKPP dengan jayanya. Alhamdulillah kerana kerjasama yang telah ditunjukkan oleh semua guru dalam menjayakan program tersebut sebenarnya telah membuahkan hasil kejayaan. Terima kasih juga kepda penceramah-penceramah jemputan maupun dalaman yang telah memastikan kelancaran perjalanan program tersebut seperti Kauselor SMK Teloi Kanan, Cg. Ismi serta Ust Hapidz dalam sesi slot masing-masing....Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada penyumbang-penyumbang berupa wang ringgit bagi kem tersebut..Semoga jasa kalian hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya....Kepada semua fasilitator juga tidak dilupakan kerana tanpa anda juga program ini tidak berjalan dengan baik.....Kepada guru-guru yang sanggup meninggalkan keluarga utk satu malam bersama pengawas-pengawas juga amat dihargai......Syabas sekali lagi....Semoga kejayaan program ini dapat menghasilkan pengawas yang lebih berwibawa dan lebih berkualiti lagi insyallah.

Wednesday, 28 March 2012

KURSUS ICT DALAM PENGURUSAN SEKOLAH









Kursus ICT Dalam Pengurusan Sekolah telah dilaksanakan di IAB Utara bermula pada 26 - 29 Mac 2012. Seramai 23 orang peserta dari pelbagai sekolah telah berkampung di Residen IAB utk menyertai kursus tersebut termasuklah Cg. Ismi Kamarul Sham. Pelbagai maklumat terkini mengenai pembangunan ICT dalam pengurusan yang dapat digunakan pakaikan oleh rakan-rakan sekerja. Contohnya kaedah 'Sharing Document' / Pembinaan Laman Blog utk setiap Panitia / Etika Pengurusan Internet di tempat kerja dan lain-lain.Semoga pengalaman yang pelbagai ini dapat dikongsikan bersama dengan semua rakan guru apabila pulang nanti....

Angin Ribut Melanda SMKPP






11 Mac 2012 sekitar jam 5.00 ptg satu angin ribut telah melanda secara tiba-tiba di persekitaran Parit Panjang termasuklah SMK Parit Panjang. Justeru itu terdapat pelbagai kerosakan telah berlaku termasuklah Bangunan Pentadbiran, Asrama, Kantin Sekolah, Bangunan Kelas dan beberpa tempat lain....

Tahniah kepada Pelajar Cemerlang SPM 2011



Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah berusaha dan bersusah payah dalam melahirkan pelajar cemerlang SPM SMKPP ..Syabas kepada panitia yang berjaya mengekalkan kecemerlangan peratus dan peningkatan peratus...Semoga kecemerlangan akan terus meningkat dari tahun ke tahun.
Senarai pelajar cemerlang...