Tuesday, 27 December 2011

Program Lepasan PMR - Lawatan Alor Star 31 Okt





Syabas dan tahniah kepada guru-guru yang telah menganjurkan satu sesi lawatan sambil belajar ke Alor Star bagi mengisi masa dan kelapangan khas kepada pelajar yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan PMR...Syabas

Program Lepasan PMR - Sukan






Setelah penat belajar dan menelaah buku menghadapi PMR..maka selepas itu semua pelajar telah disediakan program aktiviti luar bersukan bagi mengisi masa lapang bermain dan beriadah serta perlawanan antara dalaman....Diantaranya sukan futsal dan bola jaring...syabas

Khidmat Sosial 30 Okt 2011





Tahniah dan syabas kepada semua pelajar lepasan PMR yang dapat menyumbangkan bakti memberi khidmat kepada sekolah dalam akitiviti Khidmat Sosial....

Thursday, 22 December 2011

SMKPP CEMERLANG PMR 2011





Tahniah kepada semua warga pendidikan SMKPP kerana telah melonjakkan peratusan kelulusan iaitu 61.97% daripada 50.84% pada tahun lepas...Tahniah kepada semua dan semoga dapat mengekalkan kecemerlangan dan terus berjaya, Insyallah....

Friday, 16 December 2011

PROGRAM LEPASAN PMR 16 OKT






Tahniah dan syabas kepada semua pelajar lepasan PMR yg telah selamat menduduki PMR dan pelbagai aktiviti yang telah dirancangkan oleh Kaunselor serta sekolah dalam mengadakan aktiviti berkonsepkan ilmiah kerohanian serta jasmani....Diantaranya Sukan luaran dan dalaman, Khidmat Sosial, Program Lathian 1 Malaysia, Lawatan ke Alor Star dan Putra jaya serta lain-lain lagi..

Wednesday, 21 September 2011

MAJLIS PENUTUPAN KEMERDEKAAN & JAMUAN RAYA 2011











Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur SMKPP dalam menjayakan satu lagi program iaitu Majlis Penutupan Kemerdekaan dan Sambuatan Jamuan Hari Raya peringkat sekolah dengan meriah sekali pada 15 Sept 2011 yang lalu di perkarangan SMK Parit Panjang. Kehadiran penceramah jemputan bagi memberi pengisian sejarah tanahair telah melakarkan satu kenangan yang sungguh bermakna kepada semua kerana penceramah tersebut iaitu Tn. Hj. Md Nor B. Idris telah menceritakan sedikit sebanyak istilah sejarah yang sebenarnya.

Tuesday, 13 September 2011

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA 2011











Tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan dan Unit Ko-kurikulum kerana telah berjaya mengadakan serta melaksanakan majlis Jamuan Hari Raya dan Sambutan Hari Kemerdekaan dengan jayanya pada 13 Sept 2011. Majlis telah diserikan lagi dengan Penceramah Jemputan iaitu Tn. Hj. Md Noor b. Md. Idris bekas pengajar selama 33 tahun. Pelbagai fakta sejarah sebenar telah beliau dedahkan kepada semua hadirin yang menyertai program pada hari ini....

Wednesday, 17 August 2011

TADARUS AL-QURAN & TAZKIRAH RAMADHAN






Selamat Berpuasa kepada semua warga SMKPP....Dikesempatan ini setiap pagi dinihari semua pelajar akan bersama-sama berkumpul di tapak perhimpunan ataupun dewan utk sama-sama menghayati ayat-ayat suci Al-quran diikuti dengan huraian tafsir oleh ustaz-ustaz mahupun ustazah-usatazah yang mana dapat memberi input keagamaan yang amat berfaedah kepada semua yang mendengarnya...Alhadulillah....

Thursday, 11 August 2011

Taklimat Pengurusan SAPS Online


10 Ogos 2011, bertempat di Makmal ICT SMKPP telah berlangsungnya satu taklimat khas pengurusan SAPS Onlie yang telah disampaikan oleh SU Dalaman iaitu Cikgu Ismi Kamarul Sham dan telah dihadiri hampir ke semua guru-guru SMKPP. Semoga dgn itu nanti dapat mempermudahkan ke semua guru dalam urusan memasukkan data markah setiap peperiksaaan ke dalam sistem yang telah dirangka oleh pihak kementerian dalam usaha menjayakan salah satu projek NKRA....Syabas semua..

Sunday, 7 August 2011

AHLAN WASAHLAN KEPADA WARGA BARU SMKPP

Syabas dan tahniah kepada wargabaru yang melaporkan diri ke SMKPP utk menabur bakti di bumi Parit Panjang....

Cikgu Zalina bt Othman anak jati Sik telah mempunyai pengalaman di dua buah sekolah iaitu SMK Gulau, SMK Sik dan sekarang berada di SMK Parit Panjang. Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dari UUM. Falsafah hidup : Kejayaaan tidak akan berhasil tanpa usaha, kesabaran dan ketaqwaan kepada Allah.....Semoga dapat bersama-sama menabur bakti di bumi SMKPP


En. Azhar yang masih muda juga telah melaporkan diri utk berkhidmat di bumi SMKPP sebagai Pembantu Am Rendah. Semoga dapat memberi khidmat cemerlang yang terbaik....