Wednesday, 13 April 2011

SUKANTARA SMKPP







Syabas dan tahniah kepada rumah biru lagi kerana telah menjadi juara bagi acara sukan tara secara keseluruhan yang telah dipertandingkan pada 9 April 2011 baru-baru ini. Diantara acara yang telah dipertandingkan ialah larian 100m, Lompat Tinggi, Lompat Jauh dan Lontar Peluru. Persaingan yang amat sengit diantara rumah-rumah sukan...Syabas....

Wednesday, 6 April 2011

SEMINAR TEKNIK PEMBINAAN PETA MINDA






Syabas dan tahniah kepada pelajar Ting. 3 kerana berjaya menjalani Seminar Teknik Peta Minda oleh PTPL yang telah dilaksanakan pada 6 April 2011 di Dewan Terbuka SMKPP. Penceramah dari PTPL yang menarik dan pandai mengambil hati pelajar telah memukau semua pelajar dari awal seminar hingga ke akhir seminar...Syabas. Semoga Seminar Teknik Peta Minda akan dapat membantu pelajar-pelajar dalam pelajaran mereka sebelum menghadapi PMR sebenar.

Monday, 4 April 2011

UJIAN PENGGREDDAN TALIPINGGANG TAEKWONDO





3 APRIL 2011, Jam 5.00 - 630 ptg..Seramai 27 orang peserta dari SMKPP telah menduduki ujian talipinggang taekwondo yang telah dihadiri untuk pengujiaan ujian oleh Master Nawas Khan pemegang 7th Dan Black Belt Antarabangsa dari Ipoh. Syukur Alhamdulillah kerana kesemua peserta telah lulus ujian tersebut dengan 2 orang telah mendapat cemerlang (Double Promotion) iaitu Muhammad Fikri Fadzli dan Mohd Safuan. Insyallah, ujian berikutnya akan dilaksanakan pada Julai 2011 ini.

CERAMAH AADK





4 April 2011...AADK Baling telah datang ke SMKPP untuk memberi ceramah mengenai bahaya dadah kepada seluruh pelajar SMKPP dari Ting. 1 hingga Ting.5...Ceramah yang menarik perhatian pelajar telah menggamatkan suasana sesi ceramah yang begitu berinformasi...Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan sesi ceramah tersebut.

Sunday, 3 April 2011

MTQ PERINGKAT ZON KUALA KETIL









31 Mac 2011, Tahniah dan syabas kepada SMKPP kerana telah menjadi johan keseluruhan program MTQ peringkat Zon Kuala Ketil seterusnya melakar satu lagi kejayaan cemerlang. Antara acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-Quran, Hafazan, Tulisan Jawi, Kuiz, Syarahan dan Nasyid.....Persaingan yang sungguh hebat diantara SMK Kuala Ketil, SMK Tanjung Puteri dan SMK Teloi Kanan ternyata kemampuan pelajar boleh digarap sekiranya ada kemahuan utk melaksanakannya.....Syabas SMK Parit Panjang.

Wednesday, 23 March 2011

TAHNIAH PELAJAR CEMERLANG SPM 2011 SMKPP





Syabas....Kepada semua pelajar cemerlang SPM...Syabas dan tahniah juga kepada semua guru-guru yang terlibat dalam kecemerlangan akademik SPM.....

NO NAMA PELAJAR KEPUTUSAN
1 SYUKRIAH BT. AZIZAN 9A1C
2 NUR NADZARIAH BT. MOHAMAD NAZAR 7A1B2C
3 MUHAMAD QASIMIN B. KASIM 7A 2C 1G
4 MUHAMMAD BASRI YAHAYA 6A3B1C
5 MARDHIYAH BT. SAHMSUDIN 6A3B1D
6 MARSHITAH BT. MAT JEDIN 6A2B1D1E
7 SITI NAFSIAH BT. ABDUL RANI 5A2B2C1E
8 SOLLAHIYAH BT. AHMAD 5A1B3C1E
9 NURSYIFA BT. ABDUL HALIM 5A1B2C2D

Monday, 21 March 2011

Ceramah Motivasi Oleh GPMS (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung)





21 Mac 2011, satu program khas Ceramah Motivasi oleh 3 wakil GPMS (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung) telah dilaksanakan di SMKPP khas untuk pelajar Ting. 3 dan Ting.5...Pelbagai nilai-nilai tips kecemerlangan telah digarapkan oleh wakil-wakil GPMS dalam membuka minda pelajar-pelajar dalam usaha membangkitkan semangat motivasi dalam diri agar dapat terus cemerlang dalam akademik....Terima kasih kepada GPMS atas usaha murni membina jati diri anak-anak murid luar bandar ini...Semoga usaha murni ini dapat dipertingkatkan lagi kualiti agar output yang bakal diraih adalah lebih banyak lagi...

Sukan Perak (SUPER ) Ke VI Perak






12-15 Mac 2011 bertempat di IKBN Sri ISkandar, Perak telah berlangsung satu pertandingan Taekwondo peringkat negeri Perak utk pemilihan sukan sukma. Justeru itu seramai 3 orang pelajar SMK Parit Panjang telah terpilih untuk mewakili Daerah Hulu Perak dalam kategori pertandingan masing-masing...Walaubagaimana pun Kontigen Hulu Perak hanya mampu meraih pingat gangsa dari Eizrul Faahisyam pelajar SMKPP.....Satu-satunya pingat untuk Daerah Hulu Perak...Tahniah dan syabas sekali lagi.

Kejohanan Merentas Desa Sekolah 2011








10 Mac 2011...sebelum melabuhkan tirai hari persekolahan, Unit Kokurikulum telah melaksanakan salah satu aktiviti Merentas Desa Peringkat sekolah....Cuaca yang suram diawal pagi telah memberi ruang kepada semua warga utk sama-sama membaca surah Yaasin sementara menanti hujan reda...Sekitar jam 9.00 pg acara merentas desa telah dimulakan dengan jayanya....Keputusan keseluruhan untuk sekali lagi Rumah Biru telah menjuarai pungutan mata keseluruhan...Syabas rumah Biru....Syabas dan tahniah juga kepada semua warga yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjaya sukan yang berprestej itu....