Monday, 4 April 2011

CERAMAH AADK





4 April 2011...AADK Baling telah datang ke SMKPP untuk memberi ceramah mengenai bahaya dadah kepada seluruh pelajar SMKPP dari Ting. 1 hingga Ting.5...Ceramah yang menarik perhatian pelajar telah menggamatkan suasana sesi ceramah yang begitu berinformasi...Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan sesi ceramah tersebut.

Sunday, 3 April 2011

MTQ PERINGKAT ZON KUALA KETIL









31 Mac 2011, Tahniah dan syabas kepada SMKPP kerana telah menjadi johan keseluruhan program MTQ peringkat Zon Kuala Ketil seterusnya melakar satu lagi kejayaan cemerlang. Antara acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-Quran, Hafazan, Tulisan Jawi, Kuiz, Syarahan dan Nasyid.....Persaingan yang sungguh hebat diantara SMK Kuala Ketil, SMK Tanjung Puteri dan SMK Teloi Kanan ternyata kemampuan pelajar boleh digarap sekiranya ada kemahuan utk melaksanakannya.....Syabas SMK Parit Panjang.

Wednesday, 23 March 2011

TAHNIAH PELAJAR CEMERLANG SPM 2011 SMKPP





Syabas....Kepada semua pelajar cemerlang SPM...Syabas dan tahniah juga kepada semua guru-guru yang terlibat dalam kecemerlangan akademik SPM.....

NO NAMA PELAJAR KEPUTUSAN
1 SYUKRIAH BT. AZIZAN 9A1C
2 NUR NADZARIAH BT. MOHAMAD NAZAR 7A1B2C
3 MUHAMAD QASIMIN B. KASIM 7A 2C 1G
4 MUHAMMAD BASRI YAHAYA 6A3B1C
5 MARDHIYAH BT. SAHMSUDIN 6A3B1D
6 MARSHITAH BT. MAT JEDIN 6A2B1D1E
7 SITI NAFSIAH BT. ABDUL RANI 5A2B2C1E
8 SOLLAHIYAH BT. AHMAD 5A1B3C1E
9 NURSYIFA BT. ABDUL HALIM 5A1B2C2D

Monday, 21 March 2011

Ceramah Motivasi Oleh GPMS (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung)





21 Mac 2011, satu program khas Ceramah Motivasi oleh 3 wakil GPMS (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung) telah dilaksanakan di SMKPP khas untuk pelajar Ting. 3 dan Ting.5...Pelbagai nilai-nilai tips kecemerlangan telah digarapkan oleh wakil-wakil GPMS dalam membuka minda pelajar-pelajar dalam usaha membangkitkan semangat motivasi dalam diri agar dapat terus cemerlang dalam akademik....Terima kasih kepada GPMS atas usaha murni membina jati diri anak-anak murid luar bandar ini...Semoga usaha murni ini dapat dipertingkatkan lagi kualiti agar output yang bakal diraih adalah lebih banyak lagi...

Sukan Perak (SUPER ) Ke VI Perak






12-15 Mac 2011 bertempat di IKBN Sri ISkandar, Perak telah berlangsung satu pertandingan Taekwondo peringkat negeri Perak utk pemilihan sukan sukma. Justeru itu seramai 3 orang pelajar SMK Parit Panjang telah terpilih untuk mewakili Daerah Hulu Perak dalam kategori pertandingan masing-masing...Walaubagaimana pun Kontigen Hulu Perak hanya mampu meraih pingat gangsa dari Eizrul Faahisyam pelajar SMKPP.....Satu-satunya pingat untuk Daerah Hulu Perak...Tahniah dan syabas sekali lagi.

Kejohanan Merentas Desa Sekolah 2011








10 Mac 2011...sebelum melabuhkan tirai hari persekolahan, Unit Kokurikulum telah melaksanakan salah satu aktiviti Merentas Desa Peringkat sekolah....Cuaca yang suram diawal pagi telah memberi ruang kepada semua warga utk sama-sama membaca surah Yaasin sementara menanti hujan reda...Sekitar jam 9.00 pg acara merentas desa telah dimulakan dengan jayanya....Keputusan keseluruhan untuk sekali lagi Rumah Biru telah menjuarai pungutan mata keseluruhan...Syabas rumah Biru....Syabas dan tahniah juga kepada semua warga yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjaya sukan yang berprestej itu....

MTQ (Majlis Tilawah Al-Quran)







1 Mac 2011, Syabas dan tahniah kepada Unit Kokurikulum dan Panitia Pendidikan Islam kerana telah berjaya melaksanakan Program Majlis Tilawah Al-Quran dengan jayanya pada 1 Mac 2011 yang lalu. Peratandingan berdasarkan rumah sukan bagi setiap kategori , Nasyid, Bacaan Al-Quran, Hafazan, Syarahan dan Kuiz telah berlangsung dengan hebatnya....Keputusan keseluruhan Rumah Biru telah menjadi johan dengan kutipan markah seperti berikut :

BIRU 36
KUNING 29
HIJAU 27
MERAH 24


Wednesday, 2 March 2011

Pelajar Kembar tiga pasang di SMKPP



Tahun 2011 merupakan kumpulan pelajar kembar terbanyak di SMKPP bagi Ting. 1....Pelajar tersebut ialah Mohd Hanif dan Mohd Hafiz, Mohd Izzat dan Mohd Izwan dan Mohd Rozaimie dan Mohd Rozaidie.....

Sumbangan Dermawan kepada Pelajar Kembar Yatim




2 MAc 2011, adalah hari bersejarah kepada 2 orang pelajar kembar anak yatim iaitu Mohd Rozaimie dan Mohd Rozaidie yg telah menerima sebuah basikal setiap seorang bagi membantu mereka utk sampai ke sekolah dengan lebih baik dari sebelumnya...Penyampaian sumbangan tersebut telah di sempurnakan oleh Penyelia Petang SMKPP Tn. Hj. Ahmad Fauzi b. Ramli dengan usaha sama kaunselor sidang petang Cg. Tahir...

Wednesday, 23 February 2011

Ahlan WahSahlan Kepada Guru Baru

Selamat Datang Kepada Guru-guru yang telah melaporkan diri di SMKPP utk tahun 2011...Ada yang guru tetap dan ada juga guru sandaran....Walaubagaimanapun kehadiran guru-guru baru ini akan memeriahkan lagi suasana sekolah dan dapat meningkatkan kualiti akademik SMKPP insyallah....Teruskan berjasa dan berkhidmat dengan sepenuh hati.....Syabas...



Cikgu Nor Ismaniza bt. Md Isa..mempunyai pengalaman mengajar di sekolah Klang Selangor.....Mengajar Sains di SMKPP.....








Mohd Shakir Bin Ya @ Zakaria, menetap di Yan. Mempunyai pengalaman mengajar di S.Integrasi FAiezin, SMK Chepir, SMK Sik dan SMK Seri Enggang. Berpengalaman luas dalam Landskap Arkitek ketika menuntut di UPM....







Ustazah Nur Hayati bt. Che Noh menetap di Kampung Pak Bong dan telah tamat pengajian di UIAM dalam jurusan Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Fiqh dan Usul Fiqh)

Ujian 1


21-23 Feb 2011, adalah musim ujian satu bagi seluruh kulawangsa SMKPP...Walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti harian di sekolah..namun tugasa utama iaitu kecemerlangan akademik juga dititik beratkan oleh semua warga SMKPP....Tahniah dan syabas kepada semua guru-guru