Tuesday, 1 June 2010

Majlis Perpisahan Pn. Azura

1 Jun 2010.... warga SMKPP telah kehilangan seorang kakitangan yang begitu komited dengan tugasnya. Bertugas sebagai pembantu tadbir, segala urusan dilakukan dengan cepat dan lancar. Memang mudah berurusan dengan beliau.... Itulah Pn. Azura Binti Halim.

Pn. Azura telah berkhidmat di SMKPP lebih dari 2 tahun dan hari ini beliau melaporkan diri ke SMK Baling.. Sempena perpindahan beliau, satu majlis perpisahan telah diadakan pada 31 Mei 2010. Pelbagai sajian dihidangkan seperti laksa, bihun, kek, durian dan macam-macam lagi. Semoga sentiasa ceria dan bahagia walau dimana beliau berada. "Pesanan dari Warga SMKPP- Jangan lupa kami di sini"....... JASAMU DIKENANG...........











Tuesday, 18 May 2010

LAGI GOTONG ROYONG PERDANA 2010

Sempena menyambut hari guru 2010, sekali lagi pihak SMKPP telah mengadakan gotong royong perdana pada 15 Mei 2010 peringkat sekolah dengan penglibatan para guru, waris dan pelajar telah berlangsung dengan jayanya. Pengarah penyelenggaraan gotong royong peringkat sekolah tersebut telah dipimpin oleh Tn. Hj. Ahmad Fauzi telah membuat penyusunan bersama dengan setiausaha En. Ismi Kamarul Sham bagi menjayakan program tersebut telah berjaya dilaksanakan beserta dengan penglibatan yang menyeluruh oleh semua para guru, waris serta pelajar. Aktiviti yang sungguh meriah dan dapat memupuk semangat bekerjasama telah dapat ditunjukkan oleh semua pihak. Syabas untuk semua.

Monday, 17 May 2010

Solat Zohor Berjemaah dan Bacaan Al-Ma'thurat

Alhamdulillah........ Sempena hari guru kemarin, guru-guru SMKPP telah bersama-sama menunaikan solat zohor berjemaah dan bacaan Al-Ma'thurat di Surau SMKPP. Solat telah di imamkan oleh Ust. Basharuddin.

Setelah selesai bersolat dan bacaan Al-Ma'thurat... Pengetua SMKPP, Tn. Hj. Khadri telah menyampaikan tazkirah yang menyentuh berkenaan tanggungjawab penjawat awam terutama profesion perguruan.Semoga program seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa...

Pertandingan Kawad Peringkat Daerah Baling/Sik

Pertandingan Kawad Peringkat Daerah telah diadakan di SK Beris Jaya pada 15/05/2010. Pertandingan ini dibahagikan kepada 4 kategori iaitu badan kerajaan, badan bukan kerajaan, KRS dan Sekolah Rendah.SMKPP telah menghantar Puteri Islam Ke Pertandingan tersebut dan Alhamdulillah memenangi tempat kedua kategori badan bukan kerajaan.

Tahniah!!!! diucapkan kepada unit Uniform Puteri Islam dan guru penasihatnya.

Latihan Pusat Sepak Takraw Daerah Baling/Sik

SMKPP telah diberi penghormatan menjadi pengelola sepak takraw daerah Baling/Sik. Pada 10-12/05/2010 lalu wakil-wakil sepak takraw daerah Baling/Sik bawah 12, 15 dan 18 tahun telah menjalani latihan pusat di SMKPP dan Sek. Model Khas Baling.

Pelajar-pelajar yang mewakili daerah ini terdiri daripada majoriti SMKPP dan selebihnya Sek. Model Khas, SMK Tengku Anum, SK Teloi Kanan dan SK Kuala Kupang.

Perkhemahan Penilaian Pangkat Prebet Ke Lans Koperal KAPA 2010

Pada 07-08/05/2010 lalu , perkhemahan penilaian kenaikan pangkat Prebet ke Lans Koperal Kadet Pertahanan Awam telah diadakan di Lata Bayu, Baling. Perkhemahan pringkat daerah Baling/Sik ini telah dianjurkan oleh JPA PULAPA, Baling dengan kerjasama PPD Baling/Sik serta sekolah-sekolah yang terlibat. Sebanyak 7 buah sekolah mengikuti perkhemahan ini yang melibatkan 155 pelajar, 15 guru dan 15 anggota JPA, Baling.
SMKPP telah menghantar 21 pelajar diiringi dua orang guru iaitu cikgu Yusman dan cikgu Wan Rosmini. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah Ujian Pertolongan Cemas, Menyelamat, Kawad, Merentas sungai, Jejak Hutan dan Ujian Bertulis. Pelajar yang lulus di dalam ujian tersebut akan dinaikkan pangkat ke Lans Koperal.


Sambutan Hari Guru SMKPP 2010


Syabas dan tahniah kepada semua yang telah menjayakan sambutan hari guru peringkat sekolah pada 16 Mei 2010. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang berjaya berjalan dgn baik mengikut jadual yang sebenar.. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakannya bersungguh-sungguh. Kelolaan oleh Majlis Guru dan Kakitangan beserta badan pengawas ternyata dgn semangat kerjasama semua hal dapat dijalankan dgn baik beserta keizinan dari Allah s.w.t. Syukuran Alhamdulillah... Lain-lain gambar akan menyusul kemudian sila bersabar

Saturday, 15 May 2010

GAMBAR-GAMBAR GOTONG ROYONG


Syabas dan tahniah kepada semua warta SMKPP yang telah menjayakan hari gotong royong perdana peringkat sekolah pada 15 Mei 2010.

GOTONG ROYONG PERDANA 2010






Syabas dan tahniah kepada semua warga SMK Parit Panjang bersama waris serta pelajar-pelajar kerana sedang menyahut seruan kerajaan untuk merealisasikan program gotong royong perdana di peringkat sekolah.... Tugasan utama telah dibahagikan kepada 3 unit utama iaitu Unit Pembaik pulih peralatan kerusi meja yang rosak, Unit Pembersihan sekitar kawasan sekolah dan Unit Pembersihan tapak perkhemahan kokurikulum.....Kemudian selepas rehat jam 10.00pg, semua pelajar akan bergerak ke kelas masing-masing untuk keceriaan kelas.....Semoga dengan kerjasama ini akan dapat mengiratkan lagi hubungan diantara guru, waris serta pelajar dalam membina kejayaan kejayaan bagi organisasi yang bernama sekolah....Syabas.

Monday, 10 May 2010

Selamat Datang Pendidik Baru



Syabas dan tahniah kepada Cikgu Hasliza bt. Rosli (UPSI) Major Pend. Perakaunan yang telah berjaya untuk mencurahkan sedikit sebanyak bakti di SMKPP sebagai guru GSST.




Tahniah dan syabas juga kepada Cikgu Noor Shahida bt. Shafiee (UUM) Major dalam Pend. Kaunseling + BM yang juga sedang menjalani R.O.S di SMKPP selama 3 minggu yang bermula pada 9-29 Mei 2010.

Semoga dgn berbekalkan pengalaman yang singkat dapat membakar semangat kedua-dua guru tersebut untuk menjadi pendidik yang cemerlang... Bersedialah untuk menjadi warga pendidik yang Lahir utk menjadi guru dan bukannya Dilatih utk menjadi guru mahupun dipaksa utk menjadi guru.. (Must be born to be a teacher) . Semoga berjaya.

Saturday, 8 May 2010

KARNIVAL SERU_LING WANITA 1 MALAYSIA DR. MASHITAH

Tak lepas peluang bergambar bersama Penyanyi Yaasin Tuan Pengetua bersama Dato Dr. Mashitah dalam Forum Perdana
Forum Perdana
Salah satu kedai di tapak Expo : Tunku Elektrik
Banner Karnival

Syabas dan tahniah kepada SMK Parit Panjang kerana telah berjaya mengadakan satu program yang ditaja oleh Jabatan Perdana Menteri. Program yang bertemakan KARNIVAL SERU_Ling WANITA. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan seperti Expo Jualan dari pelbagai agensi serta pameran, Forum Perdana, Persembahan Yassin , kemunculan Ekin Mawi serta Perasmian oleh Dato' Dr. Mashitah sendiri ke tapak expo tersebut. Karnival yang bermula 7-8 Mei 2010 sedikit sebanyak telah meninggalkan nostalgia kepada semua yang hadir serta menyertai program karnival tersebut.

Wednesday, 28 April 2010

Tahniah...... Di Atas Kelahiran Puteri Comel Cikgu Noorbaza..



Tahniah diucapkan kepada Cikgu Siti Noorbaza Mashor sekeluarga dari warga SMKPP di atas kelahiran puteri yang diberi nama Siti Rania Fairuz (Cantiknya nama... mesti cun bila besar nanti..).Semoga dengan kehadiran puteri comel ini akan menyerikan lagi suasana dan dilimpahi rezeki dengan banyaknya. Siti Rania Fairuz dilahirkan pada 08 April 2010 di Hospital Besar Alor Setar ..

Kursus Literasi ICT di IAB Utara




Syabas dan tahniah kepada Cikgu Ismi kerana sedang menjalani kursus Literasi ICT di IAB Utara mulai 26-29 April 2010. Pelbagai ilmu mengenai pengurusan dan latihan kerahsian dalam internet dan pelbagai kegunaan telah berjaya di adaptasikan melalui kursus tersebut. Insyallah dengan pengalaman dan ilmu yang diperolehi akan dapat dikongsikan bersama dengan dengan lain-lain guru dalam kursus latihan dalaman di sekolah nanti. Selain dari itu pelbagai pengalaman mengenai perjalanan sekolah-sekolah lain daripada lain-lain guru...Itulah kelebihan sekiranya keluar berkursus. Jauh berjalan luas pandangan.

Wednesday, 21 April 2010

Ceramah Keselamatan Jalan Raya

Syabas dan tahniah kepada pihak SMKPP kerana telah menjemput 3 orang pegawai traffik Daerah Baling untuk memberi ceramah keselamatan jalan raya kepada semua pelajar. Ceramah yang padat dan berilmiah telah berjaya disampaikan pada 21 April 2010 di Dewan Terbuka SMKPP.
Pelbagai info yang telah dikongsikan bersama dan di antaranya ialah contoh-contoh kemalangan yang telah berlaku sekitar Daerah Baling, kesan tidak memakai topi keledar, kesan tidak mempunyai lesen memandu dan lain-lain lagi.

Tuesday, 20 April 2010

Kompaun JPJ naik 333 peratus..


Kesalahan penggunaan plat kenderaan juga bakal dikenakan kompaun yang lebih tinggi selepas pindaan Akta Jabatan Pengangkutan Jalan diluluskan di Dewan Rakyat. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Para pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya perlu lebih berhati-hati selepas ini berikutan kadar kompaun maksimum kesalahan jalan raya akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000 tidak lama lagi.

Kenaikan kira-kira 333 peratus itu berikutan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang akan dikuatkuasakan kelak.

Peruntukan itu adalah antara 51 Fasal pindaan yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri di Dewan Rakyat semalam.

Antara pindaan lain yang dicadangkan termasuk menaikkan umur kelayakan memohon lesen memandu motosikal daripada 16 tahun kepada 17 tahun. Penalti bagi kesalahan melanggar umur kelayakan itu juga dinaikkan daripada tidak melebihi RM2,000 kepada tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000.

kredit : kosmo.com.my

Petikan : http://berita-harian-online.com/

TEMASYA SUKAN 2010 SMK PARIT PANJANG


Syabas dan tahniah kepada semua warga SMKPP kerana telah menjayakan temasya sukan peringkat sekolah pada 7 April 2010 yang lalu. Tahniah juga kepada Pasukan Rumah Biru yang diketuai oleh Cikgu Ismi kerana berjaya mengekalkan kejuaraan utk tahun yang ke 4 kali berturut-turut. Walaupun persaingan yang amat hebat dari Rumah Hijau namun rezeki masih berpihak kepada rumah biru. Syabas. Temasya sukan tersebut telah dirasmikan oleh En. Sharizal B. Ismail Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Baling.
Suasana temasya sukan yang sungguh meriah ternyata terpapar disetiap wajah semua warga SMKPP...Semoga suasana ini berkekalan disamping dapat membina semangat ukhwah antara sesama para pendidik. Syabas dan tahniah sekali lagi.

Monday, 12 April 2010

Tahniah kepada Pelancaran Blog Kauseling SMKPP


Syabas dan tahniah kepada pelancaran dan terbinanya Blog Unit Bimbingan Kaunseling SMKPP di bawah pengelolaan Cikgu Tahir, Cikgu Khairil dan Cikgu Rozila...Semoga dengan adanya blog tersebut akan dapat mengandakan lagi usaha unit tersebut dalam membentuk sahsiah pelajar SMKPP khasnya dari masa ke semasa, insyallah....Blog Unit Kaunseling SMKPP

Saturday, 3 April 2010

Tahniah Di atas Kelahiran Puteri Comel Cikgu Suhaila

Tahniah kepada cikgu Suhaila bt. Saad sekeluarga kerana telah dianugerahkan seorang lagi cahaya mata yang begitu comel....Semoga dengan kehadiran bayi comel ini akan menyerikan lagi suasana keluarga beliau nanti.........Lahir pada 18 Mac 2010 dan Ameena Safiya nama yang telah diberi.Tahniah sekali lagi buat Cikgu Suhaila.

Thursday, 1 April 2010

Tahniah kepada Cikgu Ismi


Tahniah kepada Cikgu Ismi kerana telah dianugerahkan untuk memenangi Grand Prize Contest Takaful untuk percutian 3hari 2 malam ke Malaysia Timur.....Agaknya boleh ambil cuti untuk memenuhi hasrat kerajaan CUTI-CUTI MALAYSIA.......Rezeki dari Allah yang tidak disangka-sangka tu, insyallah....klik disini . Selamat Bercuti dan jangan lupa ole-ole untuk SMKPP nanti.....