Saturday, 20 February 2010

UJIAN PERTAMA


Tahniah kepada semua warga SMKPP yang telah bercuti panjang sempena Tahun Baru Cina baru-baru ni....Insyallah pada 21 Feb 2010 sesi persekolahan akan bermula dan jangan lupa Ujian Pertama akan bermula pada 23 Feb 2010. Satu pesanan daripada SU Dalaman Peperiksaan ialah agar semua guru matapelajaran dapat memberi markah peperiksaan (secara manual) seberapa awal yang mungkin kepada Cikgu Ismi utk beliau membuat analisa seberapa awal yang mungkin. Kerjasama anda amat dihargai dan semoga permasalahan pengisian markah ke dalam sistem SAP selama ini akan dapat diselesaikan dengan kerjasama anda.

Tuesday, 26 January 2010

Selamat Datang Ke SMKPP

Syabas dan tahniah kepada Cikgu Yusman b. Md Yusof yang telah melaporkan diri untuk menabur bakti di SMK Parit Panjang. Anak kelahiran Baling dan memegang ijazah Teknologi Maklumat dari UUM dan DPLI Reka Cipta dari UITM Shah Alam akan cuba berkongsi pengalaman dan ilmu untuk mempertingkatkan kualiti kecemerlangan pencapaian pelajar SMKPP. Semoga dengan berbekalkan semangat yang masih berkobar-kobar akan dapat membuat perubahan paradigma di SMKPP. Syabas dan Tahniah sekali lagi.

Friday, 15 January 2010

Latihan Rumah Sukan



Bermula 12 Jan 2010, Latihan Rumah Sukan telah bermula dgn dimulai oleh Rumah Biru dan Merah. Pada hari pertama latihan dengan kehadiran yang sungguh memberangangkan menunjukkan begitu komitednya seluruh pelajar SMKPP dalam acara sukan. Semoga dengan kesungguhan ini akan mencerminkan juga kesungguhan dalam bidang akademik juga....Syabas dan tahiniah.

Thursday, 14 January 2010

Program Bubur Asyura 2010




Terima kasih diucapkan kepada semua warga SMKPP yang telah meluangkan masa untuk menjayakan aktiviti sempena Bulan Muharam yang sudah pun dipenghujung bulan iaitu Gotong Royong mengacau Bubur Asyura. Program yang telah di ketuai oleh Pn. Jamsiah telah berjaya menarik rakan-rakan untuk turut serta secara bergotong-royong menghasilkan bubur asyura sebanyak 2 kawah. Terima kasih juga kepada Tn. Hj. Fauzi serta Pn Che Maznah di atas bantuan peralatan untuk menjayakan perogram tersebut. Semoga dengan wujudnya aktiviti sebegini akan dapat menjalinkan hubungan serta semangat Team-Work utk semua warga. Syabas dan Tahniah sekali lagi dari MGKSMKPP.

Wednesday, 13 January 2010

Pemakaian Baju Koperat Sekolah

Salam sejahtera utk semua warga SMKPP. Tahniah dan syabas kepada semua yang telah menjayakan satu identiti warga SMKPP dengan terhasilnya satu penampilan baju koperat yang terulung kalinya. Justeru itu pihak pengurusan telah bersetuju untuk menetapkan pemakaian baju koperat tersebut pada setiap hari Rabu (Hari Kokurikulum) mulai 20 Jan 2010. Kerjasama sepakat akan membawa berkat, insyallah.

Tuesday, 12 January 2010

Pelancaran Blog Asrama SMKPP


Tahniah dan syabas kepada penggerak laman blog asrama yang telah berusaha untuk bergerak setapak lagi ke hadapan di atas pelancaran laman blog asrama SMKPP. Walaupun masih dalam peringkat percubaan namun penampilan yang dinamik dan wadah yang terpilih membolehkan lagi semua warga berkongsi informasi diantara satu sama lain. Tahniah dan syabas sekali lagi. JOM Layari http://asramasmkpp-asramasmkpp.blogspot.com/.....Sekian

Monday, 4 January 2010

Tahniah Kepada Kedatangan Guru-Guru Baru









Syabas dan tahniah kepada warga pendidik baru 2010 SMK Parit Panjang.
  1. Norharah binti Abd Hamid ( Diploma Psikologi Kolej Jamiah Islam Putra, Kelantan)
  2. Cikgu Norsalwati bt. Ariffin (dari SMK Sik : Kelulusan Ijazah Pend. Tek. Maklumat UPSI)
  3. Ust Osman b. Mohamad Noor (Ijazah Usuluddin - Kolej Universiti Insaniah)
  4. Cikgu Lim Song Chai (dari SMK Kedawang, Langkawi: Kelulusan B.A Edu USM)
  5. Cikgu Ariza bt. Aki (dari SMK Abu Bakar Baling: Ijazah Sastera & Pend. USM)
  6. Cikgu Adlina bt. Mansor (dari SMK Pekan Telipok, Sabah : Ijazah Sains & Pend -UM)

Semoga dengan kehadiran wajah-wajah ceria dan dinamik akan dapat membuat satu perubahan paradigma yang lebih berkualiti lagi. Selamat maju jaya dan selamat bertugas di sekolah baru.

Sunday, 3 January 2010

Selamat Datang Ke Sekolah




Ceria dan bersemangat padu keseluruhan pelajar-pelajar SMKPP ketika mengorak langkah ke sekolah pada awl persekolahan....Kelas telah berjalan seperti biasa dengan permulaan pedagogi serta pelancaran minggu orientasi bagi pelajar Ting. 4 dan Ting. 1. Syabas dan tahniah kepada semua yang telah melaksanakan agenda pembelajaran bagi SMK Parit Panjang. Semoga dengan permulaan yang dinamik akan membuahkan kejayaan yang lebih berkualiti.

Saturday, 26 December 2009

Tahniah Kelahiran Baru



Tahniah kepada Cikgu Anisah di atas kelahiran puterinya 3.4 kg pada hari Sabtu 26 Dec 2009 yang lalu. Kelahiran puteri baru sempena tahun baru 2010 ini nanti akan menceriakan lagi suasana keluarga beliau. Tahniah.

Friday, 25 December 2009

Salam Perpisahan Utk Warga SMKPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga SMKPP,
Saya Cikgu Ismira mewakili rakan-rakan yang akan bertukar ke sekolah baru dengan ini dan melalui blog MGKSMKPP ini ingin meminta maaf kepada semua jika ada silap dan salah juga ucapan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh rakan-rakan disepanjang kami berada di SMK Parit Panjang...Tak lupa juga ucapan terima kasih kepada Cikgu Ismi kerana telah memberi ruang kepada kami untuk coretan perpisahan ini melalui wadah blog yang sungguh kreatif dan inovatif. Semoga kita dapat berjumpa dan berkolobarasi lagi dari masa ke semasa dalam dunia pendidikan yang penuh dengan cabaran globalisasi ini. Sekian Wassalam

Monday, 21 December 2009

Kejohanan Taekwondo Champion Olympia Remaja Kedah Terbuka Kali Ke-3

Syabas dan tahniah kepada pasukan Taekwondo SMKPP kerana telah meraih 2 pingat gangsa kategori perempuan dalam kejohanan Taekwondo Remaja Kedah yang telah berlangsung pada 19 & 20 Dec 2009 bertempat di Dewan SKJK Tamil Saraswathy Sg. Petani. Saingan yang agak sengit daripada peserta Johor, Selangor dan Kedah sendiri sebenarnya telah memberi tamparan yang hebat kepada peserta SMKPP. Walaubagaimanapun satu pengalaman yang cukup berharga telah diadaptasikan oleh semua peserta sekolah seramai 5 orang disamping dapat berkenalan dengan pelajar dari 2 buah negeri tersebut. Semoga pencapaian akan lebih cemerlang lagi dapat diraih untuk masa-masa akan datang... Syabas dan Tahniah sekali lagi....

Wednesday, 2 December 2009

Jasa Mu Dikenang










Ucapan tahniah, selamat jalan, selamat maju jaya dan semoga dapat menabur bakti dengan lebih gigih lagi kepada 5 pendidik SMKPP yang akan meninggalkan SMKPP dengan penuh kenangan nostalgia mulai tahun 2010..Impian mereka yang tercapai, walaupun perasaan sedih sedikit sebanyak mencuit emosi rakan yang ditinggalkan...namun perjuangan kalian semua pasti diteruskan......Kepada Cikgu Anuar, Sir Rosmadi, Cikgu Ismira, Cikgu Salina dan Cikgu Anisah...
Pihak MGK mengucapkan jutaan terima kasih di atas setiap usaha sama yang telah diberikan sewaktu kalian berada di SMKPP. Semoga dapat bertemu lagi dilain masa.....Bagi yang telah menempah baju koperat....belilah ia sebagai kenangan kalian yang penuh pahit manis sewaktu di SMKPP......SAYONARA.....permergian kalian diselubungi perasaan duka yang penuh dengan keazaman jati......

Sunday, 22 November 2009

Ujian Penggredan Talipinggang Taekwondo

6 orang ahli kelab taekwondo SMKPP telah menghadiri ujian penggredan tali pingang di Dewan Sekolah Cina Pengkalan Hulu pada 21 Nov 2009 yang telah bermula jam 8 mlm dengan jayanya. Ujian tersebut telah disertai oleh gabungan ahli kelab taekwondo dari Grik, Baling, Pengkalan Hulu dan Parit Panjang yang berjumlah hampir 100 orang. Master Nawas pemegang 7th Dan Taekwondo Dunia telah hadir untuk mengadili ujian tersebut. Syabas kepada ahli kelab taekwondo SMK Parit Panjang. Semoga anda terus bersama kelab Taekwondo dibawah pimpinan Cikgu Ismi.

Tuesday, 17 November 2009

MAJLIS RESTU SPM



Esok akan bermula perjuangan terakhir pelajar SPM SMK Parit Panjang. Sempena itu pada hari ini 17 Nov 2009 satu majlis perestuan ke atas semua pelajar tersebut telah diadakan di Dewan Terbuka SMKPP. Semoga segala ilmu yang telah dicurahkan mendapat berkat dan membuahkan kejayaan kepada semua pelajar, insyallah. Good Luck for SPM Students.

Monday, 16 November 2009

Tahniah Kelahiran


Tahniah dan syabas kepada Cikgu Wan Rosnita bt. Wan Seman di atas kelahiran puteri yang baru pada 16 Nov 2009 jam 1.41. Berwajah montel dengan berat awal 3.3 kg di Hospital Kulim, Kedah. Semoga kelahiran puteri baru beliau akan menceriakan lagi suasana keluarganya..Amin

Sunday, 15 November 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN



Pada 14 Nov 2009 bertempat di Radix Oriental Cuisine, MGKSMKPP telah mengadakan satu majlis jamuan akhir tahun sebagai penutup aktiviti tahunan bagi tahun ini. Bermotifkan pembinaan nilai ukhwah sesama warga mgksmkpp maka aktiviti sebegini patut diteruskan lagi bagi masa-masa hadapan. Masakan ala Chinese di R.O.C sememangnya telah memberi satu lagi pengalaman baru kepada warga mgksmkpp. Syabas dan tahniah kepada semua yang hadir yang telah memberi komitmen sepenuhnya kepada MGKSMKPP. Semoga dapat bertemu ditahun hadapan.

Monday, 2 November 2009

Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia

Pengetua SMKPP sedang membaca perutusan dan merasmikan pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia
Pendeklamasi sajak dan resensi bacaan buku oleh pelajar
Pengetua sedang menarik banner pelancaran

2 Nov 2009, titik bersejarah bagi SMKPP kerana telah melaksanakan pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia peringkat sekolah dengan jayanya. Persediaan yang teratur dan terancang oleh setiausaha utama Pusat Sumber Pn. Nik Zawanah bt. Nik Ismail yang telah mengabung jalinkan persembahan mendeklamasi sajak dan resensi bacaan beserta layar multimedia. Fokus melaksanakan pelancaran ini adalah bertujuan merealisasikan Program NILAM yang merupakan salah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat menwujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dallam kalangan rakyat Malaysia

Sunday, 1 November 2009

Ceramah Bomba

1 Nov 2009, SMKPP sekali lagi telah merancang aktiviti Ceramah Keselamatan Kebakaran dan telah menjemput wakil Jabatan Bomba iaitu En. Lokman b. Daud dan En. Rosli b. Daud dari unit latihan khas Bomba Daerah Baling. Terima kasih di atas sumbangan ceramah dari pihak tuan. Semoga pada masa-masa akan datang satu taklimat serta praktikal "Fire-Drill" akan dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.