Sunday 24 March 2013

Kem Kepimpinan & Sahsiah Pengawas SMKPP 2013

Tahniah dan syabas kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan Kem Kepimpinan & Sahsiah Pengawas SMKPP baru-baru ini pada 7-8 Mac 2013 bertempat di SMKPP sendiri. Pelbagai aktiviti dan input berkenaan kepimpinan yang telah dilaksanakan. Semoga dengan itu nilai jati diri semua pengawas yang terlibat dapat menjadi lebih baik dan berkeyakinan tinggi..insyallah

Thursday 21 March 2013

TAHNIAH SMKPP (SPM +4.95%)




28 Mac 2013...Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yg telah berjaya dan tidak lupa juga kepada semua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam berusaha utk meraih kejayaan yang begitu cemerlang berbanding tahun 2012. Tahniah

Monday 11 March 2013

Pasukan Pantun ke3 Peringkat Daerah

Syabas dan tahniah juga kepada pasukan pantun SMKPP kerana telah berjaya merangkul tempat ke3 peringkat daerah baling/sik baru-baru ini....Teruskan usaha dan tahniah juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pasukan pantun sekolah ini.....

Peserta Petanque SMK Parit Panjang Juara Negeri




Syabas dan tahniah kepada pasukan Petanque SMKPP yang kerdil-kerdil tetapi mempunyai jiwa yang besar kerana berjaya mengalahkan beberapa pasukan hebat dari pelbagai sekolah dari seluruh kedah dalam acara petanqu peringkat negeri...Dan selepas ini mereka ini akan bertarung diperingkat kebangsaan di Kuantan pada 10-14 May 2013... Tahniah juga kepada Pen. KOKO Pn. Che Maznah dan guru penasihat Cg. Khuzaimi kerana telah berusaha utk memastikan kejayaan ulung pasukan ini...Majulah sukan utk sekolah...

KEJOHANAN MERENTAS DESA SEKOLAH

 
 
 
 
 
Syabas dan tahniah kepada unit koko smkpp kerana telah berjaya melaksanakan kejohanan merentas desa pada 28 Feb 2013 yang lalu. Penglibatan yang menyeluruh dikalangan guru dan murid telah berjaya melahirkan pelajar yang berbakat dalam acara ini....Walaupun kejohanan tersebut dilaksanakan pada waktu petang yang panas terik, namun dengan semangat kesukanan yang tegar yang telah dipamerkan oleh semua pihak telah memastikan bahawa tiada yang mustahil dalam mengejar impian kejayaan rumah sukan masing-masing. Tahniah kepada Rumah Gama kerana telah menjuarai kejohanan merentas desa tersebut...