Saturday 30 July 2011

KEM TEKNIK MENJAWAB SPM & PMR 2011











Syabas dan tahniah kepada pihak Kaunseling kerana telah berjaya melaksanakan kem teknik menjawab SPM dan PMR yang telah bermula pada 24-26 Julai 2011 yang telah mengambil beberapa subjek utk diperhalusi akan kaedah menjawab terutamanya bagi PMR dan SPM...Antara subjek yang telah menjadi tumpuan seminar ialah Sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik, Prinsip Akaun, Matematik Tambahan, Pendidikan Islam, Bahasa Arab

Jamuan Pengawas & Sayonara utk Ustaz Hapidz








Syabas dan tahniah kepada semua ahli pengawas SMKPP serta guru-guru lembaga pengawas dan disiplin kerana telah berjaya melaksanakan satu majlis jamuan peralihan tugas pengawas serta jamuan perpisahan untuk Ustaz Hapizd kerana bertukar ke sekolah SMK Bedong setelah hampir 12 tahun menabur bakti di SMKPP pada 21 Julai 2011 jam 8.00 mlm di Dewan Makan Asrama SMKPP yang lalu..Sambutan majlis yang telah disulami dengan pelbagai perasaan gembira, sedih, syahdu, sebak, dukalara telah menyerikan suasana majlis lagi ditambah dengan tayangan multimedia nostalgia ustaz hapizd sepanjang berada di SMKPP....Semoga pemergiaan beliau akan memberi nilai positif yang lebih kepada beliau serta kepada kulawangsa SMKPP yang masih berada di SMKPP. Syabas

Thursday 28 July 2011

SAMBUTAN IHYA RAMADHAN 1432H






28/Julai/2011. Selamat Menyambut Ramadhan Karim kepada semua kulawangsa SMKPP. Pelancaran Ihya Ramadhan telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMKPP Tn. Hj. Khadri b. Mohd Salleh sendiri Montaj Multimedia, Tazkirah oleh Ust Basharuddin, acara salam bersalaman, kemudian diikuti oleh Ceramah Ihya Ramadan tepat jam 12.00 tgh oleh ust Khairuddin bin Yaakub dari Sik.

Sunday 24 July 2011

Kursus Dalam Perkhidmatan (LDP)






Syabas dan Tahniah kepada semua kulawangsa pendidik dan staf di atas kejayaan melaksanakan Kursus LDP.....yang telah di jalankan pada 23 Julai 2011 bertempat di makmal ICT SMKPP dengan pengisian 2 slot iaitu Intergriti dalam Perkhidmatan serta pengenalan Jadual Pivot dalam pengurusan Head Count yang telah disampaikan oleh Tn. Hj. Sazali Pngetua SMKA Ahmad Fauzi, Yan dan En. Ismi Kamarul sham guru SMKPP sendiri.

Thursday 21 July 2011

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SMKPP 2011




21 Julai 2011, Jam 9.00 pg bertempat di Dewan Utama SMKPP. Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah kecemerlangan akademik dan kokurikulum di atas kejayaan masing-masing..Majlis gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh Dr. Ahmad Abdul Ghani Said Pensyarah Kanan IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Sg. Petani...

Sunday 17 July 2011

HARI JAYA WARIS SMKPP 2011




Syabas dan tahniah kepada semua pelajar SMKPP kerana telah beraya menjemput waris masing-masing utk hadir ke sekolah dalam usaha mengenal pasti status kejayaan anak-anak mereka dalam pembelajaran....Antara program yg telah dilaksanakan ialah ceramah motivasi pembinaan sahsiah pelajar oleh Cg. Ismi Kamarul Sham di surau SMKPP khas kepada pelajar ting.1...Ceramah motivasi kepada para waris Pn. Che Nazrah bt. Mohd Yusof pensyarah IPDA...pelbagai tips kecemerlangan telah diberikan kepada waris-waris dalam usaha membentuk sahsiah anak masing-masing...Seterusnya agenda penyerahan keputusan kepada semua pelajar telah berlaku di kelas masing-masing dalam suasana sungguh meriah....Syabas dan tahniah...

Saturday 16 July 2011

Yaasin Terakhir Buat Ustaz Hapidz






14 Julai 2011....Jam 7.30 pagi yang begitu hening dengan irama hujan gerimis seolah-olah mengerti akan emosi setiap sanubari yang hadir pada pagi tersebut...Pagi yang agak dingin seolah-olah ingin mengiringi pemergian Ustaz Hapidz untuk meninggalkan SMK Parit Panjang setelah hampir 10 tahun menabur bakti di bumi SMKPP....Syabas dan tahniah buat Ust. Hapidz....Kenangan serta nostalgia yang begitu banyak memberi dan menyentuh setiap hari sanubari yang hadir pada pagi tersebut.....Semoga pemergian Ust. Hapidz akan membina semangat yang lebih kental kepada semua kulawangsa SMKPP dan semoga terus cemerlang....

Kem Kecemerlangan Akademik PMR SPM









Tahniah dan syabas kepada calon terpilih PMR dan SPM SMKPP 2011 kerana telah berjaya melaksanakan kem kecemerlangan akademik yang berfokuskan kepada matapelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam pada 14-15 Julai 2011 bertempat di SMKPP sendiri....Susunan jadual yang padat serta disulami dengan Kem Solat (Qiamulail) amat-amat menyentuhi serta dapat membersihkan jiwa setiap yang hadir serta muhasabah diri kendiri......Majlis penutupan telah disempurnakan sendiri oleh Tuan Pengetua Tn. Hj. Khadri b. Mohd Salleh....Terima kasih tidak terhingga juga kepada semua guru-guru yang telah terlibat serta menjayakan program tersebut...Semoga usaha intensif sebegini dapat diteruskan lagi oleh semua panita yang lain dalam usaha membantu pelajar mencapat kecemerlangan...insyallah.