Tuesday 25 January 2011

Latihan Rumah Sukan 2011




Syabas dan tahniah kepada semua rumah sukan yang telah memulakan latihan awal disamping menjayakan hasrat Kementerian Pelajaran Satu Murid Satu Sukan..Latihan telah dimulakan oleh pasukan rumah biru dan merah pada 23 Jan 2011 dan diikuti oleh pasukan rumah Hijau dan Kuning pada 24 Jan 2011....Kesihatan yang seimbang akan menghasilkan output keputusan akademik yang cemerlang lagi insyallah...Tahniah kepada PK KOKO Pn. Che Maznah bt. Hashim kerana telah berjaya mengemblingkan seluruh tenaga pendidik dan pelajar dalam menjayakan program tersebut....

EduwebTV - SMKPP




Tahniah dan syabas kepada SMKPP kerana telah memperolehi sebuah TV HD yg sungguh berkualiti dan dgn itu setapak lagi SMKPP telah bergerak ke hadapan dengan pengguna ABM melalui EduWebTV...Untuk pertama kalinya Cikgu Ismi telah menggunakannya dalam pengajaran Sains beliau dan kesimpulannya ia begitu intraktif dan dapat menggantikan TV. Pendidikan ..Semoga lain-lain guru pun dapat mempergunakannya dengan lebih efektif....Syabas

Saturday 22 January 2011

LDP Pertama (Perancangan Strategik SMKPP)





Tahniah dan syabas kepada semua warga pendidik SMKPP kerana telah berjaya menghadiri LDP pertama pada 22 Jan 2011 bertempat di Makmal ICT SMKPP. Untuk kali ini LDP yang bertemakan Perancangan Strategik SMKPP telah disampaikan oleh En. Ishak dengan jayanya. Pelbagai e-bahan telah diedarkan kepada Ketua-ketua Panitia untuk diambil tindakan oleh semua panitia dan penghantaran akan dilaksanakan sebelum 28 Feb 2011.. Semoga pelbagai input yang diperolehi dapat dimanafaatkan oleh semua guru-guru dalam merancang dan merealisasikan untuk SMK Parit Panjang 2011....sehingga 2013....Tahniah

Monday 3 January 2011

Ahlan Wasahlan kepada semua Warga SMKPP tahun 2011


Pelajar tahun 2011 & Pengetua SMKPP (Ucapan Utama)


Ustaz Hapiz (Pengerusi Majlis) & Pelajar-pelajar cemerlang PMR 2010

Syukuran dan Alhamdulillah setelah bercuti panjang dan telah meninggalkan tahun 2010 dengan penuh nostalgia...Semoga kenangan-kenangan lama itu akan dapat menjadikan setiap insan ini semakin matang dalam membuat pengurusan diri..Dan tahun 2011 telah menjenguk kita semua...Semoga di tahun baru ini akan menjadi lebih dinamik yang akan melakarkan kejayaan demi kejayaan insyallah....