Wednesday 28 April 2010

Tahniah...... Di Atas Kelahiran Puteri Comel Cikgu Noorbaza..



Tahniah diucapkan kepada Cikgu Siti Noorbaza Mashor sekeluarga dari warga SMKPP di atas kelahiran puteri yang diberi nama Siti Rania Fairuz (Cantiknya nama... mesti cun bila besar nanti..).Semoga dengan kehadiran puteri comel ini akan menyerikan lagi suasana dan dilimpahi rezeki dengan banyaknya. Siti Rania Fairuz dilahirkan pada 08 April 2010 di Hospital Besar Alor Setar ..

Kursus Literasi ICT di IAB Utara




Syabas dan tahniah kepada Cikgu Ismi kerana sedang menjalani kursus Literasi ICT di IAB Utara mulai 26-29 April 2010. Pelbagai ilmu mengenai pengurusan dan latihan kerahsian dalam internet dan pelbagai kegunaan telah berjaya di adaptasikan melalui kursus tersebut. Insyallah dengan pengalaman dan ilmu yang diperolehi akan dapat dikongsikan bersama dengan dengan lain-lain guru dalam kursus latihan dalaman di sekolah nanti. Selain dari itu pelbagai pengalaman mengenai perjalanan sekolah-sekolah lain daripada lain-lain guru...Itulah kelebihan sekiranya keluar berkursus. Jauh berjalan luas pandangan.

Wednesday 21 April 2010

Ceramah Keselamatan Jalan Raya

Syabas dan tahniah kepada pihak SMKPP kerana telah menjemput 3 orang pegawai traffik Daerah Baling untuk memberi ceramah keselamatan jalan raya kepada semua pelajar. Ceramah yang padat dan berilmiah telah berjaya disampaikan pada 21 April 2010 di Dewan Terbuka SMKPP.
Pelbagai info yang telah dikongsikan bersama dan di antaranya ialah contoh-contoh kemalangan yang telah berlaku sekitar Daerah Baling, kesan tidak memakai topi keledar, kesan tidak mempunyai lesen memandu dan lain-lain lagi.

Tuesday 20 April 2010

Kompaun JPJ naik 333 peratus..


Kesalahan penggunaan plat kenderaan juga bakal dikenakan kompaun yang lebih tinggi selepas pindaan Akta Jabatan Pengangkutan Jalan diluluskan di Dewan Rakyat. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Para pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya perlu lebih berhati-hati selepas ini berikutan kadar kompaun maksimum kesalahan jalan raya akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000 tidak lama lagi.

Kenaikan kira-kira 333 peratus itu berikutan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang akan dikuatkuasakan kelak.

Peruntukan itu adalah antara 51 Fasal pindaan yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri di Dewan Rakyat semalam.

Antara pindaan lain yang dicadangkan termasuk menaikkan umur kelayakan memohon lesen memandu motosikal daripada 16 tahun kepada 17 tahun. Penalti bagi kesalahan melanggar umur kelayakan itu juga dinaikkan daripada tidak melebihi RM2,000 kepada tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000.

kredit : kosmo.com.my

Petikan : http://berita-harian-online.com/

TEMASYA SUKAN 2010 SMK PARIT PANJANG


Syabas dan tahniah kepada semua warga SMKPP kerana telah menjayakan temasya sukan peringkat sekolah pada 7 April 2010 yang lalu. Tahniah juga kepada Pasukan Rumah Biru yang diketuai oleh Cikgu Ismi kerana berjaya mengekalkan kejuaraan utk tahun yang ke 4 kali berturut-turut. Walaupun persaingan yang amat hebat dari Rumah Hijau namun rezeki masih berpihak kepada rumah biru. Syabas. Temasya sukan tersebut telah dirasmikan oleh En. Sharizal B. Ismail Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Baling.
Suasana temasya sukan yang sungguh meriah ternyata terpapar disetiap wajah semua warga SMKPP...Semoga suasana ini berkekalan disamping dapat membina semangat ukhwah antara sesama para pendidik. Syabas dan tahniah sekali lagi.

Monday 12 April 2010

Tahniah kepada Pelancaran Blog Kauseling SMKPP


Syabas dan tahniah kepada pelancaran dan terbinanya Blog Unit Bimbingan Kaunseling SMKPP di bawah pengelolaan Cikgu Tahir, Cikgu Khairil dan Cikgu Rozila...Semoga dengan adanya blog tersebut akan dapat mengandakan lagi usaha unit tersebut dalam membentuk sahsiah pelajar SMKPP khasnya dari masa ke semasa, insyallah....Blog Unit Kaunseling SMKPP

Saturday 3 April 2010

Tahniah Di atas Kelahiran Puteri Comel Cikgu Suhaila

Tahniah kepada cikgu Suhaila bt. Saad sekeluarga kerana telah dianugerahkan seorang lagi cahaya mata yang begitu comel....Semoga dengan kehadiran bayi comel ini akan menyerikan lagi suasana keluarga beliau nanti.........Lahir pada 18 Mac 2010 dan Ameena Safiya nama yang telah diberi.Tahniah sekali lagi buat Cikgu Suhaila.

Thursday 1 April 2010

Tahniah kepada Cikgu Ismi


Tahniah kepada Cikgu Ismi kerana telah dianugerahkan untuk memenangi Grand Prize Contest Takaful untuk percutian 3hari 2 malam ke Malaysia Timur.....Agaknya boleh ambil cuti untuk memenuhi hasrat kerajaan CUTI-CUTI MALAYSIA.......Rezeki dari Allah yang tidak disangka-sangka tu, insyallah....klik disini . Selamat Bercuti dan jangan lupa ole-ole untuk SMKPP nanti.....