Friday 26 February 2010

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat sekolah

Ahlan Wahsahlan sekali lagi...Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah akan diadakan pada 3,4 Mac 2010 minggu depan dan akan diserikan lagi dengan penceramah oleh yang dijemput khas dari Radio 3 Kedah dalam soal jawab masalah agama. Disamping pertandingan Nasyid, Hafazan, Tilawah Al-Quran dan kuiz sempena Maulidur Rasul telah dirancang... Semoga penglibatan menyeluruh dari semua guru-guru akan melancarkan perjalanan majlis tersebut insyallah... dan jangan lupa juga untuk menghadiri Jamuan Makan MGK selepas tamat aktiviti sambutan maulidur rasul. Jazakallahu khairan kathira...

Sunday 21 February 2010

Anugerah Kursus Kenaikan pangkat KRS Peringkat Daerah


Tahniah dan syabas kepada 4 orang wakil pelajar SMKPP yang telah berjaya melaksanakan kursus kenaikan pangkat di SK Tawar Kuala Ketil pada 4-6 Feb 2010 yang lalu. Pelajar tersebut yang telah mendapat pangkat kopral ialah Muhammad Fahruddin b. Ibrahim, Nur Syifa bt. Abd Halim dan Haslina bt. Mahadi. Seorang lagi yang telah mendapat pangkat Sarjan ialah Zulghafar b. Ghazali. Tahniah dan syabas juga kepada guru pembimbing Ustaz Basharuddin, Cikgu Iqqbal, Pn. Wan Rosnita, Pn. Murizah dan Pn. Zaleha yg telah berjaya memimpin pelajar-pelajar tersebut. Semoga dengan adanya kualiti pelajar sedemikian akan dapat meningkatkan kualiti kepimpinan dikalangan pelajar.

Saturday 20 February 2010

UJIAN PERTAMA


Tahniah kepada semua warga SMKPP yang telah bercuti panjang sempena Tahun Baru Cina baru-baru ni....Insyallah pada 21 Feb 2010 sesi persekolahan akan bermula dan jangan lupa Ujian Pertama akan bermula pada 23 Feb 2010. Satu pesanan daripada SU Dalaman Peperiksaan ialah agar semua guru matapelajaran dapat memberi markah peperiksaan (secara manual) seberapa awal yang mungkin kepada Cikgu Ismi utk beliau membuat analisa seberapa awal yang mungkin. Kerjasama anda amat dihargai dan semoga permasalahan pengisian markah ke dalam sistem SAP selama ini akan dapat diselesaikan dengan kerjasama anda.