
Tuesday, 26 January 2010
Selamat Datang Ke SMKPP

Friday, 15 January 2010
Latihan Rumah Sukan


Bermula 12 Jan 2010, Latihan Rumah Sukan telah bermula dgn dimulai oleh Rumah Biru dan Merah. Pada hari pertama latihan dengan kehadiran yang sungguh memberangangkan menunjukkan begitu komitednya seluruh pelajar SMKPP dalam acara sukan. Semoga dengan kesungguhan ini akan mencerminkan juga kesungguhan dalam bidang akademik juga....Syabas dan tahiniah.
Thursday, 14 January 2010
Program Bubur Asyura 2010





Terima kasih diucapkan kepada semua warga SMKPP yang telah meluangkan masa untuk menjayakan aktiviti sempena Bulan Muharam yang sudah pun dipenghujung bulan iaitu Gotong Royong mengacau Bubur Asyura. Program yang telah di ketuai oleh Pn. Jamsiah telah berjaya menarik rakan-rakan untuk turut serta secara bergotong-royong menghasilkan bubur asyura sebanyak 2 kawah. Terima kasih juga kepada Tn. Hj. Fauzi serta Pn Che Maznah di atas bantuan peralatan untuk menjayakan perogram tersebut. Semoga dengan wujudnya aktiviti sebegini akan dapat menjalinkan hubungan serta semangat Team-Work utk semua warga. Syabas dan Tahniah sekali lagi dari MGKSMKPP.
Wednesday, 13 January 2010
Pemakaian Baju Koperat Sekolah


Tuesday, 12 January 2010
Pelancaran Blog Asrama SMKPP

Tahniah dan syabas kepada penggerak laman blog asrama yang telah berusaha untuk bergerak setapak lagi ke hadapan di atas pelancaran laman blog asrama SMKPP. Walaupun masih dalam peringkat percubaan namun penampilan yang dinamik dan wadah yang terpilih membolehkan lagi semua warga berkongsi informasi diantara satu sama lain. Tahniah dan syabas sekali lagi. JOM Layari http://asramasmkpp-asramasmkpp.blogspot.com/.....Sekian

Monday, 4 January 2010
Tahniah Kepada Kedatangan Guru-Guru Baru






Syabas dan tahniah kepada warga pendidik baru 2010 SMK Parit Panjang.
- Norharah binti Abd Hamid ( Diploma Psikologi Kolej Jamiah Islam Putra, Kelantan)
- Cikgu Norsalwati bt. Ariffin (dari SMK Sik : Kelulusan Ijazah Pend. Tek. Maklumat UPSI)
- Ust Osman b. Mohamad Noor (Ijazah Usuluddin - Kolej Universiti Insaniah)
- Cikgu Lim Song Chai (dari SMK Kedawang, Langkawi: Kelulusan B.A Edu USM)
- Cikgu Ariza bt. Aki (dari SMK Abu Bakar Baling: Ijazah Sastera & Pend. USM)
- Cikgu Adlina bt. Mansor (dari SMK Pekan Telipok, Sabah : Ijazah Sains & Pend -UM)
Semoga dengan kehadiran wajah-wajah ceria dan dinamik akan dapat membuat satu perubahan paradigma yang lebih berkualiti lagi. Selamat maju jaya dan selamat bertugas di sekolah baru.
Sunday, 3 January 2010
Selamat Datang Ke Sekolah


Ceria dan bersemangat padu keseluruhan pelajar-pelajar SMKPP ketika mengorak langkah ke sekolah pada awl persekolahan....Kelas telah berjalan seperti biasa dengan permulaan pedagogi serta pelancaran minggu orientasi bagi pelajar Ting. 4 dan Ting. 1. Syabas dan tahniah kepada semua yang telah melaksanakan agenda pembelajaran bagi SMK Parit Panjang. Semoga dengan permulaan yang dinamik akan membuahkan kejayaan yang lebih berkualiti.
Subscribe to:
Posts (Atom)