Friday 10 October 2014

MAJLIS HARI RAYA KORBAN 1435H 5 OKT 2014

Tahniah dan syabas kepada semua warga SMKPP dan ucapan jutaan kejayaan kepada panitia Pend. Islam kerana telah berjaya menganjurkan satu majlis korban dengan di isi dengan pelbagai wadah ilmu yang mampu membina kualiti iman dikalangan semua yang hadir. Bermula di awal pagi dengan tayangan multimedia oleh cg ismi kamarul sham berkenaan dengan lambaian kaabah dan ceramah pendek hari raya korban, diikuti dengan proses sembelihan dan melapah serta memasak secara gotong royong. Seterusnya diikuti dengan ceramah agama sempena aidil adha ...Diakhir majlis setelah ceramah..kenduri daging korban untuk semua warga amat-amat meriah sekali..Semoga ia akan menjadi satu amalan budaya korban pada setiap tahun insyaallah...Tahniah Sheikh Zakri selaku panitia pend islam smkpp....
 
 
 
 
 
 

Sunday 5 October 2014

LAWATAN BALAS KE ASRAMA TERENGGANU - 25-27 SEPT 2014

Tahniah dan syabas kepada pelajar SMKPP asrama yang telah mengadakan lawatan balas ke asrama SMK Bukit Sawa Marang, Terengganu...pada 25-27 Sept 2014 yg lalu. Semoga dengan lawatan balas ini dapat mengiratkan lagi hubungan ukhuwah dan pellbagai hal yang boleh dipelajari mampu memberi nilai positif kepada pihak sekolah serta kepada pelajar-pelajar asrama amnya....Tahniah
 
 

PROGRAM MOTIVASI BERSAMA SISWA KUIN 25-26 SEPT 2014

Tahniah dan syabas kepada seluruh pelajar ting. 5 yang telah menghadirkan diri untuk sama-sama menyertai program motivasi kendiri yang dilaksanakan oleh pelajar-pelajar KUIN (Kolej Universiti Insaniah Alor Star ) pada 25 -26 Sept 2014 yang lalu. Ternyata pengisian yang telah dilaksanakan mengandungi ciri-ciri pembinaan islami yang dapat membentuk watak pelajar ke arah yang lebih nyata dan berpaksikan islam. Selain dari melaksanakan program peningkatan akademik ia juga diselit dengan program yang menyedarkan diri, mencungkil jati diri serta pembinaan sahsiah menurut islam yang terbaik....Syabas dan terima kasih kepada siswa-siswi seramai 12 orang yang telah bertungkus lumus melaksanakan program tersebut. Insyaallah dimasa akan datang program ini akan diteruskan lagi...

 
 
 
 
 
 

1 Day with The News Strait Times 18 Sept 2014

Syabas dan tahniah kepada seluruh pelajar ting. 1 kerana telah mengaplikasikan pembelajaran melalui bacaan akhbar bahasa inggeris iaitu The News Straits Times yang telah berlangsung pada 18 Sept 2014 yang lalu. Semoga dengan usaha yang sedikit ini mampu meningkatkan tahap pencapaian bahasa inggeris ke tahap yang boleh dibanggakan pada masa ke semasa...