Monday 14 July 2014

Wakil Aqsa Syarif di SMKPP

14 Julai 2014, wakil NGO Aqsa Syarif En. Wahab telah sudi datang ke sekolah untuk menerima wang pungutan dari semua warga SMKPP yang berjumlah RM1040 untuk di dermakan kepada mangsa GAZA Palestin.... Penyerahan secara sederhana telah dilaksanakan di bilik pengetua dan beliau berjanji untuk memberi satu pencerahan status sebenar di Palestin kepada SMKPP pada 22 Julai ini......Tahniah dan syabas kepada SMKPP kerana telah melancarkan Tabung Palestin di peringkat sekolah...Ini menunjukkan bahawa nilai keprhatinan warga SMKPP amat-amat membanggakan.. Semoga derma yang tidak seberapa ini dapat dimanafaatkan oleh mangsa di GAZA...insyallah





Saturday 12 July 2014

Pelancaran Tabung GAZA Palestin

Syabas kepada semua warga SMKPP di atas sumbangan utk Tabung GAZA Palestin yang telah berjaya dipungut sebanyak RM330 dari semua pelajar, guru, kakitangan . Sesungguhnya orang yang menderma dibulan ramadhan teramat besar ganjaranya insyallah....Sumbangan tersebut akan disalurkan kepada salah satu pertubuhan NGO Aqsa Shariff dan penyerahan wang tersebut akan dilakukan pada 14 Julai 2014 bertempat di SMKPP dengan kehadiran wakil Pertubuhan Aqsa Al-Sharif En. Wahab ke sekolah...Semoga Allah memberkati usaha kita semua dalam membantu masyarakat palestin di bumi GAZA...

Majlis Tadarus Ramadhan 2014

Syabas dan tahniah sekali lagi Majlis Tadarus Perigkat Sekolah sedang berjalan dari hari pertama sekolah dibulan Ramadhan sehinggalah 24 Julai 2014 dengan majlis khatam al-quran pada 17 Julai 2014 ini....
Sebanyak 10 kumpulan tadarus dikalangan pelajar telah dibentuk dan setiap tadarus akan diikuti dengan hurain dari guru-guru yang telah disusun aturkan....Syabas dan tahniah kepada Panitia Pend. Islam dibawah pimpinan al-Fadhil Sheikh Zakri selaku ketua panitia....
 
 
 
 

Kejohanan Sukan Sekolah 2014

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga SMKPP kerana telah berjaya melangsungkan kejohanan sukan peringkat sekolah pada 26 Jun 2014 yang lalu dengan meninggalkan seribu satu kenangan serta nostalgia yang indah serta pahit...Apa pun tahniah kepada rumah sukan Rumah Hijau kerana setelah 10 tahun menanti kini kejuaraan telah menjadi milik anda....Syabas dan Tahniah ....Kepada yang tidak bernasih baik anda sebenarnya tidak kalah cuma tidak mempunyai rezeki untuk berada di tempat pertama untuk merebut kejuaraan.....Semoga sukan SMKP akan terus maju.....



                       
 
 
 

 



Ceramah Ihya Ramadhan 1435H 24 Jun 2014

Syukur alhamdulillah pada 24 Jun 2014 yang lalu Panitia Pend. Islam SMKPP telah berjaya melaksanakan satu progrram Ihya Ramadhan sempena kedatangan ramadhan yang bakal tiba dengan menjemput penceramah  Ust Saufi b. Mohd Akhir dari Ribatlife Islamic Training Consultancy Sg. Petani. Ceramah yang begitu dinamik dan telah berjaya menyentuh hati-hati ramai pelajar menyebabkan ramai yang telah menderaikan air mata sewaktu sesi penyampaian ceramah beliau...Semoga dengan kesedaran ini akan dapat terus dikekalkan dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba kepada Allah disamping tidak meninggalkan tanggunjjawab terhadap tugas-tugas harian...Wallahualam

 
 
 
 

Ceramah Kembara Remaja Muslimah 17 Jun 2014

Tahniah kepada semua pelajar perempuan SMKPP kerana telah menghadiri ceramah Kembara Remaja Muslimahh pada 17 Jun 2014 yang lalu ketika acara sukantara dilaksanakan kepada pelajar lelaki...Perkongisaan ceramah yang telah dikendalikan oleh Cg. Ismi Kamarul Sham b. Ismail Guru Cemerlang Sains sedikit sebanyak telah menyentuh hati nurani pelajar dengan pembawakan kandungan ceramah yang secara bersahaja namun mempunyai inti pati yang bermanafaat insyallah....Semoga dengan perkongsian ilmu tersebut akan menyedarkan lagi serta dapat membina matlamat kehidupan para pelajar terutama remaja muslimah....Syabas...







Selamat Datang Cg. Habsah


Pada 1 Julai 2014 yang lalu...tahniah dan syabas kepada guru baru mendaftar di SMKPP utk memulakan agenda menabur bakti kepada anak bangsa... Cg. Habsah bt. Abdul Kadir..salah seorang anak yang ke3 dari 7 adik beradik yang berasal dari Pendang Kedah...Berkelulusan dalam bidang Bac. Pendidikan Sains Pertanian daripada Universiti Putra Malaysia...Mempunyai falsafah hidup "Kejayaan tidak datang dengan mudah". Kini telah diamanahkan untuk mengajar matapelajaran ERT sesi petang. Semoga SMKPP akan terus menggorak kecemerlangan yang baik dari masa ke semasa insyallah ....Teruskan khidmat....