Monday 27 January 2014

AHLAN WASAHLAN GURU BARU

Syabas dan tahniah kepada cikgu Nurul Najwa bt. Yusof berasal Baling Kedah yang sudi menabur bakti di SMKPP. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Pembangunan Sumber Manusia, UPM.....Mempunyai pengalaman dalam bidang sejarah dan PJK dan pernah berkhidmat di SMK Bongor. Mempunyai falsafah kehidupan iaitu Akhlak diutamakan, Prestasi dipertingkatkan.. Semoga Terus Berjaya.....

Friday 17 January 2014

Merentas Desa Peringkat Sekolah 2014

Tahniah dan syabas kepada semua warga SMKPP kerana telah berjaya melaksanakan Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2014 pada 16 Jan 2014 yang lalu. Komitmen yang telah diberikan oleh semua pihak telah mengambarkan bahawa semangat kerjaasama yang telah ditunjukkan oleh guru-guru dan staf smkpp amat-amat berada ditahap yang begitu membanggakan...Syabas kepada rumah sukan yang telah berjaya dan semoga kepada semua lain yang kurang berjaya adalah untuk kali ini sahaja dan pastinya pembaikan dan pemulihan wajar dilaksanakan agar keputusan yang cemerlang akan dapat diraih pada masa akan datang...
                       
                       
                       




SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SMKPP 1435H

Syukur alhamdulillah kepada Panitia Pendidikan Islam yang telah berjaya mengadakan satu program yang sederhana tetapi penuh dengan pengisian yang cukup bermakna kepada semua warga SMKPP. Pada 12 Jan 2014 yang lalu pihak sekolah telah menjemput Ust Mohamad b. Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad China kerana kefasihan beliau berbahasa Mandarin Cina untuk memberi ceramah santai sempena sambutan Maulidur Rasul. Banyak perkara yang telah disentuh oleh beliau dalam menyambut Maulidur Rasul ini sebenarnya yang terlebih utama ialah bagaimana kita sebagai umat baginda Rasulullah saw ini bukan sekadar berselawat secara ekstrem hanya sekali dalam setahun malah penghayatan impak dari mengingati rasulullah ini perlu diamalkan sepanjang tahun. Itulah yang dikatakan cintakan rasulullah dan melakukan apa yang disarankan oleh baginda selagi masih ada nyawa dikandung badan. Semoga dengan itu nanti kita layak untuk bersama-sama dengan baginda dialam akhirat kelak....Disamping itu juga sekolah telah menjemput kumpulan Qasidah Y2K untuk menyampaikan qasidah mereka sebelum sesi ceramah itu nanti...

                        



Saturday 11 January 2014

Ahlah Wahsahlan ustazah 2014

Tahniah dan syabas kepada warga pendidik baru Ustazah Muslihah bt. Saleh yang berasal dari Kg. Kerawai Sik dilahirkan. Anak jati Sik telah kembali untuk menabur bakti di tanah tumpah darahnya juga berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendi. Al-Quran. Mempunyai Moto kehidupan Sikit-sikit lama lama jadi bukit


Friday 10 January 2014

Minggu Orientasi Ting. 1 dan Ting. 4 (Slot i-Think)

 Minggu pertama persekolah murid Ting. 1 dan Ting. 4 telah melaksanakan minggu orientasi mengikut fasa masing-masing dengan pelbagai ceramah pencerahan serta tunjuk ajar mengenai pakej pembelajaran bagi ting. 4 dan mengenai hal ehwal persekolahan bagi murid baru Ting. 1...Keadaan yang sungguh aman dan damai serta serta keceriaan yang dipamirkan oleh setiap murid dan tenaga pengajar sepastinya akan dapat membuahkan satu kejayaan cemerlang sewaktu sesi persekolahan nanti....Dikesempatan ini juga Cg. Ismi telah mengadakan satu teknik pencerahan mengenai i-Think keperingkat murid-murid agar teknik ini dapat dijadikan satu amalan yang bernas. Tahniah dan Syabas kepada semua warga SMKPP...
 
                       
                                    




Hari Pertama Sekolah 1 Jan 2014

Ahlan Wahsahlan kepada semua warga SMKPP yang lama dan yang baru menempah nama utk bersama-sama menjayakan agenda pembelajaran di SMKPP... Semoga kehadiran tahun 2014 lebih menjanjikan kejayaan yang menyeluruh kepada semua warga SMKPP....Tahniah dan syabas..
                       




Mesyuarat Pertama SMKPP

                        
                             

                           



Tahniah dan syabas kepada semua para pendidik SMKPP yang telah selamat bercuti dan kini kembali semula dengan semangat yang lebih dinamik utk meneruskan perjuangan berbakti kepada anak bangsa...Justeru pada 29 Dec 2013 yang lalu maka telah dilaksanakan mesyuarat pertama sebagai persediaan menghadapi pengajaran tahun 2014....Banyak amanat yang amat bermakna telah disampaikan oleh Tuan Pengetua, PK 1, PK HEM dan PK Koko...
Semoga kedatangan tahun 2014 adalah tahun yang menjanjikan kejayaan yang lebih cemerlang lagi...