Friday 28 June 2013

TEMASYA SUKAN SMKPP KE 26

Syabas dan tahniah kepada semua pasukan rumah sukan kerana setelah hampir 6 bulan berlatih dan akhirnya pada 27 Jun 2013 telah berlangsungnya kejohanan sukan sekolah kali ke 26 dengan jayanya. Sukan ke 26 ini telah dirasmikan oleh Pengetua Kolej PTPL. Dalam suasana cuaca yang begitu baik telah melancarkan perjalanan sukan yang meriah ini. Syabas kepada rumah Alfa kerana telah menjuarai kejohanan secara keseluruhan diikuti dengan Beta, Sigma dan Gama....Semangat kesukanan yang telah dipamirkan adalah merupakan tunggak kejayaan kelancaran disepanjang kejohanan ini. Dengan bermulanya sukan awal pada 25, 26 Jun dan kemuncaknya pada 27 Jun 2013....Syabas sekali lagi. Majulak sukan untuk negara.






Thursday 27 June 2013

Sukantara Sekolah

Tahniah dan syabas kepada para pemenang sukantara sekolah SMKPP yang telah berlangsung pada 14 Jun 2013 yang lalu. Syabas kepada semua para ahli rumah sukan yang telah menyumbangkan mata bagi rumah sukan masing-masing.....Semangat yang kental yang telah ditunjukkan oleh semua ahli memang tidak pernah luntur sehinggalah ke saat-saat terakhir pertandingan....



 

                       
                       

                        

                                         












Tahniah SMKPP berjaya New Deal

Tahniah dan syabas kepada semua warga SMKPP kerana setelah bertungkus lumus pada 1 Mei 2013 menyiapkan segala yang patut dan pada 2 Mei telah diaudit oleh jemaah nazir dari 5 negeri nazir-nazir dan telah menjadi rezeki kepada warga SMKPP, maka pada 18 Jun telah diumumkan kejayaan mencapai KPI yg telah ditetapkan.....Tahniah kerana telah mendapat imbuhan new deal utk setiap warga pendidik dan staff.....Semoga dengan kejayaan ini akan dapat memberi satu suntikan semangat untuk bergerak dengan lebih cemerlang lagi dalam perkhidmatan dari masa ke semasa dan yang paling utama dapat memusatkan setiap perlakuan adalah kerana mencari keredahaan Allah insyalllah.....SMKPP terus maju...