Friday 25 January 2013

Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013

22 Jan 2013, Selasa sekitar jam 3.00 petang Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013 yang serba ringkas dan padat telah berlangsung di perkarangan Dewan Utama SMK Parit Panjang.  
   Majlis tersebut pada awalnya telah dirancang untuk disempurnakan oleh Datuk Hj. Abdul Azeez bin Abdul Rahim iaitu Ketua UMNO Bahagian Baling, namun atas kekangan tertentu maka telah diganti oleh En. Khairol b. Abdullah iaitu Ketua Belia Bahagian Baling dengan jayanya. 
Keadaan cuaca yang cerah dan berangin telah membantu melancarkan perjalanan majlis penyampaian tersebut dengan kehadiran pihak waris yang cukup memberangsangkan. Dianggarkan lebih 1500 orang waris telah datang bersama-sama dengan anak-anak mereka untuk menerima bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat.

 
 

 Di dalam ucapan pendek beliau ada menyatakan bahawa penyerahan bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 itu adalah merupakan salah satu daripada agenda kerajaan dalam menunjukkan  keprihatinan pihak kerajaan yang memahami akan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat terutamannya sewaktu di awal persekolahan yang mana memerlukan kewangan yang banyak untuk menguruskan perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka. Semoga dengan bantuan yang sekelumit itu dapat memotivasikan semua pelajar dalam usaha meningkatkan prestasi kecemerlangan akademik, insyallah. Berbelanja pada jalan yang diredhai Allah kerna ia merupakan duit rakyat dan juga amanah dari Allah....

Monday 14 January 2013

AHLAN WASAHLAN

 Syabas kepada warga pendidik baru yang telah mendaftar ke SMKPP. Semooga dengan jasa bakti yang bakal kalian taburkan di SMKPP akan membuahkan hasil dari sudut pencapaian akademik dan pembentukan kemenjadian murid-murid di sini. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian. insyallah.




Cikgu Noor Emilia Azlina Ishak, berasal dari Sik. Telah berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata. Berkelulusan Bac. Pendidikan Sains Pertanian dari Universiti  Putra Pertanian. Beliau juga mempunyai pengalaman di SM Teknik Langkawi 4 tahun. Falsafah hidup yang hebat : " Buat Yang Terbaik"








Cikgu Shafazilah bt. Jamaludin, berasal dari Baling. Lulusan dari  Universiti Teknologi Mara, Shah Alam dalam jurusan Bac. of Sc. Teknologi Pertanian. Mempunyai pengalaman SMK Tunku Putera, Baling. Falsafah hidup "Hanya Ilmu menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Sunday 6 January 2013

Ahlan Wahsahlan Pendidik Baru

Tahniah dan syabas guru baru 2013 yg ingin menabur bakti di SMKPP. Semoga dengan kedatangan Cg. Hafizah bt. Wanasan daripada University of TAsmania Australia dalam jurusan farmasi akan dapat menceriakan lagi serta mampu menambaikkan lagi pencapaian akademik serta sahsiah untuk pelajar SMKPP nanti......Falsafah hidup yang bermottokan 'IKHLAS' sudah pasti dapat digambarkan sebagai insan yang berjiwa cekal dalam menabur bakti dibumi Parit Panjang.....

Warga Pendidik Baru 2013

Syabas kepada Ust Zakri bin Othman yang telah datang untuk melapor diri di SMKPP mulai tahun ini. Beliau telah berkhidmat di SMK Siong dan mempunyai pengalaman mengajar hampir 10 tahun dalam bidang pendidikan islam. Kelulusan Universiti Al-Azhar jurusan Usuluddin (Tafsir). Berasal dari Kedah dan falsafah hidup ialah " Bertekad Cemerlang". Semoga jasa beliau di SMKPP dapat diperluaskan lagi dalam mencipta kecemerlangan pencapaian akademik SMKPP.....Tahniah

PERHIMPUNAN PERTAMA 2013

 
 
Perhimpuanan Pertama pada 1 Jan 2013.Tahniah dan syabas kepada semua warga kulawangsa SMKPP yang sampai ke tahun 2013 dengan cabaran yang tersendiri yang sedang menanti. Dengan keputusan cemerlang PMR akan jatuh sedikit 0.45% tidak mematahkan semangat semua pihak kerana dengan kejayaan cemerlang pelajar PMR straight A  iaitu  Adik Safura Zulfah binti Abdul Rahim 9A...Syabas kepada semua pendidik...Semoga tahun 2013 akan lebih cemerlang dengan pencapaian-pencapaian yang lebih memberangsang..insyallah. Tambahan lagi dengan kehadiran warga pendidik baru...Pastinya lebih mampu memberi gandingan yang mantap insyallah....