Monday 23 July 2012

Senam Aerobik Satu Malaysia

 
 
 

10 Julai 2012, Syukur Alhamdulillah..tahniah kepada SMKPP kerana telah berjaya melaksanakan Program Gaya Hidup Sihat iaitu pelaksanaan Program Senam Aerobik 1 Malaysia. Program ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Bekas Guru Cikgu Shahidin yang telah pun berusia 70 tahun namun kesedaran beliau dalam tatacara gaya hidup sihat telah membuat beliau begitu ektrem dengan pelbagai program yang membawa beliau kepada gaya hidup yang sihat. Beliau juga telah menjadi instruktor senam robik yang yang telah berlangsung hampir satu jam. Syabas.

Sunday 15 July 2012

Hari Anugerah Cemerlang 2012

 

Syukuran, Alhamdulillah kerana pada 15 Julai 2012 telah berlangsung majlis hari anugerah cemerlang peringkat sekolah tahun 2012 dengan jayanya.....Majlis ini telah dirasmikan oleh Bekas Guru Cemerlang Pendidikan Islam (JUSA C) Tn. Hj. Samsudin bin Md Nor.....Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah dikalangan pelajar dan guru-guru yang telah melakar kejayaan diatas usaha-usaha yang telah dilaksanakan disepanjang tahun 2011 dan 2012.......Syabas sekali lagi semoga kecemerlangan akan terus menerus dilakarkan dari tahun ke tahun yang mendatang....Insyallah.

Monday 9 July 2012

Taklimat PBS Untuk Waris Ting. 1

 
 


Syukur Alhamdulillah pada 8 Julai 2012 bermula jam 2.00 petang pihak SMKPP telah menjemput para waris murid Ting. 1 untuk mendengar taklimat mengenai pelaksanaan Sistem PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah) iaitu satu sistem baru yang akan menggantikan peperiksaan awam PMR yang akan dimansuhkan mulai tahun 2014. Sebagai makluman awal kepada para waris supaya dimaklumkan hal tersebut adalah bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih dekat agar tidak timbul permasalahan dimasa akan datang sekiranya ada. Syabas kepada pihak pentadbiran SMKPP di atas langkah inisiatif tersebut dalam usaha mengujudkan hubungan yang lebih erat dikalangan pihak sekolah dan para waris. Syabas

Pelancaran Minggu Koperasi dan Pengguna Peringkat Sekolah

 
 


Tahniah dan syabas kepada semua Jawatankuasa Koperasi dan Keusahawanan Perdagangan kerana telah berjaya mengadakan satu majlis pelancaran kempen selama seminggu yang bermula 9 - 15 Julai 2012 dengan pelbagai aktiviti terancang sempena Minggu Koperasi dan Pengguna serta Keusahawanan. Pelancaran minggu tersebut telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Khadri b. Mohd Salleh Pengetua SMK Parit Panjang. Syabas untuk semua

Tuesday 3 July 2012

Kem Seminar Teknik Menjawab PMR

 

Syabas dan tahniah kepada semua pelajar Ting. 3 yang telah mula bergerak mengikuti program kecemerlangan akademik dengan program pertama yang telah berlangsung mulai 2 Julai 2012 Isnin jam 3-5 ptg di Dewan Utama SMK Parit Panjang. Untuk kali yang pertama ini Ust. Mawaddah yang telah didatangkan khas dari SMK Baling untuk berkogsi pengalaman dan pengetahuan mengenai matapelajaran Pendi. Islam PMR. Cermah yang begitu menarik dan menyentuh hati setiap pelajar kerana bukan sahaja perkongsian ilmiah yang telah disampaikan tetapi juga sentuhan kerohaniaan yang telah cuba membawa semua pelajar agar menyedari hakikat menuntut ilmu adalah kerana yang Maha Esa.