Wednesday 27 June 2012

Peperiksaan Kemahiran Menghafaz Al-Quran (KKQ)


Tahniah dan syabas kepada 29 orang pelajar Kelas Ting. Firdaus kerana telah berjaya menduduki ujian bertulis KKQ pada 26 Jun 2012 yang lalu di bilik KKQ SMK Parit Panjang. Semoga dengan kelebihan peperiksaan dan kelebihan menduduki kelas al-quran akan dapat memberi serta menyuntik semangat pelajar tersebut utk cemerlang dalam PMR pada tahun ini nanti...insyallah

Wednesday 20 June 2012

TEMASYA SUKAN SMKPP KE 25

 
 
 
 
 

Tahniah dan syabas kepada semua pelajar dan guru-guru serta kakitangan yang telah menjayakan kejohanan sukan kali ke 25 dengan jayanya... Seperti tahun-tahun yang lalu...aura serta gelombang biru masih kuat gagah perkasa mempertahankan kejuaraan berturut-turut....Syabas semua....Dengan pungutan mata keseluruhan Biru 432, Merah (374), Kuning (338) dan Hijau (305).....Tahniah kepada pemenang dan kepada yang gagal teruskan usaha anda di masa-masa akan datang....

Tuesday 19 June 2012

Pra Sukan SMKPP 2012



 

 
Tahniah dan syabas kepada semua rumah-rumah sukan Alfa,Beta, Gamma dan Sigma kerana telah berjaya menjayakan Pra Sukan SMKPP kali ke 25 pada 19 Jun 2012....Diantara acara yang telah dilangsungkan ialah latihan awal kawad perbarisana mengikut rumah sukan masing-masing dan taklimat khas kepada semua ahli rumah sukan. Diantaranya penyusunan peserta-peserta, pengumpulan duit yuran rumah dan lain-lain persiapan yang difikirkan perlu....Tahniah di atas kerjasama kepada semua pihak.

Wednesday 13 June 2012

Kem Pelajar Cemerlang Sekolah Gemilang

 
Syukur Alhamdulillah setelah bercuti 2 minggu semua pelajar SMKPP telah kembali ke sekolah untuk meneruskan perjuangan dan seawal minggu pertama lagi SMK Parit Panjang telah menjemput pensyarah dari Institut Perguruan Darul Aman (IPDA) Kedah iaitu Ust Mohamad Hafedz Salleh Fakulti Pendidikan Islam utk menyampaikan ceramah motivasi kecemerlangan akademik kepada pelajar-pelajar. Semoga dengan ceramah yang dapat membakar semangat pelajar akan dapat membuahkan sedikit sebanyak kejayaan insyallah.....