Sunday 24 April 2011

Latihan Kebakaran Oleh Bomba Baling






19 April 2011.Syabas kepada SMKPP kerana telah berjaya melaksanakan latihan kebarakan peringkat sekolah yang dibantu oleh Bomba dan Penyelamat Baling iaitu Lokman b Daud, pegawai Latihan Bomba dan Penyelamat. Latihan kebakaran telah bermula pada jam 12.15 tghari dan telah melibatkan keseluruhan kulawangsa SMKPP. Sesi latihan menggunakan alat pemadam api dan sesi ceramah ringkas juga telah berjaya dilaksanakan pada hari tersebut. Guru-guru dan pelajar telah diberi peluang untuk menggunakan alat pemadam api dengan betul..Semaga latihan sebegini dapat diteruskan dari masa kesemasa dan dapat memberi manafaat yang berguna kepada semua pelajar dalam menghadapi kebakaran dimana-mana.

Sunday 17 April 2011

PELANCARAN BULAN BAHASA SMKPP 2011






Tahniah kepada Panatia Bahasa, Pen.Sivik, Pusat Sumber dan Unit Disiplin kerana telah berjaya melaksanakan pelancaran Bulan Bahasa Peringkat Sekolah pada 17 April 2011. Bermula pada hari ini sehingga 22 Mei 2011 pelbagai aktiviti yang akan dilangsungkan sempena Kempen Bulan bahasa dan Kempen Membaca & Berbudi Bahasa...Syabas kepada semua..Semoga dgn aktiviti-aktiviti yang pelbagai itu akan dapat membina keilmuan dan sahsiah dikalangan pelajar dalam proses pedagogi, insyallah.....Laporan aktiviti akan dipaparkan dari masa ke semasa..

Wednesday 13 April 2011

SUKANTARA SMKPP







Syabas dan tahniah kepada rumah biru lagi kerana telah menjadi juara bagi acara sukan tara secara keseluruhan yang telah dipertandingkan pada 9 April 2011 baru-baru ini. Diantara acara yang telah dipertandingkan ialah larian 100m, Lompat Tinggi, Lompat Jauh dan Lontar Peluru. Persaingan yang amat sengit diantara rumah-rumah sukan...Syabas....

Wednesday 6 April 2011

SEMINAR TEKNIK PEMBINAAN PETA MINDA






Syabas dan tahniah kepada pelajar Ting. 3 kerana berjaya menjalani Seminar Teknik Peta Minda oleh PTPL yang telah dilaksanakan pada 6 April 2011 di Dewan Terbuka SMKPP. Penceramah dari PTPL yang menarik dan pandai mengambil hati pelajar telah memukau semua pelajar dari awal seminar hingga ke akhir seminar...Syabas. Semoga Seminar Teknik Peta Minda akan dapat membantu pelajar-pelajar dalam pelajaran mereka sebelum menghadapi PMR sebenar.

Monday 4 April 2011

UJIAN PENGGREDDAN TALIPINGGANG TAEKWONDO





3 APRIL 2011, Jam 5.00 - 630 ptg..Seramai 27 orang peserta dari SMKPP telah menduduki ujian talipinggang taekwondo yang telah dihadiri untuk pengujiaan ujian oleh Master Nawas Khan pemegang 7th Dan Black Belt Antarabangsa dari Ipoh. Syukur Alhamdulillah kerana kesemua peserta telah lulus ujian tersebut dengan 2 orang telah mendapat cemerlang (Double Promotion) iaitu Muhammad Fikri Fadzli dan Mohd Safuan. Insyallah, ujian berikutnya akan dilaksanakan pada Julai 2011 ini.

CERAMAH AADK





4 April 2011...AADK Baling telah datang ke SMKPP untuk memberi ceramah mengenai bahaya dadah kepada seluruh pelajar SMKPP dari Ting. 1 hingga Ting.5...Ceramah yang menarik perhatian pelajar telah menggamatkan suasana sesi ceramah yang begitu berinformasi...Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan sesi ceramah tersebut.

Sunday 3 April 2011

MTQ PERINGKAT ZON KUALA KETIL









31 Mac 2011, Tahniah dan syabas kepada SMKPP kerana telah menjadi johan keseluruhan program MTQ peringkat Zon Kuala Ketil seterusnya melakar satu lagi kejayaan cemerlang. Antara acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-Quran, Hafazan, Tulisan Jawi, Kuiz, Syarahan dan Nasyid.....Persaingan yang sungguh hebat diantara SMK Kuala Ketil, SMK Tanjung Puteri dan SMK Teloi Kanan ternyata kemampuan pelajar boleh digarap sekiranya ada kemahuan utk melaksanakannya.....Syabas SMK Parit Panjang.