Thursday 28 October 2010

Mesyuarat Agung Koperasi SMKPP





28 Oktober 2010, bertempat di Dewan Terbuka SMKPP telah berlangsung mensyuarat agung koperasi sekolah dan telah dapat dilaksanakan dengan jayanya...Syabas

Saturday 23 October 2010

Standard Guru Malaysia (SGM)


Salam sejahtera kepada semua warga pendidik SMKPP...Anda dialu-alukan untuk melengkapkan satu kajian SGM yang direka oleh pakar-pakar kualiti perkhidmatan negara dalam membina serta untuk kita bermuhasabah akan kualiti diri kita sendiri dalam perkhidmatan....Terdapat unsur untuk menganalisa serta pembaikan diri yang terdapat dalam SGM.....Sambil bersantai jom kita pi isi maklumat tersebut....hampir 70% pendidik di Malaysia telah memenuhi pengisian SGM tersebut....Kita bila lagi???? Sila klik alamat di bawah dan teruskan menjawab soalan-soalan yang diutarakan dengan seikhlas yang mungkin....

klik SGM :

www.moe.gov.my/sgm/index.php/users/login

Wednesday 20 October 2010

Seminar SM Teknik 2010





Syabas dan tahniah kepada semua pelajar lepasan PMR 2010 SMKPP kerana telah sama-sama menimba ilmu dan telah mendengar taklimat khas oleh 3 orang pegawai yang didatangkan khas dari SM Teknik 1 Sg. Petani utk penerangan kemasukan ke sekolah teknik. Pelbagai maklumat telah disampaikan oleh pegawai SM Teknik SP1 tersebut dan response yang begitu menggalakkan dari ramai pelajar SMKPP telah dapat dilihat...Terima kasih kepada pihak SM Teknik....
Permohonan SM Teknik melalui online seperti alamat web berikut :

Monday 18 October 2010

Pelancaran Bulan Bahasa 2010






Syabas dan tahniah kepada Panitian Bahasa SMKPP kerana telah menyahut seruan kerajaan Malaysia untuk melancarkan Bulan Bahasa yang bermula disepanjang bulan Oktober ini. Pelancaran telah direalisasikan pada 17 Oktober 2010 diperhimpunan rasmi sekolah dan telah disempurnakan oleh tuan pengetua SMKPP sendiri. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan sewaktu pelancaran tersebut ialah persembahan nasyid kumpulan asrama SMKPP, deklamasi sajak bahasa oleh Adik Nurnadhila dan ucapan rasmi menteri pembangunan yang telah disampaikan oleh wakil pelajar. Semoga dengan pelancaran bulan bahasa ini akan dapat memartabatkan lagi kualiti bahasa ibunda Malaysia.

Sunday 17 October 2010

Pendaftaran E-Slipgaji Penyata


Kerajaan telah bergerak setapak lagi kehadapan urusan tanpa kertas (Elektronik)...So, kepada semua rakan-rakan perlu mendaftar secara online utk urusan-urusan atau anda tidak akan melihat payslip lagi utk seumur hidup..

Sila klik url berikut untuk pendaftaran :


Thursday 14 October 2010

Sehari Bersama Imam Muda - Izbur Rahman b. Omar Zuhdi






Pelajar SMKPP beruntung kerana dapat bersama dengan idola era kini iaitu Imam Muda Izbur Rahman (ASTRO). Semua warga SMKPP telah mendengar perkongsian pengalaman imam muda dalam pertandingan Imam Muda Astro tempohari dan hampir 2 jam ceramah beliau telah memberi impak yang cukup baik kepada semua yang mendengar...Pelbagai kata nasihat telah disampaikan oleh beliau kepada murid-murid. Peringatan kita sebagai hamba Allah juga serta hala tuju kita sebagai insan yang bergelar manusia juga telah dihurai dengan penuh dramatik dan menyentuh hati....Semoga input-input yang diberikan oleh beliau akan dapat disemadi dan dijadikan panduan kepada semua yang mendengar....Sebelum menutupi majlis beliau juga telah diminta oleh murid untuk menyampaikan lagu nasyid yang cukup syahdu...Tahniah kepada Imam Muda Izbur dan Jazakallah khairan katsira...Semoga dapat berjumpa lagi.

SMKPP dilanda ribut





13 Oktober 2010, sekitar jam 2.15 petang keadaan mendung disekitar Parit Panjang, tiba-tiba angin kencang bertiup merentasi bangunan sekolah yang mengakibatkan beberapa keping bumbung bangunan 2 tingkat sekolah telah diterbangi oleh angin kencang tersebut...Mujurlah semua pelajar telah kembali ke rumah ketika itu dan tidak mengakibatkan kemalangan jiwa. Walau bagaimanapun untuk sementara waktu beberapa buah kelas tidak dapat digunakan atas faktor-faktor keselamatan.. Mohon kepada pihak yang berkenaan dapat tampil dengan segera untuk membaiki kerosakan tersebut demi memastikan perjalanan persekolahan dapat berjalan dengan lancar....

Pembentangan Kajian Tindakan - Seminar Inovasi P&P Sains Matematik (BTPN Kedah)




Syabas dan tahniah kepada Cikgu Ismi kerana telah berjaya membentangkan kajian tindakan beliau yang bertema " AKU DAN GSP (Geometer SketchPad) di seminar Inovasi P&P Sains Matematik di BTPN Kedah pada 13 Oktober 2010. Seramai 28 pembentang dari seluruh kedah bagi mewakili daerah masing-masing. Proses pembentang mengikut kategori masing-masing iaitu Sains Menengah dan Rendah dan Matematik Menengah dan Rendah. Pelbagai 'feedback' dan komentar telah dikongsi bersama di dalam majlis tersebut yang mana ia amat berguna utk peningkatan kualiti pengajaran dikelas. Semoga kajian demi kajian dapat dilaksanakan oleh semua para guru di SMKPP untuk masa-masa akan datang...Selamat Maju Jaya.

Thursday 7 October 2010

Jamuan Penutup Syawal






Seronoknya guru-guru SMKPP yang sama-sama menyumbangkan 'pot-luck' pagi ini sempena akhir Syawal. Suasana meriah yang sering diamalkan dan telah menjadi budaya di SMKPP...Semoga budaya ini akan terus berkekalan...

Wednesday 6 October 2010

Selamat Menduduki PMR 2010


Setelah 3 tahun bersusah payah mengharungi onak ranjau maka bermula pada 5-12 Oktober 2010 berlangusungnya peperiksaan PMR utk seluruh calon PMR di Malaysia. Semoga setiap yang berusaha dengan penuh keikhlasan akan mendapat hasil yang cemerlang, insyallah.. Selamat Menduduki Peperiksaan wahai anak-anak murid ku.....

Tuesday 5 October 2010

Pembentangan Kajian di Seminar Inovasi JPN Kedah


Syabas dan tahniah kepada Cikgu Ismi Kamarul Sham b. Ismail kerana telah terpilih untuk membentangkan Kajian Tindakan beliau untuk Seminar Inovasi P&P Sains & Matematik yang bertema : Aku dan GSP pada 13 Oktober 2010 ini... Terima Kasih juga kepada semua guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu beliau menjayakan kajian tindakan yang telah dilaksanakan di SMKPP pada tahun 2009....

Monday 4 October 2010

Ahlan Wahsahlan Guru Baru

Tahniah dan syabas kepada guru-guru yang berjaya 'posting' ke SMKPP....Cikgu yang dimaksudkan ialah Pn. Mariyatun Bt. Shuib yang berasal dari Kupang, Kedah...Major Perdagangan/ Perniagaan. Falsafah hidup : Yang dihilangkan dari mata, tidak mengada, Jangan Kita Kehilangan Rasa. Yang Dihilangkan dari Dunia. Tidak mengapar, Jangan kita Kehilangan Syurga


Cikgu Nurzahirah binti Norzan berasal dari Sg. Petani. Jurusan Sains Pertanian. Falsafah Hidup : "No Pain, No Gain"

Majlis Pemberkatan Ilmu PMR 2010







Syabas dan tahniah kepada semua guru-guru PMR kerana telah berjaya melaksanakan Majlis Pemberkatan Ilmu serta memberi tip-tips terakhir sebelum calon-calon menduduki PMR keesokannya.....Semoga dengan halalnya segala ilmu yang dicurah selama 3 tahun akan membuahkan hasil yang lumayan di tahun 2011, insyallah

Program Sinar Harapan Ting 5 -MathMod dan BI

Dijalankan pada hari jumaat dan sabtu (31/09/10 - 01/10/10)