Wednesday 30 June 2010

SAMBUTAN HARI KOKURIKULUM, HARI KOPERASI & HARI KANTIN SMKPP 2010

SMK Parit Panjang akan melaksanakan sambutan Hari Kokurikulum 2010 sebagai hari kemuncak penutupan aktiviti kokurikulum yang akan bermula dengan aktiviti perkhemahan diikuti dengan Hari Koperasi bersama dengan Hari Kantin. Program yang bermula pada 29 Jun sehingga 1 Julai 2010 akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang amat menarik...Antaranya gerai-gerai jualan oleh usahawan muda pelajar-pelajar sekolah, projek penanaman pokok kenangan oleh para pentadbir sebagai menyokong usaha kerajaan mengembalikan suasana kehijauan yang kini semakin pudar. Pertunjukkan demonstrasi oleh kelab taekwondo sekolah dan juga aktiviti lasak dari Jab. Pertahanan Awam dan banyak lagi....Oleh itu dijemput semua pembaca setia blog SMKPP agar dapat sama-sama mengunjungi program kemuncak ini yang hanya berlaku di SMK Parit Panjang.....

Sunday 27 June 2010

PROGRAM KECEMERLANGAN ILMU DAN PENDIDIKAN


Syabas dan tahniah kepada semua pelajar Ting. 5 dan 4A kerana sedang mengikuti program yang sangat bermakna yang dapat memotivasikan diri serta sahsiah pelajar sebagai persediaan sebelum mereka menduduki peperiksaan yang bakal menjelma dihujung tahun ini nanti.....
Selain dapat membakar semangat dan iltizam pelajar, program yang dianjurkan oleh Yayasan Pelajaran MARA ini juga dapat mencungkil kredibiliti pelajar yang sekian lama terpendam...
Namun yang paling utama ialah setiap butir bicara yang dilontarkan oleh para penceramah sememangnya dapat membakar semangat untuk mengenali diri sendiri yang telah sekian lama dibuai mimpi dan yang pentingnya ialah pembangunan bangsa Melayu itu sendiri.

Monday 21 June 2010

Warga Baru SMK Parit Panjang


Selamat Datang kepada Pn. Khaizuyah Abdul Kadir dari warga SMKPP..... Pn. Khaizuyah adalah guru dari Sek. Men. Keb. Dato' Sheikh Ahmad, Arau, Perlis akan meneruskan khidmatnya di SMKPP bermula 20 Jun 2010. Beliau yang juga berasal dari Kedah telah mengantikan Pn. Hasmidar untuk mengajar mata pelajaran Matematik tingkatan 2 dan 3 serta Sivik tingkatan 2. Semoga beliau dapat mencurahkan bakti di SMKPP dan membantu menaikkan pretasi sekolah....
TAHNIAH dan SELAMAT MENJADI WARGA SMKPP......................

Sunday 20 June 2010

Guru ROS

Tahniah kepada 2 orang guru R.O.S (Rancangan Orientasi Sekolah) selama 2 minggu yang bermula 20 Jun - 1 Julai 2010. Mereka adalah terdiri daripada :
Nama : Nusratunnajiah bt. Mat Isa. Option Bahasa Arab. Edu (UPSI -Tahun 2). Anak kelahiran Baling Kedah. Anak Ke 4 daripada 8 beradik. Hasrat : Semoga Terus Maju Sederap Demi Kehadapan bersama mendidik anak bangsa.

Nama : Nur Farahanim bt. Mohd Amil . Option Bahasa Arab. Edu (UPSI- Tahun 2). Berasal dari Butterworth Penang. Anak Pertama daripada 6 beradik. Moto Hidup : Hidup Hanya Sekali , Gunalah peluang sebaik-baiknya.

Sumbangan daripada Dr. Mashitah bt. Ibrahim (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri)





Tahniah dan syabas kepada SMK Parit Panjang kerana telah memperolehi sumbangan yang cukup bermakna daripada YAB Dr. Mashitah Ibrahim dari Timbalan Menteri di Jabatan Perdana sempena Karnival Seri_Ling Wanita Baling pada 7,8 Mei 2010 yang lalu. Sumbangan telah disampaikan sendiri oleh Dr. Mashitah Ibrahim pada hari pertama sekolah setelah bercuti pertengahan tahun jam 9.00 pg di pejabat Tuan Pengetua SMK Parit Panjang hari ini. Sumbangan berupa jersi bola sepak serta wang tunai yang cukup bermakna kepada pihak sekolah. Semoga pihak jabatan perdana menteri akan dapat sering mengadakan program pembinaan kemasyarakatan yang lebih dinamik lagi dari masa ke semasa. Terima Kasih..

Thursday 3 June 2010

Selamat Tinggal Pn. Hasmidar


03 JUN 2010 adalah hari terakhir salah seorang warga pendidik berkhidmat di SMKPP. Pn. Hasmidar yang terkenal dengan gelak tawanya dan begitu komited dengan tugasnya sebagai SU PMR akan berpindah ke sekolah sekitar Sungai Petani. Terima kasih di atas segala jasamu yang ditaburkan di SMKPP. Semoga hidup sentiasa dirahmati dan dipermudahkan. "Jenguk-jenguklah kami di sini".....

Tuesday 1 June 2010

Majlis Perpisahan Pn. Azura

1 Jun 2010.... warga SMKPP telah kehilangan seorang kakitangan yang begitu komited dengan tugasnya. Bertugas sebagai pembantu tadbir, segala urusan dilakukan dengan cepat dan lancar. Memang mudah berurusan dengan beliau.... Itulah Pn. Azura Binti Halim.

Pn. Azura telah berkhidmat di SMKPP lebih dari 2 tahun dan hari ini beliau melaporkan diri ke SMK Baling.. Sempena perpindahan beliau, satu majlis perpisahan telah diadakan pada 31 Mei 2010. Pelbagai sajian dihidangkan seperti laksa, bihun, kek, durian dan macam-macam lagi. Semoga sentiasa ceria dan bahagia walau dimana beliau berada. "Pesanan dari Warga SMKPP- Jangan lupa kami di sini"....... JASAMU DIKENANG...........