Tuesday 30 June 2009

Update Bilik Guru


Tahniah dan syabas kepada guru-guru yang telah memperkemas-kinikan suasana bilik guru dan kini telah menjadi lebih ceria. Sedap sikit mata memandang. Tapi walau bagaimana pun seiring dengan pembangunan globalisasi era terkini serta pemanasan global yang tidak stabil, mohon pihak yang berkenaan dapat mangambil tindakan sewajarnya agar bilik guru SMKPP dapat di upgradekan lagi dengan lebih kondusif seperti kelengkapan penghawa dingin dan lain-lain yang sepatutnya. Dengan itu nanti semua guru-guru akan menjadi lebih dihargai dan 'mood' pengajaran juga akan menjadi lebih berkualiti lagi kerana suasana lebih nyaman. Seiringi dengan hasrat kerajaan utk menjadikan kelengkapan prasarana first class serta minda kelas pertama akan tercapai dengan pembangunan kelengkapan bilik guru itu nanti, insyallah.

Monday 29 June 2009

JEMPUTAN KE KEM RAKAN MUDA EMPANGAN BERIS


UNIT KOKURIKULUM SMKPP INGIN MENJEMPUT SECARA CYBER KEPADA SEMUA GURU-GURU DAN STAFF SMK PARIT PANJANG UTK KE KEM RAKAN MUDA DI EMPANGAN BERIS SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:

TARIKH : 2-4 JULAI 2009
TEMPAT : EMPANGAN BERIS

KEHADIRAN TUAN/PUAN BERSAMA KELUARGA AMAT AMAT DIALU-ALUKAN DAN AKAN MEMERIAHKAN LAGI SUASANA KEM TERSEBUT. TQ...

UNIT KOKURIKULUM SMK PARIT PANJANG
PN CHE MAZNAH
PK KOKO 2009

Saturday 27 June 2009

Selamat Kembali


Ziarah di Jabal Nur

Ahlan Wasahlan kepada Sheikh Zamri yang telah selamat kembali ke Malaysia setelah menunaikan umrah bersama keluarga pada 26 Mei - 8 Jun 2009 yang lalu. Semoga rakan-rakan lain juga akan dapat mengikuti jejak langkah beliau dalam mencari keredaan Allah disamping beramal, insyallah.

Thursday 25 June 2009

SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH






Syabas dan tahniah kepada semua warga SMKPP yang telah menjayakan Hari Koperasi Sekolah dengan jayanya. Bermula di awal pagi semua warga SMKPP telah sibuk dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh Ketua Koperasi Sekolah En. Khuzaimi b. Khalid serta AJK-AJK nya. Syabas sekali lagi. Diantara aktiviti yang telah dilaksana ialah Perhimpunan Rasmi Khas dengan bacaan-bacaan perutusan utama diikuti dengan Ceramah Khas dari Koperasi Pasar Melayu Baling Kedah. Pameran buku-buku, pameran produk oleh bank rakyat Baling, Gotong Royong Perdana, Kuiz Koperasi Pelajar, Penanaman Pokok Kenangan Koperasi, 'Car-Wash' dan lain-lain lagi. Suasana seperti persiapan hari raya adalah Hari Raya Koperasi bagi SMKPP. Syabas dan tahniah sekali lagi.

Tuesday 16 June 2009

Lawatan Ke Medan Indonesia


Selamat kembali kepada kumpulan guru-guru yang telah melancong bersama keluarga masing-masing ke Medan Indonesia pada 4-7 Jun 2009 yang lalu. Terdapat pelbagai pengalaman yang telah mereka rasai ketika lawatan tersebut. Melalui pengalaman yang dikongsikan bersama mengatakan suasana persekitaran dari segi sosio ekonomi dan budaya di sana agak jauh berbeza dengan keadaan di Malaysia yang jauh lebih mewah dan baik sekiranya dibuat perbandingan. Pepatah ada menyebut 'Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri'. Ternyata dengan kemudahan dan keselesaan di negara sendiri lebih baik dan makmur. Apapun pengalaman yang diperolehi dalam masa yang singkat banyak memberi pengajaran kepada kumpulan guru yang telah melancong di sana. Syabas dan tahniah juga kepada Agensi Pelancong Jafrila yang telah mengaturkan perjalanan dari mula hingga akhir lawatan tersebut.

Monday 15 June 2009

Anak Felda Cemerlang Lagi


Gadis kecil molek dari Felda Teloi Timor, Intan Yusnizar bt. Md Isa nama diberi telah mengukir nama di dalam Program GPMS (Yayasan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung) yang telah dilancarkan pada tahun 2008. Yayasan ini telah melancarkan program kelas tambahan di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia khususnya kepada murid diluar bandar yang kurang berkemampuan. Atas khidmat nasihat daripada En. Abd Razak b. Ahmad, pegawai di JPN Kedah dan Kaunselor Sekolah iaitu En. Mahamad Tahir B. Karim sebagai penyelia untuk program ini ternyata telah membuahkan hasil yang diluar dugaan. Intan Yusnizar telah memperolehi 8A1B2C dalam SPM 2008 yang lalu dan merupakan pelajar paling cemerlang. Sebagai penghargaan Yayasan GPMS telah menyampaikan sijil penghargaan dan sekeping cek bernilai RM400.00. Ini adalah kerana beliau telah dinobatkan sebagai pelajar kedua terbaik pencapaian akademik bagi 13 buah sekolah tajaanya di seluruh Negeri Kedah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru yang turut membimbing murid ini.

Friday 12 June 2009

Tazkirah Bersiri - 7 Prinsip Berjaya

Salam untuk muslimin dan muslimah,
Insyallah, atas kerjasama daripada seorang motivator Sheikh Fazrul Fahmee daripada Los Angeles California United States MGK akan menyediakan satu ruang tip-tip 7 Prinsip Berjaya yang berlandaskan Islam. Ruangan ini adalah utk santapan rohani untuk kita semua dan ambillah iktibar daripadanya. Ruangan tersebut adalah disebelah kanan blog ini dan akan diupdatekan sentiasa dari masa ke semasa. Oleh itu rebutlah peluang untuk membacanya selalu. Insyallah ada hikmah disebalik pembacaan itu nanti.

Saturday 6 June 2009

Kelahiran Baru (Muhammad Amir )

Tahniah kepada Cikgu Ismi di atas kelahiran anak beliau yang ke5 katanya. pada 2 Jun 2009 jam 3.44 petang...Hebatttt......Semoga Allah mencurahkan rezeki lagi ke atas beliau sekeluarga, insyallah.....Lahirnya lagi bakal pemimpin dunia, semoga menjadi kenyataan suatu hari nanti.....Walaupun cuti 7 hari tidak kesempatan, namun keberkatan cuti sekolah ini dapat membantu beliau untuk menguruskan hal-hal keluarga tanpa menganggu masa bidang tugas beliau.....itulah hikmahnya, insyallah. Kepada rakan-rakan yang ingin mengunjungi beliau sempena kelahiran baru ini, dipersilakan (Ahlan Wasahlan) ....insyallah hari pertama sekolah nanti ada kenduri kesyukuran katanya, insyallah....mai jangan tak mai sekolah dihari pertama ini nanti....