Sunday 31 May 2009

Tudung Saji Berhias Songket

Salam sejahtera semua. Baru-baru ini Pengerusi MGK SMKPP ada membuat lawatan ke salah sebuah rumah penduduk kampung Sadik Kupang kerana pengidap penyakit 'Chikunkunya' yang agak kritikal. Sewaktu lawatan ke sebuah rumah yang terletak di kampung tersebut, keadaan dan suasana disitu agak menyedihkan kerana walaupun terdapat air dan elektrik tetapi tempat tinggal agak daif. Kebetulan dengan itu penduduk di situ ada mengusahakan Tudung Saji Berhias (seperti gambar) tetapi sukar untuk dipasarkan kepada awam. Justeru itu atas niat mebantu memasarkan barangan tersebut maka MGK SMKPP ingin merwar-warkan kepada semua diluar sana. Sekiranya berkeinginan untuk mendapatkan barangan tersebut disamping membantu masyarakat setempat bolehlah menghubungi Cikgu Ismi ditalian (0194225699) atau emailkan ke rhnr@tm.net.my. Semoga pembelian barangan tersebut dapat membantu masyarakat tersebut. Harga seunit RM40/satu tudung saji besar. Sila lihat tayangan gambar Tudung Saji Berhias di bahagian kanan blog ini.

Saturday 30 May 2009

Ujian Penggredan Tae-Kwan-Do



Pada 24 Mei 2009, bertempat di Dewan Terbuka SMKPP telah berlangsung sesi Ujian Penggredan Tae-Kwan-Do yang telah diadili oleh Master Nawas (Master 6th Dan Black Belt) yang didatangi dari Ipoh Perak. Seramai 20 orang peserta dari SMKPP telah berjaya lulus dalam ujian tersebut. 3 orang peserta telah berjaya mendapat "Double Promotion" iaitu Azlan b. Azami (3A), Shafiq Apis b. Shagawi (3C) dan Syuhada (2C). Tahniah dan Syabas kepada mereka yang telah berjaya dengan cemerlang. Pihak Kelab Tae-Kwan-Do juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan padu yang telah diberi kepada kelab ini dan semoga ianya akan terus berkekalan. Tahniah juga kepada guru penasihat Tae-Kwan-Do SMKPP iaitu En. Ismi Kamarul Sham, En. Ravendran dan Pn. Asniza.

Monday 25 May 2009

Ahlan WahSahlan Guru Baru

SMKPP disinari lagi dgn kehadiran Ustazah Nur Hafizoh bt. Abdul Halim sebagai ustazah baru di sini. Selamat betugas ustazah. Anak kelahiran Baling, Kedah. Telah mendapat pendidikan awal di SK Lanai, Maktab Mahmod Alor Star, SMK Agama Kedah dan seterusnya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Fakulti Pend. dengan Kepujian Pendidikan Al-Quran.
Kata-Kata pegangan " Bila meninggal dunia seorang manusia, putuslah amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedekah yang diberi selagi hidup, ilmu yang disebarkan dan manafaatnya, doa dari anak yang baik yang mendoakannya. (Sabda Rasullullah)
Semoga ustazah Nur Hafizoh akan terus kekal dan bersemangat dalam mendidik anak watan Parit Panjang. Syabas

Sunday 24 May 2009

Sukan Berprestasi Tinggi - Sepak Takraw


Tahniah dan syabas kepada SMKPP kerana terpilih sebagai wakil sekolah untuk sukan berprestasi tinggi (Sepak Takraw) dengan jurulatih terpilih Mr. Kanat. Dari satu sudut ia merupakan satu bonus kepada SMKPP kerana telah bergerak setapak ke hadapan dalam sukan tersebut. Semoga terus berjaya. [Salah satu sesi latihan-gambar di atas]

Saturday 23 May 2009

LDP Kali Ke-4


Pada 23 Mei 2009, Pendidikan Pejasmani & Kesihatan dalam Pedagogi telah dilaksanakan oleh Guru Sains Sukan En. Zamri & En. Anuar dengan jayanya. Seawal pagi setelah latihan teori diberikan di makmal komputer, diikuti pula dengan latihan praktikal ke atas semua guru-guru.
Syabas dan tahniah kepada semua guru-guru yang telah melibatkan diri. Pada usia yang semakin meningkat tetapi masih mampu untuk membuat regangan dan memberikan komitmen yang terbaik demi untuk melatih anak murid. Lama dah tak bersukan....terasa juga otot-otot yang meregang......Baik untuk kesihatan........

Tuesday 19 May 2009

Sekitar Sambutan Hari Guru (Bergambar)








Lagi laporan bergambar akan menyusul kemudian... Tahniah dan Syabas.. SELAMAT HARI GURU 2009.

Sunday 17 May 2009

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah


TAHNIAH & SYABAS kepada SMKPP kerana telah berjaya menyambut Hari Guru peringkat sekolah ditengah-tengah kesibukan urusan pedagogi pada 17 Mei 2009, namun masih mampu untuk meraikan Sambutan Hari Guru dengan jayanya. Kepada semua guru-guru yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung telah membuahkan hasil yang tidak ternilai harganya. Sepastinya tanpa kerjasama guru-guru dan pelajar, pastinya majlis ini tidak dapat berjalan dengan lancar. Laporan bergambar akan disusuli kemudian. Sekian terima kasih yang tidak terhingga buat semua.

Tuesday 12 May 2009

SMKPP Tempat Ke3 - Pert. Kawad Kaki


Syabas dan tahniah kepada Pasukan Kawad Puteri Islam SMKPP kerana telah pun berjaya menduduki tempat ke 3 bagi acara tersebut. Walaupun keanggotaan yang tidak mencukupi iaitu seramai 28 orang akibat masalah kesihatan peserta kawad, namun usaha gigih mereka berlatih siang dan malam telah membuahkan hasil. Tahniah kepada Ust Muziliyana, Pn. Ruzila serta lain-lain guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan pasukan kawad ini. Semoga SMKPP akan menjuarai acara ini lagi pada masa-masa akan datang. BRAVO!!!!!

Pelancaran Minggu Bahasa








SMKPP telah melaksanakan majlis perlancaran "Minggu Budi Bahasa" pada 10 Mei 2009 selama seminggu yang bermula 10-14 Mei 2009 ini. Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMKPP Tn. Hj. Khadri b. Salleh. Suasana pelancaran yang serba sederhana namun tetap meriah dengan paluan gong serta diikuti dengan nyanyian Berbudi Bahasa oleh semua warga SMKPP. Syabas dan tahniah.

Ucapan Mingguan


Tarikh : 10 May 2009 (Perasmian Minggu Budi Bahasa)
Guru Bertugas : En. Md Nor & Pn. Siti Nor Baza

" Konteks Budi Bahasa"
- Wajar berbudi bahasa secara menyeluruh. Berbudi dengan semua mahkluk samada dengan sesama manusia, tumbuhan dan haiwan. Sejajar dengan tuntutan dalam islam.
- Berbudi bahasa dalam masyarakat, hormat menghormati, tolong menolong sesama kaum.
- Penghayatan terhadap berbudi bahasa akan melahirkan semangat saling hormat menghormati sesama pelajar di sekolah dan tidak akan timbul masalah disiplin di sekolah.
"Keselamatan Jalan Raya"
- Bersopan ketika menaiki kenderaan awam seperti bas kerana etika berbudi bahasa dalam menaiki kenderaan awam tidak akan mengundang kecelakaan.
- Ketika menunggang motosikal, pelajar harus memakai topi keledar dan keadaan motosikal yang selamat.
- Jangan lumba haram dengan mengguna motosikal.
- Berhati-hati ketika memotong kenderaan dan harus menyayangi jiwa raga.

Wednesday 6 May 2009

Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Daerah Baling


Syabas dan tahniah kepada pasukan Dikir Barat SMK Parit Panjang kerana telah dinobatkan sebagai johan bagi kategori dikir barat yang telah berlangsung pada 6 Mei 2009 di SMK Bakai. Judul dikir barat tersebut ialah "Masyarakat Madani Tanpa Dadah". Syabas kepada adik Nadhilah (anja) pelajar Ting. 3A kerana brejaya meraih tempat ke2 dalam kategori Mendeklamasi Sajak. Tahniah juga kepada pasukan kuiz E-PPDA kerana berjaya memperolehi tempat ke3.
Syabas dan tahniah juga kepada Cikgu Akhwan yang telah melatih pasukan dikir barat sehingga menjadi juara. Tahniah juga kepada semua guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam melatih pelajar sehingga berjaya sebegini.

Monday 4 May 2009

Perkhemahan Bersepadu- Motivasi Sahsiah






Syabas dan tahniah kepada kontijen PBSM, Unit Tae-Kwan-Do dan Kelab Komputer yang berjumlah 100 orang telah menjalani perkhemahan bersepadu yang telah diadakan pada 30 April-1 May 2009 di Chalet Puteri Ayu, Yan yang lalu. Bertemakan pembentukan sahsiah, kem kali ini dimuatkan pengisian berbentuk kerohanian. Antara program yang telah dilaksanakan ialah bersolat dalam keadaan darurat di kaki bukit Tangga Kenari di Titi Hayun. Semua peserta telah diminta bersolat berjemaah dengan air yang kurang dan pakaian yang sedia ada tanpa kain telekung, tetapi masih boleh mengerjakan solat. Amali solat telah dibuat secara berkumpulan dengan konsep "Treasure Hunt Solat". Ramai peserta tertanya-tanya apakah Treasure Hunt Solat. Tetapi setelah melaluinya ternyata banyak nilai positif yang telah diluahkan oleh peserta. Ternyata objektif Treasure- Hunt Solat yang telah diilhamkan oleh Ustaz Hapidz membuahkan hasil yang cukup tidak disangka-sangka. Walaubagaimanapun ramai peserta telah meminta agar program Treasure Hunt Solat ini diperpanjangkan masa. Hanya 3 jam program itu dilaksanakan ternyata masih tidak puas (luahan hati peserta). Tazkirah oleh Cikgu Ismi mengenai Meditasi secara islamic juga mendapat perhatian daripada para peserta. Ternyata ilmu islam itu cukup luas dan dapat dipratikkan dengan meluas. Melalui kaedah meditasi yang diamalkan oleh bukan penganut islam, tetapi sebenarnya Meditasi mengikut kaedah islam ternyata lebih memberi kesan positif dari segi kesihatan dan emosi adalah terpaling utama...Syabas kepada Ustaz Hapidz dan Cikgu Ismi.
Selain daripada itu sokongan dan kerjasama daripada pihak pengurusan terutamanya Pengetua SMKPP Tn. Hj. Khadri, PK KOKO Pn. Che Maznah, Penyelaras Unit Uniform En. Zaini b. Abdullah serta Fasilitator diantaranya En. Khuzaimi b. Khalid, Cikgu Aina, Cikgu Asyikin, Cikgu Nur Zanna bt. Ramli, KEM Komanden En. Elyas, En. Anuar serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sebenarnya adalah pereka kepada kejayaan kem tersebut. Tanpa mereka ini semua objektif kem bersepadu ini tidak akan berjaya.
Semoga kem sebegini akan dapat dilaksanakan lagi untuk masa-masa akan datang demi membentuk sahsiah pelajar ke arah yang lebih cemerlang dan dinamik dunia dan akhirat.
Wassalam.